Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan

31 Julai 2013

Fashion Hijabista

Assalamualaikum.. 
Orang sekarang memang berani bergaya. Kekadang nampak pelik tapi da itu trend dan fashion yang dibawa diorang nak buat macam mana kan? Tutup sebelah mata la kalau rasa rimas nak tengok.
Hijab girl pun tak mau kalah. Mesti seiring keadaan semasa. Mesti mau Up-to-date.

Antara gaya yang boleh dibawa oleh mereka yang berhijab ialah MAXI DRESS! Love it! Pilih maxi dress lengan panjang dan padankan dengan shawl bercorak dan tali pinggang bersesuaian. Pasti awesome!

comel tak kak ton??

Muslimah sering bergaya dengan padanan dress dan jacket, kardigan atau blazer.. Checkitout!
jacket leopard bagi mereka yang berani..
Aummm.. garang tak itew?
Jacket demim pown cantik tapi kalau nak bergaya dengan denim, kena pilih satu sahaja. Samada baju denim atau seluar denim. Kalau semuanya denim, nampak macam...ermmmmmm...tak perlu la disebut disini. 

Nak lebih style? Cuba try seluar palazo. Za tak pernah lagi pakai seluar palazo. Rasa macam nak try plak style ni.

Tapi teenager memang cenderung bergaya ringkas dengan moto asalkan selesa. Smart kasual la paling biasa kita tengok. Seluar jadi pilihan berbanding kain. Well, bebas bergerak sebebas remaja! FREEDOM!! *sewel sebentar*.
Ni gaya biasa jumpa tapi tetap sweet.

Paling in, corak tribal dan colour block. Comel juga colour block ni. Cuba gayakan dengan warna-warna pastel.. Gwiyomi.
cantikkan?
Peplum..peplum..peplum.. Semua wanita, gadis, perempuan, ladies tahu apa itu peplum.. Ada jugak yang salah sebut jadi Plumbum. Pun boley..guys kan? Biasalah, mana tahu benda ni.. Hanya mampu tolong gelak je.
Gabungan warna yang cantik.

Gaya baju selalu digandingkan dengan pelbagai fashion hijab. Sekarang macam-macam jenis lilit. Tutorial pun banyak. Pada Za, tak kesah la macam mana korang nak lilit pun, asalkan menutup aurat dan labuh to cover your chest.
Comel dan sopan kan??

Sekian saja Za berbicara soal fashion. Za ni buka pandai sangat bergaya. Tapi Za suka gaya santai dengan pemilihan warna-warna yang lembut dan fabrik jenis sifon. Flowing gituu~
Jom bergaya macam kami!
Bubye~
Salam Ramadhan.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

24 April 2013

Fesyen rambut pendek tambah keyakinan diri

Za rasa nak potong rambut la.. Almaklum la, bila terbiasa berambut pendek ni sesekali berambut panjang, terasa gatalnya nak potong pendek balik.

Apa gaya tak pernah buat? Pendek macam tomboi, pixie, bob..macam-macam.. yang fesyen cukur sebelah kepala tu je tak pernah dan comfirm tak kan buat..huhu~

Ada kelebihan berambut pendek ni.. Antaranya:
  1. Rambut yang basah lebih cepat kering. So, tak perlu tunggu lama nak pakai tudung. 
  2. Lebih ringan. Setiap kali potong rambut, kepala mesti rasa ringan je. Rasa macam nak goyang-goyang kepala menari lagu Bollywood gituu..
  3. Wajah nampak berbeza dan lebih segar. Ni bagi mereka yang free hair la. Bagi yang berhijab macam Za, "ada aku kesah?".
  4. Rambut lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai kerosakan rambut yang teruk dan hujung rambut bercabang, memotong rambut merupakan salah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Za selalu ambil langkah ni bagi mengelakkan kerosakan bertambah teruk sampai ke pangkal rambut.
  5. Lebih mudah diurus. Yela, tak payah nak ikat riben bunga-bunga ke, tocang ke, sanggul nyonya ke.. Cuma sadisnya tak dapat la korang nak variasikan style rambut korang tu.. 
  6. Jimat syampoo, jimat masa. Haha..sebab guna sikit je syampoo pastu tak ambil masa lama nak sikat dan belai-belai rambut bagai. Yelatuw~
  7. Lebih berkeyakinan. Ni pendapat Za la.. Za rasa perwatakan Za sedikit berbeza bila berambut panjang dan bila berambut pendek. Bila rambut pendek, Za lebih cergas dan berkeyakinan. Za juga lebih bersedia hadapi pelbagai rintangan. Especially bila rambut pendek macam lelaki, terasa diri tu sekuat lelaki. Perasan! Tapi tu masa zaman budak-budak okay!
Popular Japanese Short haircut
Za nak try style ni, Ok tak? hehee~

Nak tengok style rambut pendek yang menarik dan comel-comel? Klik SINI

                                                                                                              
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

20 April 2013

Kepelbagaian Tema Majlis Makan Malam

Kalau bercakap pasal fesyen.. Za agak tertarik dengan tema di majlis makan malam atau annual dinner. Tema formal agak klise. Namun, sekarang, orang da open. Macam-macam jenis tema yang dianjurkan dan macam-macam jenis fesyen yang diperagakan. Kadang tu tema yang diberi terlalu sukar untuk dipenuhi. Paling mudah ialah tema warna. Contohnya hitam-putih, merah-putih, hijau-putih*opppsss..*, atau warna pelangi *ada kew?*.. 

Fesyen yang diperagakan pun kadang kala boleh jadi agak melampau macam Lady Gaga Malaysia tuuuuuuuuu~ Almaklum la, semua nak bergaya sakan tarik perhatian. Mana tahu boleh jadi Prom Queen or Prom King. Queen/King satu malam je kot...pun boleyh... Janji glamor you~

Jom tengok tema menarik untuk majlis makan malam. 
Sumber gambar: pinjam dari Uncle Google.


ARABIC

BOLLYWOOD

COLOUR BLOCK

ETHNIC

RETRO

BACK TO SCHOOL

COWBOY

MASQUERADE

HAWAII

Banyak lagi la.. tema yang mengarut pun ada. Motif? Nak memeriahkan majlis. Tapi pendapat Za, kena pertimbangkan la siapa jemputan kita. Kalau artis nak buat vogue boleh la, tapi cam kite-kite ni, kena fikir jugak, mampu ke jemputan nak penuhi tema bagai tu~ Tak de la, takut tak ada pulak yang nak datang majlis tu kang.. Lagi satu, kalau da tema meletop, so majlis kena la meletop jugak. Kalau makanan, hiasan, lagu, dan sebagainya ikut tema lagi bagus. Jangan orang je ikut tema bollywood, tapi pasang lagu dandut. kan tak kena tu. Tak gitu?

P/S: Korang suka tema yang bagaimana?


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ