Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

16 April 2013

Panduan Hadapi Serangan Seksual

Sekarang ni banyak kes-kes cabul dan rogol terpampang di dada-dada akhbar. Bukan setakat perempuan, lelaki pun boleh jadi mangsa. Tak mengira peringkat umur. Kanak-kanak, orang tua, remaja, malah bayi pun ada! Za tak nak cerita tentang langkah-langkah pencegahan seperti berpakaian sopan, bla, bla, bla... Sebab rasanya semua orang tahu itu semua.

Cuba korang bayangkan. Perogol itu sudah di depan mata. Masa tu tak kan korang nak balik rumah tukar baju pakai tudung labuh, pakai jubah kot. Perkara yang boleh korang lakukan ialah:

1. Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru. Bertenang membantu korang berfikir dengan lebih bijak.

2. Kebanyakkan dari kita akan mengatakan bahawa setiap wanita perlu belajar seni mempertahankan diri. Tapi sebenarnya, semasa situasi genting berlaku, kita tak akan ingat langkah-langkah seni mempertahankan diri tersebut. Apa yang boleh kita buat ialah tendang pada pelipat atau penyawa (alat sulit). Cucuk mata penyerang. Tampar dan cakar mukanya, tarik rambutnya atau cuba tolak jari kelengkeng si penyerang seolah-olah ingin mematahkannya. Kemudian beri tendangan padu pada bahagian sulitnya sekali lagi. Bahagian tersebut memang sangat sensitif bagi lelaki. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menumpaskan musuh yang bernama lelaki. 
Malah korang juga boleh memijak kaki si perogol itu. Pijak bahagian depan kakinya menggunakan tumit kaki/tumit kasut dengan sekuat hati.

3. Boleh juga gunakan sebarang benda yang ada pada korang seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan. Tapi ingat, sekiranya korang membuat keputusan untuk melawan, pastikan korang benar-benar menguasai keadaan. Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

4. Menjerit meminta tolong dengan sekuat hati. Para pakar percaya bahawa orang di sekeliling akan memberi respons yang lebih pantas sekiranya korang menjerit dengan menggunakan perkataan API! berbanding "Tolong! Perogol!!".Cuba untuk membuat bunyi bising yang kuat, jika korang memiliki alat tertentu yang boleh membantu untuk mengeluarkan bunyi yang agak kuat bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai, sila lakukannya.

5. Jangan merayu mereka untuk melepaskan korang. Sebenarnya lelaki memang suka wanita merayu-rayu mereka. So, mereka akan bertindak lebih berani keatas korang.

6. Mengikut psikologi, perogol menghadapi masalah pada mental semasa bertindak ingin merogol. So, gunakan kebijaksanaan korang untuk berunding dengan mereka. Korang boleh berlakon seolah-olah kamu ingin melayani si perogol itu dengan baik. Si perogol akan bertindak sedikit lembut. Apabila ada peluang atau si perogol mula percaya dengan korang, ambil kesempatan untuk menyerang dan lari melepaskan diri. Walaupun langkah ini kedengaran agak mengarut tetapi sebenarnya korang bermain dengan psikologi si perogol.

7. Namun, jika kita mendengar kisah serangan seksual, penyerang bukanlah seorang tetapi berkumpulan. So katakan pada salah seorang dari mereka bahawa anda ingin melayani mereka tetapi malu untuk melakukannya di hadapan orang ramai. Buat macam korang nak jalin hubungan dengan perogol tu la. Bila korang berdua sahaja, peluang untuk lepaskan diri lebih tinggi.

8. Katakan korang tak mampu melakukannya di hari tersebut kerana korang terlalu penat atau period. Beri janji-janji manis pada si penyerang.

9. Jika penyerang enggan juga melepaskan korang, ada satu tindakan yang agak erkkk...jijik bunyinya tapi begitu efektif. Cara yang Za maksudkan ialah, kentut, kencing, berak dan muntah. Tak nak komen banyak. Cuma fikirlah, korang sayang kesopanan korang ke maruah diri korang..

10. Selepas kejadian tersebut, korang dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada perogol tersebut serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan untuk memudahkan polis membuat siasatan.

Satu lagi info Za nak share, sebenarnya serangan seksual lebih banyak berlaku keatas mangsa yang mengenali penyerang berbanding serangan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Za cuma share apa yang Za tahu, tetapi eloklah kita mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum kita terpaksa mengambil langkah-langkah menghadapi serangan. 

Sekian, jom baca SINI jugak!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

9 April 2013

12 Cara Hilangkan Stress

Beberapa hari ni Za agak stress dengan berbagai perkara. Pada yang stress jugak, jom sama-sama check it out langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk hilangkan stress. 


1. Dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan solat sunat, zikir dan berdoa memohon agar diberikan petunjuk, ketenangan, dan jalan keluar yang terbaik dari masalah yang kita hadapi. Boleh juga perbanyakkan membaca Al-Quran dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
2. Berfikiran positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berkawan atau dekatkan diri dengan dengan orang yang berfikiran positif dan mampu memberi motivasi juga satu cara untuk mengurangkan tekanan.

3. Berada dalam keadaan relax dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti blogging *macam korang la*, mendengar muzik, melukis, berenang *kuak lentang*, membaca buku *jangan baca novel sentimental atau horror yer*, atau apa sahaja yang anda rasa mampu mengurangkan tekanan. Kalau tidur boleh mengurangkan tekanan, tidur la tapi jangan overdose sudah la. 
4. Berkongsi tekanan dan masalah anda dengan orang yang anda percaya seperti keluarga dan teman rapat.

5. Jujur pada diri. Tarik nafas dan dengan rendah hati fikirkan kembali kesalahan yang mungkin anda telah lakukan. Fikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang anda hadapi dengan fikiran yang tenang tanpa dipengaruhi dengan emosi. Jauhi hasad dengki, sikap terburu-buru dan egois.

6. Berekreasi. Anda boleh bersukan bersama-sama orang yang tersayang seperti kawan-kawan dan keluarga. Atau lebih mudah untuk anda bermain permainan seperti badminton, futsal, atau bola jaring. Selain dapat menghilangkan stress, dapat juga mengeratkan hubungan anda anda dan orang lain.

7. Menangis. Menangis sepuas hati. Boleh juga anda menjerit melepaskan geram di tepi pantai. Pastikan tak mengganggu pengunjung yang lain yer! 

8. Ambil makanan dan minuman yang boleh menghilangkan stress seperti ais-krim, ABC, coklat, dan jus buah-buahan. Ni mesti ada yang da terliur nih!!
9. Cintai diri sendiri. Hargai kebolehan diri sendiri dan yakin anda mampu mengatasi sebarang cabaran dalam hidup. Anda mampu berdiri teguh walau badai kehidupan terus terusan melanda anda. *Perghh..ayat~*

10. Baca atau tonton cerita-cerita lawak yang membuatkan anda gelak sakan. Contohnya macam Maharaja Lawak ke, Runningman ke, suka hati korang la.. Paling mudah, tekan saja SINI pasti korang tergelak.

11. Lakukan urutan badan. Pergi spa la paling mudah. Kalau tak mampu, terpaksa urut sendiri la..haha. Urut bahagian leher dan sekitar kepala dan bahu untuk efek cepat.
12. Bercuti. Ambil sedikit masa untuk diri anda. Melanconglah ketempat-tempat yang tenang seperti ke pulau dan pantai. Malaysia punyai banyak tempat menarik yang menenteramkan. Selamat berehat!
                                                                                                                     
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 Januari 2013

Gangguan Semasa Pengucapan Awam

             Pengucapan awam ialah berucap di hadapan umum, dalam bentuk formal atau tidak formal, samada dalam suasana kumpulan kecil atau besar. Contoh pengucapan formal, majlis perasmian dan penerangan dasar-dasar dan bajet kerajaan, manakala contoh bagi penngucapan awam tidak formal ialah berbual-bual atau bersembang. Pengucapan awam bertujuan untuk memberi maklumat, membimbing, mengajar, membantu, menghibur, mempengaruhi dan sebagainya.


Gangguan Dalaman



1. Gemuruh
          Gemuruh sukar untuk diatasi oleh para pengucap. Gemuruh akan memberi kesan negatif kepada sesuatu pengucapan awam. Contohnya, mengigil, badan menjadi sejuk dan suara tidak jelas. Jika berhadapan dengan situasi ini, pengucap haruslah bertenang dan menarik nafas. Ini membantu pengucap untuk menjadi lebih tenang. Walaupun pengucap berada dalam keadaan gemuruh, pengucap haruslah menunjukkan wajah yang yakin kepada pendengarnya. Pengucap perlulah menganalisis diri sendiri dan memperbaiki kekurangan serta mencuba untuk mengekalkan momentum tumpuan terhadap perkara yang ingin disampaikan.


2. Tidak dapat menjawab soalan yang diajukan audiens 

               Setiap pengucapan awam akan diakhiri dengan sesi soal jawap, daripada sesi tersebut pengucap dapat melihat maklumbalas para pendengar. Jika terdapat perkara yang kurang mereka fahami, mereka boleh mengajukan soalan. Mereka juga boleh memberi pendapat dan berkongsi maklumat. Sebelum memulakan pengucapan awam, pengucap perlulah mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan topik dalam ucapannya. Selain itu, pengucap perlulah bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan memperbanyakkan bacaan dan pencarian maklumat.




3. Lupa Objektif dan Motif 

         Pengucap mestilah menghurai tajuk mereka dengan baik tetapi jangan menghurai tajuk tersebut terlalu panjang sehingga lari daripada objektif pengucapan mereka. Nota pendek harus disediakan sebagai rujukan kepada pengucap. Dengan cara ini pengucap akan tahu perkara atau isi yang patut diterangkan. Pengucap perlu menyusun maklumat mengikut turutan (pagination) supaya beliau tidak terus hanyut dan keluar dari topik yang ingin disampaikan. Pengucap tidak perlu menghafal kesemua ayat tetapi perlu menghafal dan memahami akan tajuk penting sahaja.


4. Kurang Pemahaman tentang Motif Acara

      Pengucap seharusnya mengetahui aturcara majlis dan tujuan majlis itu diadakan. Pengucap perlulah memperbanyakkan komunikasi dengan pihak penganjur tentang tujuan penganjuran sesuatu majlis tersebut. Pengucap harus mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak penganjur. Setiap perubahan dalam aturcara majlis haruslah diberitahu kepada pengucap. 


5. Menggeletar atau Menggigil 


          Menurut pendapat pakar, 5 minit pertama adalah tahap normal sekiranya menggeletar atau menggigil (nervous) bagi setiap individu jika berucap di khalayak ramai. Pengucap perlu menenangkan diri dan mencuba menyesuaikan diri dengan suasana majlis itu. Pengucap perlu menarik nafas panjang dan mencari ruang nafas seketika untuk menempiaskan ketakutan di hadapan hadirinnya. 



6. Beremosi secara Berlebihan 



      Semasa memberi ucapan, pengucap tidk boleh telalu emosi. Pengucap tidak boleh memarahi pendengar, jika mereka membuat bising, datang lambat dan tidak memberi tindakbalas seperti yang diinginkan. Pengucap harus pandai mengawal emosi dan menarik minat para pendengar untuk mendengar. Meskipun, pengucap menghadapi masalah, mereka tidak boleh menunjukkan masalah yang mereka hadapi. Pengucap haruslah bersemangat dan dan menaikkan suasana menjadi ceria dan gembira. Pengucap haruslah seorang yang bermotivasi. Biarlah apa sahaja tindakbalas menonton mereka harus bersabar.




7. Tidak Pandai Memberi Huraian

         Penceramah yang baik haruslah mengkaji terlebih dahulu tajuk yang ingin disampaikan dan mencari huraian terbaik untuk membuat pendengarnya lebih memahami. Semasa memberi huraian penceramh mestilah berhati-hati supaya tidak mewujudkan isu yang sensitif dan akhiri ucapanya dengan ucapan mohon maaf jika menyingung perasaan para pendengar. Pengucap boleh membuat huraian berkaitan isu semasa, pengalaman dan cerita-cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk yang ingin disampaikan.


8. Suara Tidak Jelas Kedengaran

      Pengucap perlulah menguji vokal suaranya terlebih dahulu. Selain itu, pengucap perlu menjaga kualiti suara supaya mampu bertahan sehingga tamatnya majlis. Selain menjaga kualiti suara, pengucap perlu menjaga pemakanannya. Hal ini penting kerana pemakanan sangat berkait rapat dengan lontaran suara. Pengucap perlu belajar melontarkan intonasi dan nada ucapan dengan betul.


Gangguan Luaran


1. Gangguan Teknikal 


Gangguan teknikal merujuk kepada gangguan-gangguan dari segi aspek-aspek teknikal dan peralatan seperti sistem bunyi dan audio, pengcahayaan, suhu, pengurusan pentas, skrin dan paparan, serta komputer yang digunakan. Sebagai contoh, sistem bunyi, skrin dan komputer yang bermasalah boleh mengganggu penyampaian pengacara, menghilangkan fokus penonton dan membuang banyak masa. Sistem pengcahayaan yang bermasalah seperti cahaya terlalu malap menyebabkan pengacara tidak dapat membaca teks rujukan sekali gus mengganggu proses penyampaian. Pengurusan pentas yang baik dan penyaman udara yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas juga penting bagi memastikan pengacara selesa berada diatas pentas.


           Bagi mengelakkan berlakunya gangguan teknikal, peralatan mestilah selenggara dengan baik dan sesuai dengan keadaan dewan atau lokasi majlis. Selain itu, peralatan perlulah diperiksa sebelum majlis dimulakan agar sebarang gangguan dapat diatasi telebih dahulu. Penyelenggara peralatan mestilah sentiasa bersedia dengan segala masalah yang mugkin berlaku. 





2. Gangguan Cuaca 


             Gangguan cuaca seperi hujan, ribut, kilat, dan angin kencang biasanya berlaku di majlis-majlis yang diadakan di kawasan terbuka seperti padang, khemah, dan dewan terbuka. Hujan yang turun menyebabkan audien dan pengacara berada dalam keadaan tidak selesa serta serba sedikit mengganggu kelancaran perjalanan majlis. Selain itu, bunyi ribut dan kilat yang kuat menyebabkan suara pengacara tenggelam serta menghilangkan fokus audien yang ketakutan. Disamping itu, angin kencang boleh menyebabkan khemah rosak dan barang-barang bertaburan ditiup angin sekaligus memungkinkan acara tidak dapat diteruskan. 


             Pihak penganjur mestilah bersedia dengan keadaan sedemikian dengan melihat kepada keadaan cuaca semasa dan ramalan cuaca. Jika cuaca semasa tidak menentu, majlis lebih selamat diadakan di dewan tertutup berbanding di luar dewan. Selain itu, jika diadakan luar dewan seperti di dalam khemah, hendaklah dipastikan khemah tersebut dalam keadaan kukuh dah kuat. 


3. Gangguan Pakaian 


              Pemakaian yang sesuai juga penting bagi memastikan pengacara berada dalam keadaan selesa. Pakaian yang tidak selesa dan mengganggu pergerakan menyebabkan penyampaian pengacara sedikit terganggu. Oleh itu, pakaian perlulah sesuai dan mengikut tema majlis yang diadakan seperti memakai pakaian yang formal untuk majlis formal. Disamping itu, pakaian hendaklah sopan, tidak terlalu menonjol, dan mengikut kod etika berpakaian.


4. Gangguan Audien

              Audien juga boleh menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Audien yang tidak memberi tumpuan dan perhatian menyebabkan wujud pula gangguan dalaman kepada pengacara seperti hilang keyakinan diri, gugup, gagap dan sebagainya. Selain itu, audien memberi respon negatif seperti mengajuk, tidak memberikan kerjasama, terlalu bising, dan datang lambat. Respon negatif seperti ini menganggu kelancaran dan kemeriahan acara dan perlu ditangani oleh pengacara dengan bijaksana. Terdapat juga audien yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Hal ini menyebabkan emosi pengacara terganggu.

              Bagi menangani keadaan ini, penceramah perlulah bijak mengawal keadaan agar tidak menjejaskan majlis. Penceramah juga perlu bijak mengawal emosi sendiri dan juga audien dengan kata-kata nasihat yang sopan supaya audien dapat menghormati majlis. Penceramah tidak boleh memalukan audien tetapi perlulah bersikap lebih optimis dengan memberi dorongan dan memujuk audien agar audien dapat memberikan kerjasama. 


5. Pengurusan acara

         Pengurusan acara yang tidak sempurna menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Hal ini berlaku apabila pemilihan pengacara dilakukan secara terburu-buru dan disaat akhir. Pengacara yang tidak mengetahui secara terperinci atur cara perjalanan majlis menyebabkan penyampaian dan atur cara majlis tidak tersusun. Selain itu, acara yang padat menyebabkan pengacara terburu-buru mengejar masa bagi memastikan setiap acara dapat dilaksanakan.


         Oleh demikian, pemilihan penceramah perlulah dibuat lebih awal agar acara lebih teratur serta memahami isi perjalanan majlis. Penceramah juga perlu memastikan ketetapan kehadirannya dimajlis tersebut agar tidak berlaku perubahan pengacara disaat-saat akhir. Selain itu, atur cara perlulah bersesuaian dan tidak terlalu padat dan bersesuai dengan masa yang diperuntukkan. 



6. Gangguan daripada Pihak terhormat atau VVIP. 



      Dalam sesuatu majlis, semestinya akan dijemput tetamu vvip. Pengucap mestilah mengetahui siapa tetamu vvip, latarbelakangnya dan memastikan tetamu vvip tersebut datang pada tarikh dan wktu yang ditetapkan. Tetamu vvip ini mampu memberi ancaman kepada majlis atau sesuatu pengucapan, contohnya hadir lewat, tidak hadir atau meminta orang lain mengantikan beliau. Ini akan menganggu perjalanan majlis kerana menunggu kehadiran mereka. Ini turut memberi kesan kepada para pendengar kerana mereka akan berasa bosan dan semangat mereka datang mendengar sesuatu ucapan akan hilang.


7. Gangguan Masa

         Masa juga adalah ancaman dalam sesebuah pengucapan awam. Persiapan yang awal penting untuk memastikan program berjalan dengan baik dan tepat.ini bagi memastikan program tidak terlebih masa seperti yang telah dinyatakan. Contonhnya, jika sesuatu pengucap telah mengambil lebih masa ini akan memberi kesan kepada pengucap yang seterusnya. Jadual atur acara amat penting dalam sesuatu pengucapan awam. Ia sebagai bahan rujukan dan mesti dikuti dengan betul. Apabila jadua atur acara dipatuhi dengan betul, acara akan berjalan dengan baik dan sesuai seperti masa yang dirancangkan. 


8. Gangguan Tempat

          Suasana dan keadaan sekeliling mampu memberi kesan kepada pendengar. tempat mampu mempengaruhi emosi pendengar. Jika tempat tidak dipilih dengan baik ianya akan memberi kesan yang negatif, bukan sahaja kepada pendengar malah ia turut mempengaruhi penceramah seperti tidak selesa,, tidak ramai yang hadir dan suara tidak jelas. Tempat yang sesuai haruslah dipilih mengikut masa dan jumlah pendengar. Contoh tempat yang sesuai dewan untuk jumlah pendengar yang ramai. Selain itu juga penceramah perlu mengambil kira jarak antara tempat yang berlangsung penceramah dengan pendengar yang bakal hadir. Ini akan menjadi penghalang kepada pendengar untuk hadir jika tempat tersebut terlalu jauh. 


Kesimpulannya, 

        Pengucapan awam merupakan satu bahan bagi penyampaian maklumat yang berkesan. Penceramah haruslah bersikap jujur dan ikhlas terhadap ilmu yang disampaikan. Penceramah harus peka dengan isu semasa agar tidak menyentuh isu-isu sensitive sewaktu berjalannya sesuatu pengucapan awam. Disamping itu, penceramah haruslah bertanggungjawap atas apa yang disampaikan dan memohon kemaafan atas kesilapan dan kekurangan dalan ucapannya.

Disediakan oleh: Miss Za, Miss Ram dan Miss Nor Azimah.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

21 Oktober 2012

15 LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA KELUAR BERSENDIRIAN


Salam sayang buat semua, kalau kita perhatikan sekarang ni memang banyak berita tentang kejadian culik, rogol, ragut, & macam-macam lagi sehingga membawa kepada kematian. manusia sekarang sudah hilang perasaan kasih dan sayang...cuma bsandarkn nafsu semata-mata..

za pun selalu keluar sendirian..huhu..pengalaman paling teruk za pernah kena ialah ditinggalkan sorang-sorang di sebuah bus stop seksyen 26 shah alam oleh sebuah teksi yg enggan hantar ke destinasi dengan alasan ada customer lain yg sedang menunggu.

so, za nak share sikit ape langkah2 keselamatan yg za ambil masa keluar sorang=sorang...
tp, nasihat za better jgn keluar bersendirian, cari kawan sebagai peneman...tp kalau da x de pilihan, boleh try cara za(lau nk ikot la..)



  1. Keluar hanya jika ada urusan penting yang tak dapat di elakkan...jangan kerana nak shopping sanggup keluar sorang2.
  2. Simpan RM50 dalam poket atau selit la kat mana2 sebagai langkah persediaan andai berlaku masalah seperti ragut dan kehilangan beg tangan/dompet. Duit tu nanti boleh guna untuk call polis ke, tambang balik ke...
  3. Bawa payung walaupun tak hujan. payung boleh dijadikan sbgai senjata...
  4. Pakai pakaian yg sesuai. Berseluar panjang, tumit kasut tidak terlalu tinggi,dan tidak menarik perhatian orang. Pakaian pun penting bagi elak diri jadi mangsa atau bila berlaku kejadian tak diingini, anda sudah bersedia untuk melakukan aksi "stunt" seperti melompat keluar dr kereta, menendang, berlari 4x 400m, lompat pagar atau lompat kijang.
  5. Pergi ke tempat yang biasa dikunjungi. Jangan pergi ke tempat yang kita tak pernah jejak. Kenapa ye?? sebab nanti masa kita leka cari jalan/ arah, ada yg memandang mnunggu masa sesuai..lagi satu sebab ialah, kita tak tahu di mana boleh minta bantuan atau arah sesuai untuk lari menyelamatkan diri.
  6. Elak pergi terlalu jauh dari tempat tinggal..contohnye, tinggal di shah alam, tapi pergi sorang2 ke seremban. better jangan la...
  7. Jangan mudah mempercayai orang lain. Ayat ni agak "klise" tapi sangat membantu.
  8. Jika ada sebarang pertanyaan tentang arah, bertanyalah pada pak guard @ jurujual sekitar situ. Kalau nak lebih selamat, tanya lebih dari 1 orang soalan yang sama untuk kepastian.
  9. Berjalan2 dalam kawasan yang ramai orang. Elakkan kawasan sunyi seperti tempat parking kereta... 
  10. Guna bus, tren, LRT lebih baik berbanding teksi.
  11. Jangan berada di bus stop sorang2...sekarang byk berita kes culik berlaku di bus stop. Cari kelompok yg sebaya dan sejantina dan duduk dlm kelompok tu dan berlagak la macam korang sebahagian dari diorang...za biasa buat benda ni masa tengah tunggu bus, duduk sebelah sekelompok budak2 perempuan yg juga pelajar, berborak2 dengan diorang...so, after that, diorang pulak tegur za...selain selamat, kenalan pun bertambah..huhu~   (hebat x idea za??)
  12. Sentiasa contact dengan kenalan ke mana kita pergi..sekurang2nya ada yg tahu di mana kita berada.
  13. Elakkan diri dari orang yang mencurigakan & ingat no phone kecemasan seperti 999.
  14. Jangan keluar lama2. Balik seusai habis urusan.
  15. Belajar seni mempertahankan diri. Tahu yang asas pun da ok.. 
[note: serang di titik2 lemah seperti mata (cucuk), tengkuk (tetak), dagu (serangan dari bawah), belakang lutut (tendang di bahagian pelipat), kepala/muka, perut dan bahagian penyawa (tendang sekuat hati)]





Ok, pape pun harap korang semua selamat dan sihat2 sentiasa. INGAT, malang tak berbau...berhati2 la walau dimana kita berada...


<Miss Za>

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

20 Oktober 2012

Formula Skor A

fuhhhhh.....(mengeluh) fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................(mengeluh panjang). Kenapa za mengeluh hari nie yek? za penat sangat sebab baru balik dari program kemahiran insaniah wajib untuk pelajar2 UiTM. So, za nak share apa yang za dapat hari nie....Formula atau teknik skor A untuk pelajar2 universiti. Untuk pelajar sekolah pun boleh guna formula nie...

TEKNIK SKOR A

Teknik Membaca:

1. Baca kali pertama- Familiarize(membiasakan)

  • Sebelum kelas
  • santai/relax.
  • Biasakan diri dgn perkataan @ ayat.

2. Baca kali kedua- Comprehend(memahami)

  • sebelum kelas.
  • paksa diri utk faham content.
  • catat/ tanda topik yg tidak difahami(boleh bertanya pd pensyarah semasa kelas).

3. Baca kali ketiga-Memorize(mengingati)

  • selepas kuliah.
  • kenali kata kunci.
  • pastikan faham dahulu!

Teknik Skor Exam/Test:
  1. ulangkaji soalan2 sem lepas (3-5 sem yg lepas).
  2. kenali bentuk2 soalan & topik.
  3. jawab semua soalan & tunjuk pd pensyarah.
  4. rujuk pensyarah tentang kaedah menjawab.

Teknik Skor Assignment:
(kena jumpa lecturer sekurang2nya 3x untuk consultation)

Consultation 1-Draft

  • lepas beri tugasan.
  • pilih topic/tajuk.
  • sediakan draf.
  • pengenalan/kandungan.
Consultation 2-Full report.
  • lepas draf diluluskan.
  • dptkn rujukan.
  • siapkan laporan penuh tugasan.
Consultation 3-Final report.
  • lepas laporan disemak.
  • buat pembetulan kecil.

FORMULA "TAK NAMPAK TAPI BENAR"


  • Doa ibu. keberkatan ibu itu yang utama. ayah pown jgn lupe yek! mintak maaf, mintak restu, doa, & yg sama waktu dengannya..
  • Solat. pastikan cukup 5x sehari thenboleh buat solat hajat.
  • Kongsi ilmu. Jangan kedekut utk bantu kawan2 yang kurang faham. berkongsi ilmu membantu kita mengigati kembali ilmu itu sama seperti kita buat ulang kaji.
  • Jangan meniru. result yg kita dapat tu biarlah berkat...tak yah la nak bawa toyol masuk dewan pekse...sekarang orang da x bela toyol, orang bela biri2(blackberi).


Ok la, za harap korang dapat praktikkan..x dapat semua, 1 formula pown jadila...huhu~

LOL ^_^ (Lot of Learn)!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ