Memaparkan catatan dengan label my story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my story. Papar semua catatan

25 Disember 2013

Assignment sudah siap!

Akhirnya........*dum,dum,dum...(bunyi drum)...*
Semua assignment sem ini dah siap. Setelah penat bersengkang mata tak tido, akhirnya dapat juga Za berehat atas KATIL PINK yang lembut dan baik dengan Za kebelakangan ini. No more tido dalam bus, depan printer... Buat malu je, uduh tido merata-rata.

Ok, saja nak tunjuk. Inilah hasil 2 assignment terakhir Za.

buku deskripsi tentang penjara Pudu.
dan

transkrip sejarah lisan
tebal tak? huhu~ 

Okay, sem ni dah habis, tinggal strive untuk Final Exam yang bakal ditempuh pada 3 Januari 2014 dan 16 Jan 213. Haraplah segala usaha dan kesabaran untuk semester ini akan Allah balas dengan result yang baik. Amin..
Semester depan adalah semester akhir, so Za kena buat lebih baik. Senang cakap, sehabis baiklah. Sebab mungkin itu saat-saat akhir Za belajar di Universiti. Atas sebab-sebab tertentu, Za tak ada niat untuk sambung pengajian. Cukuplah sampai Degree. Biar adik-adik Za yang sambung lebih tinggi.
Ok, la.. Do the best for who yang nak masuk sekolah balik tu kan? GuD LuCk!


Annyong~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

22 Oktober 2013

Main Masak-Masak

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat..
Za tak sempat nak ucap Salam Aidiladha buat semua. Tapi rasa tak terlewat kan ucap sekarang?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Bila tiba raya korban ni peti ais mula la jadi padat semahunya. Maka menjadi tugas Za untuk mengurangkan kepadatannya. Jom masak-masak! Bukan main masak-masak macam zaman kecik-kecik dulu. Ini betul-betul punya. Bukan cobaan.

Hari ni masak daging blackpaper, esok daging masak paprik, lusa Za masak daging masak kicap pulak. Taip je da terliur rasanya bila teringat. Kakak Za tanya "kau pandai masak ke?". Apa punya soalan la.. Pandai tak pandai belakang kira. Sekarang zaman maklumat tanpa batasan. Tanya je resepi kat Uncle Google. Macam-macam jenis variasi resepi boleh dapat.

Za nak post gambar daging blackpaper tapi tak sempat nak snap, kuali da licinn.. hatuii.. Za letak picture paprik daging yang BF Za komen "tak rasa macam paprik pun".

masih dalam kuali..ekekeke~
Dan kat bawah ni egg rolls atau dalam bahasa Melayu, telur gulung.. hurm..macam tak berapa nak sedap bunyinya. Abaikan. Egg rolls ni Za ambil resepinya dari korean website. Kira masakan korea la.. Antarabangsa tuh! Kelas kau! Korang boleh search sendiri resepinya kat You Tube. Berlambak. Sangat mudah untuk dibuat kecuali bab gulung tu agak sukar sedikit la.. Perlu practice.




Ok la.. Sampai disini Za mengarut. Bubye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

21 Oktober 2013

Lilo Popi Si Kura-kura

Salam..
Lama tak update blog. Akibat dari kemalasan menaip dan virus shortcut yang disebarkan oleh roomate Za sampai satu rumah kena virus tu... Terpaksa format laptop sekali dengan pendrives dan masukkan anti virus pulak.

Kisah bermula pada satu pagi di hujung minggu, Za pergi pasar pagi dan ternampak pulak si kura-kura di jual dengan harga RM25 untuk satu set. Satu set tu termasuk 2 ekor kura-kura (jantan dan betina) + akuarium(siap dengan batu bata) + makanan(pallet). Tapi Za tak terus beli. Balik rumah dulu.. kasik fikir masak-masak dulu. Pasai kolej Za tak boleh bela haiwan. Next week Za datang balik. Masa tu harga da jadi RM23. Za pun decided beli 1 set. Si betina namanya Lilo dan Si jantan, Popi.. Comel tak?

Lilo (kanan) dan Popi (kiri)

Happy dapat peneman seminggu di kolej. Why seminggu je? Pasai pastu Za bawa balik ke kampung. Air di kolej tak berapa ok, tak elok untuk kura-kura ni. Za mula nampak diorang tak aktif, tak mahu makan, tak mahu buka mata.. Risau pula Za. Cuti mid term ni Za bawa kura-kura tu balik. Da tunggang terbalik diorang. Sampai mabuk kena naik bus. Kelas kau.. dari Shah Alam ke KL ke JB then ke Mersing.

beg yang memuatkan Lilo dan Popi semasa di dalam bus.
Sampai di kampung, Za tukar air dengan air tapis suam-suam kuku. Nampak perubahan diorang semakin aktif dan mula buka mata. Kadang tu terlalu aktif, terkais-kais macam hamster pulak! Penat nak melayan kerenah diorang yang tak mahu duduk dalam akuarium. Kalau dibiarkan lepas kat luar tanpa pengawasan ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi. First, hilang ghaib ku sangka mati. Second, dijadikan bola oleh kucing-kucing Za yang super nakal tuh.
happy diorang berenang dalam air suam

Sekarang da balik kolej semula.. Rinduu kat Lilo dan Popi. Love u'olls..
Pada korang yang nak bela kura-kura, better dapatkan maklumat lanjut pasal kura-kura ni kat tukang jual dulu sebab baby kura-kura mudah terkena penyakit terutamanya jangkitan.

Salam Comel Lilo Popi, ByeBye~

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

14 September 2013

Rindu Askar-askar Ku!

Hola!
Baru seminggu balik kolej Za da rinduu kat askar-askar yang ditinggalkan kat rumah..
Rinduu nak tengok gelagat diorang yang kelakar, comel, dan kadang kala menduga kesabaran. huhu~
Asalnya kucing betina kat rumah Za namanya Mey beranak 7 ekor. Bayangkan 7 ekor sekali keluar, mesti seksakan. Nasib kau la mey.. Tapi sama bilangan dengan adik-beradik Za.. Malangnya, sekor demi sekor pergi meninggalkan kami..Sob...sob..sob..
Akhirnya, cuma tinggal 4 ekor sahaja. Bubu, Pupu, Tamtam dan Misai..

bubu (kanan) dan pupu(kiri)
Bubu ni paling ageresif sekali. Kalau main lawan-lawan dia mesti menang. Pupu kurang agresif tapi kuku dia lebih tajam. Sakit woo~ Pupu memang tak suka Za. tak tahu kenapa. Tapi lepas Za jaga dia sampai sembuh masa tangan dia bengkak sebab bergaduh dengan kucing luar, dia asyik berkepit dengan Za. Mesti jadikan katil Za sebagai tempat tidur dia.. Ciss! 
bubu peluk adik bongsu dia... Sayang adik!!
My favourite one ialah Tamtam. Why? Entah kenapa Za rasa tamtam ni istimewa. Badan dia fully hitam. Misai pun hitam. Kalau malam memang susah la nak cari dia walaupun dia landing kat sebelah kita jew. Tamtam gemukk!! Perut buncit..memang suka makan. Buat semua geram nak peluk dia..
By the way, betul ke bela kucing hitam bawa nasib malang? Setakat ni tak pernah pun kami bernasib malang.. huhu~
TamTam
cayang cayang
bergelimpangan tido atas kain baju.
Korang mesti ada pets yang comel-comel jugakkan? Sayangi la mereka. Sebab Za percaya haiwan ni kalau dilayan dengan baik insyaAllah mereka akan bawa perkara baik dalam hidup kita. Nabi Muhammad S.A.W pun sayangkan kucing.. Jangan pulak kita yang menyeksa mereka. Korang boleh LIKE page Papa Hero yang memperjuangkan nasib kucing. Klik SINI. Atau boleh blogwalking ke SINI pulak...
Ok, la..cukup-cukup sudah... Nak layann Running Man pulak.. 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

17 Ogos 2013

Raya dan Tradisi Keluarga

Seronokkan bila tiba Hari Raya?
Mungkin ada yang cakap "Raya tahun ni tak meriah la".. Tapi pada Za, setiap tahun pun meriah walaupun disambut dengan serba kekurangan. Sebabnya, tradisi keluarga setiap kali raya yang diwujudkan kembali setelah sekian lama terkubur..*cewahhh..ambik ayat aku..* Apa tradisi tu? Jeng..jeng..jenggg....MARHABAN. *eceh,macam gempak sangat!*

Hari raya pertama, pukul 9 pagi selepas sembahyang raya, keluarga besar sebelah emak Za akan berkumpul di rumah nenek. Kami akan mula bermarhaban. Lepas selesai marhaban baru la sibuk nak mintak maaf, minta duit raya (wajib), dan makan-makan.


Kemudian baru la kami bertolak ke rumah saudara-mara lain.. Ikut turn masing-masing la... Paling best sekali rumah Mak Lang. Sebabnya, masakan dia memang sedapppppp.... Tahun ni dia buat ketupat, sup ayam dan udang masak merah.... slrupppp.. Masa marhaban semua tak fokus lagi da, mata dok aim kat udang tu... Habis je marhaban, Za orang first kaut udang masuk dalam pinggan tanpa mempedulikan orang lain.. Wawawa.... :P

Apa yang seronok tentang marhaban rumah ke rumah nie?
well, selain dapat menghabiskan melawat rumah saudara mara dalam masa satu hari je, dapat mengeratkan hubungan saudara yang biasa la, pasti ada naik turunnya... Seronok dapat kumpul ramai-ramai.. kecoh dibuatnya. Za berharap tradisi ini dapat diteruskan sampai bila-bila.. Amin..

Salam Syawal, Khazaijie kuaile!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 Ogos 2013

Result Semester 4

Salam Ramadhan..


Semalam keluar result Sem 4. Agak terkezutt gak tengok result tu.. Subjek yang Za rasa boleh skor dapat gred rendah manakala subjek yang susah and agak-agak nak ke laut tu plak dapat result tak dijangka-jangka tingginya. Anyway, agak dissappointed gak la bila pointer turun. Well, tak pernah turun sebelum nie..

Bila difikirkan balik, lecturer main peranan penting. Ada satu lecturer ni memang tak berapa suka budak STPM. Za dapat B- je.. paling rendah berbanding subjek-subjek lain. Ada satu nie, Za kena repeat assignment Za. Sadis gak la.. But, bila tengok result, alih-alih boleh A.. Peliks disitu. Apa-apa pun, Za bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, Za dapat buktikan, dengan tanpa minat pada bidang yang Za belajar sekarang, Za tetap boleh skor pointer 3.0 keatas. Dekan?? InsyaAllah kalau ada rezki. Za masih ada masa untuk usaha lebih lagi. Dan jangan abaikan perkara remeh temeh seperti kuiz online. Za hilang markah kat situ sebab tak sempat nak jawab.

Paling penting, Za kena jaga GPA Za yang masih lagi rendah. Altakmaklum la, result sem 1 dan 2 tak berapa Ok. Hopefully next sem will be better, meet better people and better lecturer.

Ok, lupakan pasal result. Kita lari tajuk sikit.

Hari ni, Za agak mengada-ngada cakap kat Abah, "nak air kelapa, nak air kelapa".
"Mana nak cari air kelapa?"
Za tersengih..hehee~ (dalam hati Za: "kat bazar la..")
Beberapa minit kemudian......
Abah balik dengan bawa galah panjang.
"Abah nak buat apa tu?"
"Kau kata nak air kelapa, meh tolong abah kait ni"
Cett....
Tapi itu la cara Abah mengajar Za. Nak sesuatu, kena usaha sendiri. Jangan nak ambil mudah je, cuma tahu bersenang lenang. Tersenyum sendiri tengok abah usaha nak penuhi permintaan Za nak air kelapa. Kalau zaman kecik-kecik dulu memang penampar naik ke muka. Songeh betul mintak macam-macam. Hari ni dengan cuma 4 biji kelapa, dapat bagi minum satu family besar Za..

My Dad, My Super Hero
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 April 2013

Asrama Anak-anak Asnaf, MAIS

             Semalam dalam demam, demi assignment, terpaksa jugaklah Za keluar ke Asrama Anak-anak Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, Klang. Dalam pukul 9am baru sampai. Masa menunggu staff yang bertugas di bahagian data maklumat pelajar, ada beberapa orang pelajar yang turut menunggu di Ruangan Menunggu. Mereka comel-comel belaka dan tersangatlah malu. Bila Za cakap je nak ambil gambar, terus pecut lari mengorok. Haha. Bila dipujuk, akhirnya dapat jugak.
Omey angat~
Asrama diorang..bersih sangat..

             Setelah masuk ke dalam, apa lagi, mintak selagi boleh mintak maklumat pelajar sebab kami nak buat Database design untuk organisasi ni. Anak-anak Asnaf bukanlah anak-anak yatim tetapi terdiri dari fakir miskin yang layak menerima zakat menurut syarak. Mereka tinggal di asrama dan dihantar belajar ke sekolah.
dalam bus otw ke sekolah
khusyuk~
            Selepas pulang dari sana, kami pergi makan nasi ayam penyek di seksyen 7. Lupa pulak apa nama tempat tu. Tapi sedap la.. Ramai giler orang kat situ, penuh sesak. Menunjukkan makanan kat situ memang sedap. Kemudian kami pergi ke UiTM Shah Alam untuk ambil voucher buku 1 Malaysia. Apa lagi? Lepas tu SHOPPING!! Tak sampai sejam da habis voucher buku Za. Za beli external hard disk di seksyen 7. Tinggal satu je masa tu. So, cepat-cepat beli.



              Dalam perjalanan balik, demam selesema Za bertambah terukk. So, dalam cuaca panas terik ni, korang kena banyak minum air kosong dan kurangkan minum ais Okay?! Moga sihat senantiasa...
                                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

15 Mac 2013

Kenangan Zaman Form 6

Hari ni terdetik hati yang happy lagi gumbira ni nak story mory pasal kenangan pahit, manis, kelat, tawar hebeh, 3 rasa pun ada semasa di tingkatan enam... Rindu sesangat zaman kenakalan Za and the Gang!    Ok, jom skodeng kelas Za..
My Green Class
         Amacam.. Greeny x kelas Za..? Dinding hijau, langsir hijau, alas meja hijau, karpet hijau, papan hijau(of course lah!)..mujur orang-orangnya tak hijau. Kang jadi spesies Shriek plak.. Kelas Za ada lebih kurang 20 orang pelajar dan majoritinya lelaki. So, korang boleh bayangkan la betapa havoc nya my class. Tempat duduk Za pulak di tengah-tengah. Depan, belakang, kanan semua lelaki. Sebelah kiri Za je gurl iaitu amoi cantik jadi peneman Za. huhu~ Disebabkan dikelilingi ramai lelaki so, Za sedikit terpengaruh dengan kenakalan diorang. Not my fault ok, bila Za kenakan BF Za, kenakan cikgu-cikgi. Haha..  
Sesi penyampaian voucher hilang giliran dalam permainan Catur  Bistari
Sesi bergambar paling havoc!
Antara pengalaman yang masih kekal dalam ingatan tentulah...jalan-jalan...yeah!! Kitorang pergi lawatan ke KL dan Melaka, Kem BTN di Langkawi, bengkel dan seminar di SMK Rompin dan di Pontian, Johor.
Coklat! Coklat! Coklat!
di jeti sedang tunggu feri ke Langkawi
Ramai tak? seluruh sekolah menengah di Mersing join kem BTN di Langkawi
(from left) Asri, Me and Anie. Dalam feri. Mabuk laut~ 
dalam bas menuju ke KL
my BF and me dalam muzium kapal di Melaka
Bila final exam STPM semakin hampir, semua sibuk study. Boleh pecah otak nak menghafal bab demi bab terutama subjek paling menarik di dunia, subjek Sejarah! Sejarah Asia, Sejarah Dunia, Sejarah Malaysia, Sejarah Islam semua da bergumpal dalam otak ni. Ni rupa my friends and me masa sibuk study.. Cewahh..study la sangat!  
study nota Sejarah
5 min kemudian...... Stre~ss!!

Namun, disebalik ketekunan kami mengulangkaji, ada sesetengah individu memilih untuk melakukan aktiviti lain. Contohnya seperti berikut:
Facebook time!!
Guys discussion
Hasilkan karya sekreatif mungkin.

Kawan-kawan Za jugak very sporting tolong Za adakan surprise bufday party untuk my BF. Thank You soooo Much lah! Macam biasa, form 6 mesti ada Dinner kan? Walaupun dinner tu tak meriah sebab budak lower 6 tak rancang betul2, kitorang tetap happy sebab tu kenangan akhir di form 6 sebelum masing-masing bawa haluan sendiri.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2010
BFF
Dinner Form 6 2010
~Asri and Me~
Kenangan lalu pasti tersemat utuh dalam ingatan.. Ada jodoh kami bertemu kembali~
Muuachh.. 

Rindu semua kengkawan form 6. Harap diorang semua happy selalu~
                                                                                                           
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ