Dalam hidup kita ni pasti ada kawan-kawan yang menemani. Kawan-kawan tu la penyeri hidup walaupun kadang kala wujud perselisihan. Dalam berkawan jangan sehala. Apa yang Za maksudkan dengan sehala ialah cuma sebelah pihak sahaja yang ikhlas dalam berkawan dan sebelah pihak lagi cuma berpura-pura.
Yang kedua, mengarah. Berkawan biar ikhlas dengan niat sebagai kawan, susah senang bersama. Jangan jadikan kawan kita macam hamba suruhan pula. Sampaikan benda-benda kecil pun nak mengarah-arah kawan macam kau tu OKU pulak. Halo! Bayar gaji la kalau nak mengarah-ngarah Okay!
Yang ketiga, bermuka-muka. Depan baik je, pijak kura-kura pun tak mati. Tapi bila kat belakang kita, dia la paling hebat bab-bab memburukkan kita. Ada je yang tak kena macam dia yang paling perfect sekali. Kalau orang yang faham perangai dia memang la tak akan mudah percaya apa yang dia cakap tapi kalau orang yang belum kenal dan percaya bulat-bulat, kan da jadi fitnah tu.
Yang keempat, cemburu. Dalam diam menyimpan cemburu kat kawan sendiri dan berniat nak jatuhkan kawan. Sikap cemburu kadang kala memang wujud, biasalah manusia. Tapi kena pandai kawal supaya tak wujud kes kawan makan kawan.
Yang keanam, tak pandai simpan rahsia. Kalau bab rahsia, dia la yang paling sibuk nak tahu. Apa yang kita simpan memang tak boleh nak sorok dari dia la. Kadang-kadang kelakuan dia macam agak memaksa untuk kita dedahkan rahsia kita. Padahal dibelakang kita, dia selalu menjadikan rahsia kita sebagai modal berbual masa lepak dengan orang lain.
Yang kelapan, mulut nak kena penampar. Yang ni jenis tak reti bahasa la senang cakap. Setiap yang keluar dari mulut dia mesti buat kita sakit hati. Kata-kata dia buat kita rasa rendah diri dan tak yakin pada diri. Orang macam ni biasanya jenis yang fikir diri tu paling bagus. Juga jenis tak pernah fikir 2, 3 kali bila nak bercakap. Sedang kita ni duk bertapis dengan dia.
Yang kesembilan, kawan kontrak. Kita buat macam mana sekalipun dia tetap anggap kita kawan biasa je. Dia cari kita bila takda yang nak teman dia or bila dia bergaduh dengan kawan baik dia tuh. Bila dia okay dengan kawan-kawan dia, mula la buat seolah-olah tak kenal kita. Kita ni macam kasut. Nak guna ikat, tak nak guna campak ke luar.
Kesebelas, tak peduli. Jenis yang macam ni memang aku tak paham betul. Bila dia sakit, kita la yang beria-ia beli ubat la, teman pergi klinik la, urut dia la semata-mata risaukan dia dan nak dia sembuh cepat. Tapi tang kita sakit, dia langsung tak peduli. Tanya pun tidak ni pulak nak tolong belikan ubat. Sikit pun tak wujud rasa simpati malah boleh pulak tak puas hati bila kita tak layan dia masa kita tengah sakit.
Yang kedua belas paling Za menyampah. Jenis suka caci maki. Marah-marah kat kita dan caci maki kita sesuka hati, sesedap rasa, seenak bicara dia je. Siap main bab-bab Tuhan macam dia alim gila-gila punya alim la padahal bukan salah kita pun. Langsung tak nak terima bila kita ajak berbincang. Kita ni punya la sabar cakap elok-elok nak tenangkan dia tapi sepatah perkataan kita pun dia tak nak terima. Dari hati ni bersih je tak ada apa-apa perasaan terus wujud perasaan benci, menyampah, menyesal semua ada. Dengar dari mulut orang terus letak kesalahan kat bahu kita tanpa dengar penjelasan kita. Orang macam ni better tak payah buat kawan la. Za pun da putus kawan dengan orang yang macam ni. Buat menyakitkan hati je. Sebab orang lain, Za pulak jadi mangsa caci maki dia. Mentang-mentang Za jenis malas nak melawan.

.jpg)
.jpg)
.jpg)



