Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

1 Ogos 2013

Teka-Teki Haram

Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang ramai buat terang-terangan sampai masuk TV dan tak masuk lokap.
Lelaki : Perempuan tak pakai tudung. Haram buka aurat.
Perempuan : Gulp!


Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang telah fatwa haram, masih ramai buat terang-terangan. Masih tak masuk lokap.
Perempuan : Hisap rokok ustaz. Fatwa JAKIM haram, depa dok hisap juga.
Lelaki : Gulp!


Ustaz : Banyak-banyak haram. Haram apa yang lebih mudharat tetapi semua orang tak kisah. Kerajaan pun buat tak tau.
Lelaki dan perempuan : Tak tau la Ustaz!
Ustaz : Riba.




Renungan hari ini:
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Julai 2013

Kita Tidak Sendirian

Assalamualaikum..

Kembali menaip jemari ini.. rindu pada blog yang da berhabuk. Mujur tak bersawang jew..hihi.
Terasa nak bercerita plak.

Teringat masa pergi ke kem Aspirasi Peers under Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Pada hari kedua, dimalam hari, diadakan satu aktiviti berkumpulan. Setelah tamat aktiviti tersebut, setiap ahli kumpulan akan diikatkan kedua belah mata dengan kain dan dipisahkan secara individu. Masa tu, terjadilah kejadian yang tak diingini pada salah seorang ahli group Za. Senang cakap la kan, dia kena rasuk.

Za pergi ke gazebo tempat dia terbaring untuk hulur bantuan apa yang perlu. Za lihat dia da dikelilingi oleh rakan-rakan dan fasi-fasi sambil setiap tubuhnya dipegang erat dan dibacakan ayat kursi. Za diminta untuk pegang kuat-kuat kaki dia sebelum di bacakan azan oleh salah seorang faci lelaki.

Sebaik sahaja azan dibacakan, lantas bangun kawan Za tu lalu tersengih. Semakin kuat tangan Za menggenggam kakinya takut terlepas.

Kedengaran dialog dari mulutnya yang membuatkan hati Za tiba-tiba kaku dan gementar.
"Wahai orang muda, nak aku ajarkan kau ke cara azan yang betul?"
Lalu kedengaran azan dari mulutnya dengan setiap inci bacaannya adalah betul dan jelas.
Allahuakbar, Allahuakbar..
Tertunduk aku melihat kekuasanmu Ya Allah.. Jin, makhluk yang lebih rendah darjatnya dari manusia boleh memperbetulkan bacaan kita. Ya Allah, kadang kala kita manusia lupa kita tidak sendirian. Kita makhluk yang dicipta lebih istimewa tapi lupa pada Allah sedang mereka lebih dekat denganmu Ya Allah.

Setelah dibacakan sesuatu oleh seorang ustaz, kawan Za kemudian dibawa masuk ke dalam bilik kami. Bilik tersebut dipasangkan pendinding. Kawan Za tadi dibaringkan diatas katil dan dijaga rapi kerana keadaannya masih belum stabil dan masih meraung-raung.

Semua di dalam bilik tersebut diminta berwuduk dan pada yang uzur, boleh terus tidur dan pada yang boleh bersembahyang, diminta membacakan selawat untuk kawan Za tadi. Sedih sangat melihat keadaannya. Agak lama dia begitu. Tapi lebih sedih bila boleh dibilang dengan jari mereka yang sanggup menjaga kawan Za tadi. Semua pakat tidur kerana takut.

Za dan beberapa orang kawan rapatnya menjaga dia sepanjang malam. Bila dia kelihatan semakin stabil, kami seronok pula mendengar dia bercerita dan berborak dengan seorang ustazah yang turut menemani. Dia cakap ada nenek tua la sebelah dia, nak kapur barus la, ini la, itu la.. Rasa macam tengok movie plak. kihkihkih..

Lebih kurang pukul 3 pagi baru keadaannya stabil. Kami berborak dan bercerita tentang hidup, Allah dan melencong pulak ke topik yang lain. hihi.. Antara yang ustazah tu katakan ialah, "hendaklah kita berharap pada Allah, bukan pada ayat-ayatnya. Itu cuma pengantara, yang sebenar-benar pengharapan adalah berhak hanya kepada Allah Taala.

Keesokkan harinya, kawan Za berucap didepan dan memohon maaf atas kejadian semalam. Katanya, "Janganlah kita takut pada yang selain dari Allah..". Nasihat yang berguna disampaikan buat semua. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Kawan Za dirasuk bukan sebab dia lemah semangat, tapi sebab Allah Maha Mengetahui yang dia begitu kuat dan kental serta mampu menghadapi ujian dari Allah. Za doakan kawan Za tu dapat sembuh dari masalah seperti ini. Tak semua orang boleh kuat bila hadapi masalah mudah didekati jin dan makluk halus. Sesungguhnya dia yang terpilih dan Za lihat kini dia semakin dekat dengan Allah. Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan Za?
Sekarang Za sedang belajar mendekatkan diri dengan Tuhan, dengan Allah.
Sukar untuk istiqamah, tapi bila lagi mahu berhijrah? Dunia cuma pinjam-pinjaman, akhirat jua menanti.

 “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”

Ingatlah, kita tidak sendirian, Allah sentiasa menemani, bagi mereka-mereka yang mengingati-Nya.


Salam satu cinta pada Allah,
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

10 Jun 2013

Heartsong

Seorang kawan hantar pada Za link Youtube. Isk, dia ni suka betul hantar link.
Za pun klik la pada link tu. Terus buka 1 video Youtube.
Kedengaran satu suara, kata-kata dan bait-bait lagu yang begitu indah untuk didengar. Hati ini terasa tenang dan lapang. Thanks to my friend, Yin a.k.a Khirul Nazrin.

I'm used to listen to it again and again.

Title: Heart Song
By:Talib Al-Habib
Link: http://www.youtube.com/watch?v=bxRZHE88mgg


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kelebihan Bulan Shaaban

Salam 1 Shaaban.

Bulan SHAABAN ialah bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).





KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” 

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah S.A.W sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”




APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat: 
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah S.W.T mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah S.A.W turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 

Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W: 
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah S.W.T akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin) 

Bertaubat: 
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah S.W.T.



MALAM NISFU SYAABAN:


Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.



Hanya sekadar perkongsian. Salam 1 Shaaban dan selamat memperbaiki diri. ^_^
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

23 Disember 2012

Aurat Wanita dalam Islam

Salam sayang semua.....

Hari ni Miss Za nak berkongsi topik "Menutup Aurat". Hukum menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam..bagi wanita Islam, aurat mereka ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Anda mungkin biasa dengar perkataan aurat dan hijab..bagaimana pula dengan jilbab dan niqab??



Apa maksud Aurat, Hijab, Jilbab, dan Niqab?

AURAT
Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.

HIJAB
Hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar. Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".

[References:http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3684-pengertian-aurat-hijab-jilbab-dan-niqab.html

Untuk penerangan lanjut boleh rujuk link diatas...




Menutup aurat memberi banyak kebaikan kepada muslim terutama wanita...menutup aurat bukan satu diskriminasi terhadap wanita Islam seperti yang digembar gemburkan oleh negara Barat. Menutup aurat merupakan satu cara untuk melindungi wanita-wanita Islam dan menaikkan darjat mereka.

Sebelum kedatangan Islam pada zaman Jahilliyah, wanita dijadikan hamba seks sehinggakan bayi perempuan dikatakan membawa sial dan memalukan keluarga. Hal ini menyebabkan pembunuhan bayi perempuan semakin berleluasa. Wanita juga tidak memiliki hak terhadap harta dan tidak boleh menuntut ilmu.

Selepas kedatangan Islam, darjat wanita diangkat. Mereka juga harus menutut ilmu untuk kebaikan diri mereka dan masyarakat. Dalam pembahagian harta, hak mereka dibela. Menutup aurat dilaksanakan bagi menyelakkan mereka terus terusan menjadi hamba seks. Banyak kebaikan yang kita dapat dengan menutup aurat. Antaranya:

1. Selamat dari azab api neraka.

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


2. Terhindar dari masalah maksiat.Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari

3. Memelihara kecemburuan lelaki.“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim

4. Wanita berjilbab umpama Bidadari Syurga.“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56


5. Mencegah penyakit kanser kulit, melambatkan penuaan dan melindungi rambut dari habuk dan pencemaran.

[References: http://hauraqasehliyana.blogspot.com/2011/04/manfaat-dan-kebaikan-menutup-aurat-dan.html]


Ok, la...semoga ilmu yang disebarkan ini dapat dimanfaatkan. Amin...
Assalamualaikum... ^_^

<Miss Za>
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

21 Oktober 2012

Doa Ketika dalam Kesusahan

Assalamualaikum..
za nk share 1 doa yg kawan za bagi za, doa dalam kesusahan. ringkas je doanya...

"Rabbi yasir wala tu'assir atmil bil khoir"


 Selain doa di atas, ade juga doa2 lain yg boleh dipraktikkan...




Amin...

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ