Memaparkan catatan dengan label kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah. Papar semua catatan

14 Februari 2013

Zaman Kanak-kanak

HOla!! Setiap orang ada cerita best masa zaman kanak-kanak. Yang manis, pahit, nakal semuanya da jadi memori yang terindah gitu.. Indah ke? Hope indah la ye.. Za sebenarnya da kehilangan banyak memori masa zaman kanak-kanak. Za pun tak pasti kenapa. Mungkin sebab Za tak nak ingat memori yang tak best so Za try nak lupakan dan akhirnya banyak pula yang Za lupa..haha. Bila orang bercerita kisah dulu-dulu, Za cuma senyum dan gelak kalau rasa kelakar (tak kelakar takkan nak gelak pulak kan?) sebab Za tak ingat langsung kenangan masa tu. Kalau ada yang Za ingat tu nasib la. 

Baru-baru ni Za terjumpa kawan lama masa zaman sekolah rendah masa pergi kenduri kahwin. Tetibe je dia salam Za dan tanya "kenal saya tak?" Dengan mata terkebil-kebil Za nak cam muka dia. Siyes memang tak pernah tengok kecuali tahi lalat kat dahi tu macam kenal. hahaha.. "Ni Aina la!" Terkezutt eden..banyak betul berubah. Memang la takkan umur 12 tahun dan 22 tahun nampak sama kan? Pelik pulak jadinya nanti. Dia pun cakap Za da lain. (pe la yang lain tu?)

Ok, Za nak share apa yang Za masih ingat masa zaman kanak-kanak Za.
asam masin dan milo are my fevret!
dulu, atuk selalu beli gula-gula ni. satu paket besar dan bagi kat cucu-cucu dia.
arwah atok aji selalu makan sireh..Za tak suka makan, pahit+kelat. Za suka tumbuk sireh je kasik hancur..
still makan sampai sekarang


selalu main teng teng


suka tengok cerita kartun doraemon sambil berangan ada poket macam doraemon
Basikal atuk Za macam ni la..Za selalu guna.
selalu kena rotan kat sekolah..haha.
Di facebook ada satu group yang selalu sharing perkara-perkara, barang, dan memori zaman dahulu iaitu group ~terkenang semasa dahulu~ 

Korang punya kenangan zaman kanak-kanak mesti best kan? ce story mory sikit..                                            
                                                                                                                 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

28 Januari 2013

Hubungan Jin dan Manusia

Huuuuu~~~ Shooongggg~~~~~
Memalam buta nie bercerita kisah seram pun best gak...haha. Za tak pandai la nak cerita kisah seram. Cuma bapak Za pernah bercerita tentang sejarah satu kampung di tempat Za di Johor. Al kisah tersebut la kisah....dikatakan terdapat 7 beradik jin tinggal di situ. Mereka membahagi-bahagikan kawasan antara mereka. Kampung yang diceritakan oleh bapak Za ialah Kg. Belukar Juling. Kampung ni dijaga oleh jin si adik. Si adik ni agak baik la...tak bengis macam Si Abang. 
Dikatakan hubungan manusia dengan jin memang perkara biasa pada zaman dahulu dimana manusia akan meminjam pinggan mangkuk dari jin apabila hendak mengadakan kenduri kendara. Pinjam meminjam berlaku antara penduduk kampung tersebut dengan Si Jin ni. Syarat yang diberi ialah pinggan mangkuk yang di pinjam mestilah cukup jumlahnya apabila nak dipulangkan kembali. Andai kata pinggan mangkuk tersebut pecah, serpihan yang pecah pun perlu dipulangkan..janji cukup seperti jumlah asal.... 

Orang kata, pinggan mangkuk tu akan diambil di sebuah gua yang dikatakan didiami oleh jin tersebut. Kalau nak pulang pun kena hantar kat gua tersebut. Tapi sikap orang kampung yang pinjam tapi tak tahu nak pulang menyebabkan jin Si adik ni marah. Sejak tu dia tak lagi memberi pinjam kepada orang kampung dan hubungan manusia dengan jin terputus. Mujur kampung tersebut dijaga oleh Si Adik, kalau Si Abang yang jaga alamatnya di amuk satu kampung. Baru kau tahu akibatnya tak pulang barang pinjam. 

Setakat tu je la bapak Za cerita...OK, tak seram..I know..
kalau korang ada cerita2 best, share2 la dgn Za...tinggalkan link kat kat ruangan komen. Ada masa Za BW..

Ok, ada satu lagi kisah. Ni kampung lain plak. Ada sorang India jual roti. Roti tu dia junjung atas kepala untuk dijaja kat sebuah kampung ni. Roti dia laku betul. Setiap hari roti dia mesti habis. Jualan yang menguntungkan menyebabkan dia suka jual kat situ. Satu hari dia dapat tahu satu perkara, sejak tu dia tak lagi jual roti kat situ walaupun menguntungkan. Perkara yang dia dapat tahu ialah......sebenarnya kawasan situ tak ramai orang. Ada dua tiga buah rumah je kat situ...Jadi siapa yang ramai2 selalu beli roti dengan dia? Jin. Rupa-rupanya selama ni dia berjual beli dengan jin yang tinggal kat situ. Tapi dikhabarkan duit yang diterima oleh Si Uncle India ni adalah duit betul sebab jin bukanlah sejenis makhluk yang suka menipu. 

Sekian je...kalau ada kisah2 yang menarik jangan lupa share dengan Za ye....coz Za sedar Za tak pandai bercerita....uwaaa....sob...sob...

Bubye...GooD Night.
                                                                                                      
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

10 Januari 2013

Alahai Perompak..

Salam sayang semua, merompak bukan sesuatu kerjaya yang baik...Ala, tak payah cakap pun semua orang tahu....tapi Za nak share kisah benar dialami oleh jiran Za baru-baru nie..Kisah pasal perompak la pe lagi...

Satu malam yang sepi...ketika semua manusia sedang nyenyak tidur..tiba-tiba......
Jeng jeng jeng~~~
Terdapat sakumpulan manusia yang memasuki rumah mereka.

Ok, la..straight to the point. Yang menariknya, perompak ni pergi kejut semua isi rumah tu sambil letak pisau kat leher diorang dan arahkan diorang bangun. Si nenek pun menjawab, "Saya tak sihat, tak boleh bangun". So, nenek tu pun dibiarkan baring sahaja. Jadi, selamatlah duit yang disorokkan dalam poket baju nenek tu...huhu~ Bijak2...

Anak lelaki nenek tu diikat. Diorang serahkan saja apa yang perompak tu nak sebab tak mau la anak-anak kecil jadi mangsa. Cucu perempuan diorang yang masih kecil menangis kuat sebab marah sangat rantai dia diambil. Tapi disebabkan budak tu memang selalu menangis tak kira waktu, so jiran-jiran tak ambil kisah.

Kemudian, perompak tu ternampak Yassin kat dalam bilik nenek tu... Untuk pengetahuan, ni Yassin lama, yang banyak doa-doa lama dalam tu....dia pun mintak dengan nenek tu. Nenek tu bagi je la....perompak tu ambil 2 buah Yassin tersebut. Pelik betul, Yassin tahu pulak mintak, yang lain dirompak. Macam-macam...Apa motif perompak tu ambil Yassin tu ek? Ada banyak kemungkinan..sama ada menggunakannya untuk menyamar, menggunakan doa-doa lama yang ada dalam tu, or...mungkin dia nak bertaubat lepas tu....haha...

Akibat terlalu takut, nenek tu berzikir dan berselawat masa tu...perompak tu pun sound, "Mak Cik, baca la perlahan sikit, tak perlu kuat2, saya pun tahu baca".

Selepas perompak tu keluar ikut pintu depan di ruang tamu, si anak lelaki nenek tu terus berlari ke rumah Za berkaki ayam dan menjerit mintak tolong dibukakan ikatan. Terlalu panik punya pasal sampai terlupa yang mak dengan isteri dia tak diikat dan boleh tolong bukakan ikatan.

Pastu diorang call polis dan macam biasa, polis sampai lambat ke rumah jiran Za tu.. Habis polis tu kena lecture dengan jiran Za sebab lambat..Padan muka! Kalau nak diikutkan tak la terlalu banyak barang yang diambil berbanding kalau penagih dadah yang rompak. Habis semua dia sapu...ni diorang cuma ambil barang-barang berharga macam rantai, laptop, handphone, duit...Ada tu, menantu si nenek beritahu rantai yang perompak tu pegang bukan emas asli. Perompak tu pun tak jadi la nak ambil. Tapi yang peliknya, tak ada kesan kopak pada pintu atau tingkap.

Alhamdulliah semua selamat dan tak ada siapa yang cedera. Cuma Za agak risau dan takut kalau-kalau rumah Za pulak jadi mangsa. Bapak Za dah sedia parang bawah katil. Siap bagi kakak Za lagi. Kakak Za tanya, "kau nak satu tak?". "Erkk...tak pe la, kau simpan je la, aku belajar tangkis pisau, aku tak belajar macam mana nak guna pisau".

Ok, sekian saja kisah Za. Harap korang kat luar sana pun berhati-hati la...Perompak zaman sekarang kalau nak apa-apa bagi saja la, jangan melawan sebab mereka sudah jadi terlalu berani dan kejam sehingga membawa kepada pembunuhan. Bukan nak taku-takutkan tapi itu la realiti zaman sekarang ni..

Salam Selamat,
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ