27 Mei 2013

Game Eleven Things About Me

Kira Astech tag Za dalam game ni.
Za tak pernah main game yang macam ni. Cam best je. Ok, Za try join.

Sila fahamkan rules dulu yer..
Rules:
  1. Post this rules.
  2. Write 11 things about yourself
  3. Answer the questions the tagger set for you.
  4. Create 11 questions for those who you want to tag.
  5. Chose 11 blogger and post this link to them.
  6. You are not allowed to tag back.

11 Things About Me (Miss Za)
  1. Food lover. Love chocolate. Hate isi perut, jantung hati dan anak-pinaknya.
  2. Sukakan pantai dan laut.
  3. Angin. Cepat marah, cepat pula reda.
  4. Ingin menjadi seorang volunteers yang aktif.
  5. Kadang kala suka berkarya or buat kraf tangan. 
  6. Layan semua jenis musik. Dari nasyid sampai ke rock! 
  7. Kadang orang cakap Za ni pelik.. who's care?
  8. Tak suka orang tanya soalan pasal cita-cita dan soalan leceh yang Za tak boleh jawab. Itu semua poyos.. 
  9. Sensitif gilerz soal famili. U touch my family, U tak kan selamat..haha.
  10. Suka buat ikut suka hati. 
  11. Loading, blur, slumber, sempoi, sewel, sengal, gile (gelaran pernah dapat dari kengkawan).


Soalan dari Kira Astech

1. What is the one most embarrassing thing you have ever done?
Tak ingat. Tak suka ingat. Tak pernah ingat. Tak pernah ingin cuba nak ingat. Dan tak perlu ingat kot.

2. Do you have any addictions?
Semua addiction datang sekejap sebab aku jenis cepat bosan. 

3. What do you hate most about yourself?
My brain. Sometimes its not functioning. I don't know why?

4. What do you want to change about yourself?
Berubah lebih baik, penyabar dan solehah. 

5. Do Have Any Type Of Bad Habit?
Bangun lambat & terlampau baik hati.

6. Name a movie or movies you can watch over and over?
Dream high (korean movie)

7. Do you like to read? If so...favorite book(s)?
I think I do. But, in reality I'm not.

8. Would you rather be smart and ugly or dumb and beautiful?
Smart and ugly. Because I can survive with my brain better than my face.

9. What is your favorite scent?
I don't know. Don't ask me that question.

10. What kind of girls/boys are you attracted to?
I don't care. I only attracted to my boyfriend.

11. What is the scariest experience you ever had?
A stupid taxi driver tinggalkan aku sensorang kat stesyen bas yang takde orang, takde kedai kiri kanan, takde siapa-siapa boleh mintak tolong. Cuma ada lebuhraya yang mana kereta laju giler dan takde siapa peduli kat aku. Taxi pun tahan tak mau berhenti. Nak langgar aku ade la. Ada pulak 2 ekor mamat dalam lori kat belakang aku dok perhatikan aku plak. Tak pernah tengok manusia ke apa? For the taxi driver, kalau tak nak hantar aku balik, lain kali jangan la ambik. Ni tinggalkan aku kat tempat yang asing dan bahaya dengan alasan ada customer lain. Kalau ada pape jadi kat aku macam mana? Memang aku tak akan maafkan ko la. Be responsible sikit. 


Soalan dari Za untuk yang kena tagged.
  1. Ada allergic tak?
  2. Pergi pantai, panjat gunung, shopping, hangout dengan kengkawan, tidur sepanjang hari, mana paling best?
  3. Warna yang korang menyampah. Ada tak? Ce list kan.
  4. Movie paling bengong pernah korang tengok. Apa perasaan masa tu?
  5. Pernah tengok hantu tak? Jin ke, jembalang ke.. Kalau pernah, apa yang korang buat bile nampak bendalah tu?
  6. Nama paling pelik pernah korang jumpa.
  7. Tempat paling best pernah korang pergi.
  8. Lagu yang korang asyik dengar kebelakangan ni.
  9. Ayat yang selalu korang sebut.
  10. Langkah yang diambil untuk hilangkan stress.
  11. Apa yang korang dapat dengan berblogging or dengan kata lain, apa advantages yang blog bagi untuk korang.
  12. Apa yang korang da buat untuk diri korang dan orang sekeliling sepanjang hidup korang ni? Tak perlu jawab sebab ni soalan yang ke 12.  Cuma sekadar renungan bersama. Peace. ^_^

Za tag:

Harap mereka yang Za tag, sudi ler jawab soalan mengarut tu..hehee~
Peace no War..bubye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

20 Mei 2013

Kem Aspirasi Peers: Hari Pertama

Agak serabut otak ni bila terlalu memikirkan tragedi yang menimpa. Eceh! tragedi sangat! Untuk hilangkan stress, Za join Kem Aspirasi Peers under Kelab Pembimbing Rakan Sebaya UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana yang diadakan di Kem El-Azzhar, Morib.

Kami bertolak dalam pukul 3 p.m. ke sana dan tiba agak lewat dari yang dijangkakan. Selepas solat Isyak dan makan malam, barulah aktiviti dimulakan dengan ceramah Pengenalan Peers daripada Pengerusi Kelab. Kemudian diadakan sesi Ice Breaking untuk mengenali AJK Kelab dan rakan-rakan yang lain.
Selesai semua tu, dalam pukul 10.30 p.m. diadakan aktiviti outdoor iaitu Night Treaking. Kami akan berjalan  pada waktu malam mengharung air dan lumpur seterusnya ke Pantai Bahagia. Dalam pertengahan perjalan ke jeti. Tak jejak air lagi kaki ni. Kami dikejutkan dengan sorang budak perempuan depan saya yang tiba2 menjerit memarahi kawannya. Ceritanya, kawan dia tersebut "Atuk, nenek, cucu tumpang lalu". Kemudian, Za dengar pula budak tu cakap dengan kuat, "Ni bukan aku nih!". Lalu dia bergegas patah balik. Kami semua terkejut dan terpaksa berpatah balik ke kem.

Setelah berbincang, hanya mereka yang mahu teruskan dengan aktiviti tu dibenarkan ikut. Za follow je walaupun hati ni risau sebab jam da dekat 12 tengah malam. Almaklum la, Cinderella. Haha. Tak la, tepat 12 a.m. da masuk 18hb iaitu birthday Irwan,bf Za. Risau lambat wish.

Kami meneruskan perjalanan, meredah air. Jurupandu kami sesekali berhenti memberi penerangan. Sebelum meneruskan perjalanan ke pantai. Ternampak pulak anak ular sawa dalam air berhampiran kami. Jurupandu tu pulak boleh menakutkan kami lagi. Ciss! Tapi banyak ilmu yang dikongsi. Contohnya, bila kita tersesat tiada panduan, berjalan mengikut arah bulan jika di malam hari. Jika di siang hari, berjalan membelakangkan matahari. Ilmu yang menarik untuk dikongsi.

Akhirnya kami tiba di tengah pantai, air lebih kurang paras pinggang. Jurupandu suruh padamkan semua lampu untuk menikmati keindahan malam. Kami melihat bulan begitu cantik dan terang malam tu. Warnanya kemerah-merahan. Kami diberitahu yang fenomena bulan merah jarang sekali berlaku dan kami antara yang cukup beruntung dapat melihatnya didepan mata. Di tepi pantai pulak tu. Berganda cantiknya. Indah sungguh ciptaan Allah yang Maha Besar. Syukur Alhamdulillah.. ^_^
fenomena bulan merah
Setelah itu, kami belajar mengenali dan membaca buruj-buruj dilangit. Ada buruj pari, biduk, dan scorpion malam tu. Kemudian, kami diberitahu bahawa disitu ada tempat mandi lulur iaitu lumpur di dasar pantai yang bagus untuk kulit dan selalu dijadikan lulur. Warnanya lebih kehitaman berbanding lumpur biasa.

Kami pulang ke asrama mengikut laluan berbeza dan tiba disana lebih kurang pukul 1.30 pagi. Esoknya pukul 5.15 pagi ada Qiamulail.. Awal tak kena bangun? Haha.. jangan lupa baca sambungannya. Kisah lebih menarik berlaku dihari Kedua.. >.0
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

10 Mei 2013

Kesibukan + Kepenatan Melampau

Naik je cuti pilihanraya, bermula la rutin harian Za yang padat. Kat Selangor cuti sampai Hari Selasa. Tu pun cuti macam tak cuti je rasanya. Baik sungguh lecturer-lecturer Za meninggalkan kerja-kerja untuk disiapkan semasa cuti. Thanks.
3 days tests
Naik je cuti, hari Rabu da ada pulak test oral Mandarin. Mujur ok je Za speaking mandarin walaupun sebutir-sebutir Za sebut perkataan tu. Sampai terangguk-angguk laoshi dengar Za lambat betul menghabiskan satu-satu ayat. hehee~

Hari Khamis pulak ada test Database. Tengok je soalan da rasa nak pitam. Entah apa la aku mengarut dalam tu. Balik kelas database yang 4 jam terus kena pergi buat binding buku. Binding buku means kena jahit-jahit buku, buat cover buku dan cetak tajuk buku guna kertas emas. Za panggil kertas emas je sebab warna emas. Pukul 6 lebih baru siap. Nampak je senang, tapi sebenarnya susah, complicated, leceh dan memenatkan. Balik tu badan Za bisa-bisa dan dada Za sakit sangat.
contoh cara binding buku
Tak sempat nak sihat, Za ada lagi test esoknya (hari ni). Test lagi. 3 hari berturut-turut test. Tapi Za tak boleh senang lenang duk diam-diam baca buku. Za kena siapkan report Database dan betulkan draft untuk subjek Electronic Records (ER). Perghh.. tertekan jugak eden dibuatnya. Lecturer la ni, suma nak immediately. Macam aku ni robot. Tsk. *merungut sebentar.

Da siap database punya report baru Za baca buku. Sekali subjek Maintenance bukan kena writing test *Ciss! Rupa-rupanya ada ujian cabling. Siapkan 2 cable dalam masa 1 jam. Luckily Za sempat siapkan walaupun first time buat. Balik terus gegas buat draft ER sebelum keluar sekejap untuk post hadiah kepada pemenang segmen yang Za sponsor.
Macam ni la cable yang Za kena siapkan.
Lepas ni Za kena buat online quiz dan malam ada meeting kelab plak. Sempat plak Za update blog. Saja nak lepaskan stress dan penat di blog. Teringat plak masa keluar tadi Za tanya kenapa Broadband Za tak boleh Connect. Dia check and kata Za ada 2 bulan bil tertunggak. Za da agak da. Mesti jadi macam ni. Masa Za nak bayar cakap tak payah bayar la, DiGi ada hutang dengan Za la, bil belum keluar la, Za tak ada hutang la, Za terlebih bayar la..bla...bla..bla... Sekarang tak pasal-pasal aku kena bayar sekali harung untuk 2 bulan. Lari bajet aku. Cett.

P/S: Untung siapa yang tak baca entry ni sebab tak la poning kepala korang.. bhahaha.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

6 Mei 2013

Saya Nak Tambah Berat Badan

Orang sibuk nak kurus Za sibuk nak gemuk. Mana taknya, Za sebenarnya dalam kategori underweight. Masa zaman sekolah memang Za kecik tapi tu tak rasa sangat. Bila masuk U ni memang terasa sangat la sebab Za makin menjadi-jadi jimatnya. Za kurang makan dan kadang kala Za langsung tak berselera nak jamah apa-apa makanan.
gambar minah ni lagi..
Tapi kalau nak kategorikan Za ni jenis yang makan sikit pun tak boleh jugak sebab Za ialah pencinta makanan. Tengok ni nampak sedap, tengok itu nampak sedap. Memang kuat makan jugak la masa zaman sekolah tapi tak naik-naik. Sampai Za dapat gelaran "Bela". Ala, macam bela something, and Za makan banyak tak gemuk sebab separuh makanan Za, Za bagi kat benda yang Za bela tuh! Agak kasar gelaran tuh! Excuse me, I keturunan yang baik-baik okay! Ustaz-ustazah okay! konon~

Ada yang kata macam ni kat Za, "ko ni kurus sangat lah! Ce makan tu banyak sikit". Halo! Za bukan tahap makan banyak sikit, da tahap makan banyak-banyak da ni.. Masalah sekarang korang sibuk dok mengata aku kurus la, skeleton la, tulang la, papan la, keding la...dan yang sama waktu dengannya. Korang tu bising nak kurus tapi tak kurus-kurus jugak. Sedang nak kurus lebih mudah sebenarnya dari nak gemuk.

Anyway, maybe korang akan cakap, "Ala, ce try produk tambah berat badan yang berlambak kat pasaran tuh, habis cerita.." Untuk pengetahuan semua, apa produk yang Za tak pernah cuba? Appeton weight gain, Gain5, Super gemuk, Pil China entah ape ntah, Minyak ikan, Vit C, bla3...most of them Za da try.. Appeton ok la, naik la jugak. Tapi bila berhenti jap sebab cost dia tinggi, terus turun balik. Bila ambil semula tak naik-naik lagi dah. Gain5 langsung tak nampak perubahan. Bukan nak kutuk, tapi seriously, tahap tak sedap yang tak boleh telan lah! Herbalife Za tak pernah try. Tapi rasanya...terima kasih je la.
Melalui pembacaan Za, untuk naikkan berat badan, kena pandai main kira-kira kalori. Jaga pemakanan ikut kalori, lakukan latihan beban, jangan skip makan, dan makan 6 kali sehari. Za berminat nak try satu produk mass gainer. Tapi tengok la, kena search banyak pasal benda ni sebelum try. Za tak kan search kat testimoni penjual sebab comfirm kata yang elok-elok je. Haha.

Mass Gainer ni actually untuk atlet or siapa-siapa yang nak tambah otot badan. Mak oi Za! Tak takut ke nanti badan kau berketak-ketak macam lelaki. Haha. Perempuan kurang hormon testosterone so, susah nak naik otot-otot macam lelaki. Lagipun Za tak kan buat senaman over macam ahli bina badan tu. Sekadar senaman biasa cukup. BTW, mass gainer ni berasaskan whey protein, memang biasa digunakan dalam produk-produk weight gainer. Kalori dia pun tinggi. Ada yang da naik sampai 5kg.

Hurmm..kalau tak naik jugak, redha je la.. My bf pun da bagi lampu hijau. Dia kata, rupa Za macam mana pun, dia tak kesah. Dia terima seadanya.. Senyum sampai telinga eden mendengarnya..kihkihkih
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Segmen Review Percuma

klik banner untuk join!
Jom join satu segmen mudah. Syaratnya mudah sangat. Cuma follow blog dan buat entry. Semua yang join akan di review. Klik banner diatas kalau nak join sekaki.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 Mei 2013

Berkawan Jangan Sehala

Salam semua..
Dalam hidup kita ni pasti ada kawan-kawan yang menemani. Kawan-kawan tu la penyeri hidup walaupun kadang kala wujud perselisihan. Dalam berkawan jangan sehala. Apa yang Za maksudkan dengan sehala ialah cuma sebelah pihak sahaja yang ikhlas dalam berkawan dan sebelah pihak lagi cuma berpura-pura.
Pertama, Ambil kesempatan. Bila kita mintak tolong, hilang ghaib entah kemana. Tapi masa nak mintak tolong kita, muka dia yang kita kena hadap hari-hari.

Yang kedua, mengarah. Berkawan biar ikhlas dengan niat sebagai kawan, susah senang bersama. Jangan jadikan kawan kita macam hamba suruhan pula. Sampaikan benda-benda kecil pun nak mengarah-arah kawan macam kau tu OKU pulak. Halo! Bayar gaji la kalau nak mengarah-ngarah Okay!

Yang ketiga, bermuka-muka. Depan baik je, pijak kura-kura pun tak mati. Tapi bila kat belakang kita, dia la paling hebat bab-bab memburukkan kita. Ada je yang tak kena macam dia yang paling perfect sekali. Kalau orang yang faham perangai dia memang la tak akan mudah percaya apa yang dia cakap tapi kalau orang yang belum kenal dan percaya bulat-bulat, kan da jadi fitnah tu.

Yang keempat, cemburu. Dalam diam menyimpan cemburu kat kawan sendiri dan berniat nak jatuhkan kawan. Sikap cemburu kadang kala memang wujud, biasalah manusia. Tapi kena pandai kawal supaya tak wujud kes kawan makan kawan.
Yang kelima, pengecut. Mula-mula kata sanggup berjuang bersama-sama. Last-last, dia lesap entah kemana. Kawan yang jadi mangsa dan kena tanggung sorang-sorang. Kata sentiasa sokong, backup kawan tapi realitinya hanya di mulut, tindakan tak ada. Tetiba je dia jadi orang paling senyap dan paling pengecut untuk bela kawan dia semata-mata tak nak tanggung masalah.

Yang keanam, tak pandai simpan rahsia. Kalau bab rahsia, dia la yang paling sibuk nak tahu. Apa yang kita simpan memang tak boleh nak sorok dari dia la. Kadang-kadang kelakuan dia macam agak memaksa untuk kita dedahkan rahsia kita. Padahal dibelakang kita, dia selalu menjadikan rahsia kita sebagai modal berbual masa lepak dengan orang lain.

Yang ketujuh, bersyarat. Sayang cuma waktu kita menolong dia. Bila kita tersilap langkah dan tak sengaja menyakitkan hati dia, terus membenci tanpa berfikir dua kali walaupun selama ni kita sentiasa bersabar dengan kerenah dia.

Yang kelapan, mulut nak kena penampar. Yang ni jenis tak reti bahasa la senang cakap. Setiap yang keluar dari mulut dia mesti buat kita sakit hati. Kata-kata dia buat kita rasa rendah diri dan tak yakin pada diri. Orang macam ni biasanya jenis yang fikir diri tu paling bagus. Juga jenis tak pernah fikir 2, 3 kali bila nak bercakap. Sedang kita ni duk bertapis dengan dia.

Yang kesembilan, kawan kontrak. Kita buat macam mana sekalipun dia tetap anggap kita kawan biasa je. Dia cari kita bila takda yang nak teman dia or bila dia bergaduh dengan kawan baik dia tuh. Bila dia okay dengan kawan-kawan dia, mula la buat seolah-olah tak kenal kita. Kita ni macam kasut. Nak guna ikat, tak nak guna campak ke luar.
Sepuluh, kepala batu. Jenis pendapat dia je nak dengar. Kata dia je betul. Jangan tegur orang yang macam ni nanti maruah dia tercabar pastu mula la buat muka tak puas hati. Za pernah jumpa yang jenis buat study grup, dia rasa pendapat A betul tapi semua ahli grup dia bagi pendapat B, dia sanggup call group lain semata-mata nak sama pendapat dengan dia. WTH?!

Kesebelas, tak peduli. Jenis yang macam ni memang aku tak paham betul. Bila dia sakit, kita la yang beria-ia beli ubat la, teman pergi klinik la, urut dia la semata-mata risaukan dia dan nak dia sembuh cepat. Tapi tang kita sakit, dia langsung tak peduli. Tanya pun tidak ni pulak nak tolong belikan ubat. Sikit pun tak wujud rasa simpati malah boleh pulak tak puas hati bila kita tak layan dia masa kita tengah sakit.

Yang kedua belas paling Za menyampah. Jenis suka caci maki. Marah-marah kat kita dan caci maki kita sesuka hati, sesedap rasa, seenak bicara dia je. Siap main bab-bab Tuhan macam dia alim gila-gila punya alim la padahal bukan salah kita pun. Langsung tak nak terima bila kita ajak berbincang. Kita ni punya la sabar cakap elok-elok nak tenangkan dia tapi sepatah perkataan kita pun dia tak nak terima. Dari hati ni bersih je tak ada apa-apa perasaan terus wujud perasaan benci, menyampah, menyesal semua ada. Dengar dari mulut orang terus letak kesalahan kat bahu kita tanpa dengar penjelasan kita. Orang macam ni better tak payah buat kawan la. Za pun da putus kawan dengan orang yang macam ni. Buat menyakitkan hati je. Sebab orang lain, Za pulak jadi mangsa caci maki dia. Mentang-mentang Za jenis malas nak melawan.
So, dalam berkawan biarlah seimbang. Biar sehala. Dua-dua belah pihak perlu ikhlas dalam berkawan dan sentiasa sayang kat kawan-kawan tanpa bersyarat. Dan kadang kala, kita memang perlu memilih dalam berkawan.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 Mei 2013

Review Blog Nurfara Hani

Sebelum ni Za join satu segmen review blog by Nurfara Hani and thanks sebab sudi review blog Za. Korang boleh tengok review tu kat SINI okay!
Klik banner kat atas untuk terbang terus ke blog Nurfara Hani. Tarikh start berblogging ialah pada.....Tak tahu. haha. :P  Tapi entry first dia ialah pada 6 December 2011. Apa yang best tentang blog dia? First, cepat loading sebab tak banyak widget bagai. Ringkas dan kemas je blog dia sesedap mata memandang masa nak baca entry dia. Dia juga rajin share tips/info kecantikan dan kesihatan kat pembaca. Ok la, dapat tambah ilmu mereka-mereka yang jenis malas nak baca buku.

Dia ni spesies macam Za jugak, rajin join segmen tapi sekurang-kurangnya dia da pernah buat segmen sendiri. Za belum pernah buat lagi la..Ada yang nak sponsor kew kalau Za buat segmen? huhu~ Paling best, tuan blog ni peramah je orangnya. Eceh! Jangan kembang pulak!

Za suka entry pasal Johor memandangkan Za pun orang Johor. Tuan blog belajar di UiTM Segamat so wujud la entry jalan-jalan kat Johor contohnya Legoland dan Jalan-jalan Segamat. Lagi satu Za tertarik dengan gambar-gambar dalam entry INI. Pada yang suka tengok National Geographic boleh la cuci-cuci mata k.

Nak terjah blog dia? Klik SINI

P/S: Za suka buat surprise review ek? bhahaha.. Tapi rasa macam nak review follower yang ke 500 la plak memandangkan Za da lupa siapa follower blog Za yang ke 444. Haha..my BAD~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Mei 2013

Mood Blogwalking

Ohohohoho... Sekarang rasa malas betul nak menaip. Walau ada idea sekali pun rasa macam.. "Arghh..nanti-nanti la, esok masih ada". Tapi beberapa hari ni mood blogwalking Za datang. Sebelum ni blogwalking la jugak. Tapi biasanya kalau line internet da lombab bebenor macam ni malas eden nak gi ziarah menziarahi blog orang.

Kali ni lain pulak ceritanya. Syok plak melawat blog orang terutama blogger-blogger yang singgah blog Za dan tinggalkan link di chatbox. So, kalau nak Za blogwalking ke blog korang, letak la link yang betul yer. Letak link entry ke, segmen ke, Za tak kesah sangat. Jangan letak link yang bukan-bukan Okay! Buat perasaan gumbira Za bertukar kepada menyampah plak. Hihi.. Peace!
Za boleh dapat Award macam ni tak?
Seharian mengadap my pinky lappy, banyak jugak blog yang Za lawat, komen, dan stalker..kihkihkih (ketawea jahat) Pernah dengar tak pepatah melayu "jauh perjalanan, luas pemandangan". Tentu pernah kan? Kalau tak pernah pergi balik Korea sana!! Bila berBlogWalking, (well walking tu berjalan dalam bahasa Melayu walaupun realitinya tidak) Za dapat menambah pengetahuan dengan membaca entry yang berinfomatif dan bermanfaat. Ada juga entry yang lawak seyh.. Gelak sakan. Dapat ringankan otak yang berat dan padat dengan pelbagai masalah dan kerja.

So, pada blogger yang rasa macam malas nak blogwalking dan hanya berharap orang yang datang blog dia, Insaf-insaf la.. Sapa yang makan cili dia la yang terasa pedas.... Auww.. Asal pedas je lidah nih! Eceh!


Jika ada kesilapan hari ini, Ampunkan lah.
Jika wujud kesilapan semalam, Maafkan lah.
Jika mungkin akan datang Za bersalah pada korang, tunggu lah.
Tunggu raya nanti Za mintak maaf yer.. bhahahaha...
                                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ