Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

17 Februari 2014

Miss J, Tolonglah Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa, jawab sayang. Pergh, main-main trademark Maria Elena plak.
Lama teman tak update blog. Ate stress malampau tahap gaban. And then jerawat atau nama vogue dia Miss J datang bertandang kat muka ni tak reti-reti nak balik menambahkan lagi tahap stress aku.

Sebelum ni ada guna Hada Labo produk untuk whitening yang packing warna biru tu. I like it. Tapi bila dapat tahu produk dia tak sesuai untuk kulit muka aku yang oily ni terus I tak like dah.. Berjerawat habis muka aku. Aku stop Hada Labo and dermakan toner, lotion and sunblock dia pada roomate aku, pengguna setia Hada Labo. Suka gilerz dia..mana tidak nye.. Mahaii kot. Puluh-puluh hengget untuk satu-satu produk. Habis melayang camtu je duit aku..

Then, tengok kawan aku jadi putih tetibe aku pun tanya la dia try produk pe? Katanya pakai Dnars Skincare. Nama pun baru first time dengar so, aku tanya la Uncle Google. Godek punya godek, akhirnya aku layangkan lagi duit aku gi beli Dnars yang set jerawat tu kat kompleks PKNS. Ada satu kedai ni memang salah satu stokis dia. Aku tengok kat website Dnars. Tak susah jugak nak cari kedai dia. Dia suggest beli 1 set sekali dengan toner. Akibat dah lari budget hujung-hujung sem, aku beli 1 set je. Ada 2 bijik sabun, 1 krim siang, 1 krim malam.
Alhamdulillah la, kulit aku da tak berminyak. Jerawat yang aku tengok macam bisul kat muka aku ni cam kurang dah. Aku ingat ok la.. tup, tup.. tak baik jugak. Hilang sekejap pastu datang balik Miss J ni kat tempat yang sama. Sayang betul Miss J ni kat aku ye.. Tak tau la kalau sebab aku tak beli toner Dnars ni Miss J tu tak nak bla. Aku baru merancang nak beli toner treatment dia, tetibe je terbantut hasrat hati tu. Malas la pulak nak pakai Dnars.

Sekarang aku try ubat klinik yang mak aku guna. Apa benda nama ubatnya entah. Harap ok la.. kalau tak ok gak, aku nak try T3 la. Macam ok je lepas baca entry INI. Tentang Dnars, I tak berani nak recommend sangat sebab dia bersifat mengeringkan (Set Jerawat) dan mengelupaskan. Habis mengelupas kat tepi-tepi hidung ni. Kawan aku pun sama. Tapi dia sekarang dah putih. Aku ni har tak putih pun. Maybe sebab lahir-lahir memang dah hitam macam anak keling kot. Anak keling tu mak aku yang cakap. Aku still anak Melayu okay!

Tapi mula-mula guna tu dia memang membantu sangat la untuk kurang kan minyak-minyak kat muka yang da tahap boleh buat goreng ikan dah. Tak sanggup tengok muka. Rasa kecewa sangat! Da kering muka I ingat jerawat hilang la. Sekejap je rupanya. Adess. Malu pulak bila rakan zaman sekolah tegur. Mana idaknya, zaman sekolah kulit I bersih, suci, murni. Putih tu tidak la tapi bersih.. Maybe sebab dulu bukan jenis keluar rumah kot. Sekarang dok Shah Alam, habis muka aku.
Tengok la macam mana aku settle kan permasalahan dunia batinku ini. Kalau okay, aku update kat blog. Anyway, kadang-kadang bukan produk tu tak bagus, tapi maybe dia tak sesuai dengan kulit muka korang.

K, babai..
(baru ku sedar, panjangnye entry aku!!)
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

24 April 2013

Fesyen rambut pendek tambah keyakinan diri

Za rasa nak potong rambut la.. Almaklum la, bila terbiasa berambut pendek ni sesekali berambut panjang, terasa gatalnya nak potong pendek balik.

Apa gaya tak pernah buat? Pendek macam tomboi, pixie, bob..macam-macam.. yang fesyen cukur sebelah kepala tu je tak pernah dan comfirm tak kan buat..huhu~

Ada kelebihan berambut pendek ni.. Antaranya:
  1. Rambut yang basah lebih cepat kering. So, tak perlu tunggu lama nak pakai tudung. 
  2. Lebih ringan. Setiap kali potong rambut, kepala mesti rasa ringan je. Rasa macam nak goyang-goyang kepala menari lagu Bollywood gituu..
  3. Wajah nampak berbeza dan lebih segar. Ni bagi mereka yang free hair la. Bagi yang berhijab macam Za, "ada aku kesah?".
  4. Rambut lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai kerosakan rambut yang teruk dan hujung rambut bercabang, memotong rambut merupakan salah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Za selalu ambil langkah ni bagi mengelakkan kerosakan bertambah teruk sampai ke pangkal rambut.
  5. Lebih mudah diurus. Yela, tak payah nak ikat riben bunga-bunga ke, tocang ke, sanggul nyonya ke.. Cuma sadisnya tak dapat la korang nak variasikan style rambut korang tu.. 
  6. Jimat syampoo, jimat masa. Haha..sebab guna sikit je syampoo pastu tak ambil masa lama nak sikat dan belai-belai rambut bagai. Yelatuw~
  7. Lebih berkeyakinan. Ni pendapat Za la.. Za rasa perwatakan Za sedikit berbeza bila berambut panjang dan bila berambut pendek. Bila rambut pendek, Za lebih cergas dan berkeyakinan. Za juga lebih bersedia hadapi pelbagai rintangan. Especially bila rambut pendek macam lelaki, terasa diri tu sekuat lelaki. Perasan! Tapi tu masa zaman budak-budak okay!
Popular Japanese Short haircut
Za nak try style ni, Ok tak? hehee~

Nak tengok style rambut pendek yang menarik dan comel-comel? Klik SINI

                                                                                                              
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

6 April 2013

Menjerit Depan Cermin

             Arrrggggggghhhhhhhhhhhh!!! Banyaknya spotlight dimuka aku! Sakit pulak tu. Da beberapa hari jerawat yang tumbuh masih tetap teguh berdiri dimuka ku. Taruk la macam-macam krim, mask, bedak.. alahaii.. kau tetap disitu. Macam mana nak buat ni? Frust tol.. Macam mana boleh datang sampai camni sekali siap ajak puak. Tak aci betul!! Naik bengkak dah muka Za. 
             Teringat masa sem 2, Za amalkan 1 diet nie. Bukan untuk kuruskan badan Okay! Diet dari segi biologi bermaksud "makanan yang kita ambil" bukan "tak makan langsung". So, diet yang Za amalkan ni, kurang makan makanan bergoreng, tak makan roti dan yang berasaskan yeast, banyak minum air, kurang makan makanan bergula tinggi, tak ambil ais dan banyak makan sup. Hasilnya, penyakit Za tak sembuh pun tapi nampak perubahan pada kulit wajah. Wajah Za da tak oily dan jerawat tak sudi datang berkunjung.


              Mungkin Za patut try lagi sekali. Leceh la nak guna krim bagai ni, hasil belum tentu memuaskan hati. Menyakitkan hati ada la..

So Za nak try:
  1. Kurangkan makan makanan berminyak lebihkan makanan mengandungi air seperti sup. 
  2. Banyakkan minum air kosong. 8 gelas sehari.
  3. Buang big water setiap pagi untuk elak toksin berkumpul dalam badan dan menyebabkan kulit rosak. Try buat walaupun yang keluar cuma sebesar biji labu. Ia juga bagus untuk perut dan badan. *terpaksa praktis hari-hari..huhu~*
  4. Exercise kasik keluar peluh *senam robik pagi ni pun Za tak pergi, nak berpeluh gimana sih?*.
  5. Kurangkan stress.
  6. Bersih-bersih *yeay!! basuh semua! basuh!!*.
  7. Cukup rehat *zzzzzzzzzzz*.

Jia you Za!! You can do it.. Pape pun, apa kata buat yang nombor 7 dulu~ kihkihkih...
Tataa...

                                                                                                    
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

25 Februari 2013

Produk yang disenarai hitam oleh KKM

Sekadar perkongsian bersama.

           Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan, 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

        Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.


Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
  • 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada Antihistamine:
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
  • Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG 
                                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

23 Disember 2012

Jerawat oh Jerawat

Alamak.....Jerawat bertandang kembali!! TIDAKK!!



Kenapa jerawat muncul ye?
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


So, macamana nak hilangkan jerawat yang bertenggek kat muka nie??
Ok la, antara cara yang za dan kowang boleh ikut ialah:

  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
  • Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Selain dari tu banyak petua2 hilangkan jerawat nie...tanya je uncle google..
sebagai contoh:

1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.


2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.
3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.
4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.
5. Jadikan ia sebagai amalan harian.


Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat. Selamat Mencuba!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ