13 Februari 2015

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Perasaan sedih menyelubungi Malaysia apabila berita pemergian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebar. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 malam semalam pada umur 84 tahun. 

Solat jenazah bermula 9.55 pagi tadi dan selesai pada 10.02 pagi. Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi. Dianggarkan 50,000 orang berada di Masjid Tok Guru Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

Perginya seorang Murabbi, Al-Fatihah.


Al-Fatihah juga buat Allahyarham Datuk Hasbullah Awang.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

11 Februari 2015

"Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs.Marble"


Salam semua,
Disebabkan lama tak join segmen blog, Za pun tergerak hati nak join Segmen Bloglist by Mrs. Marble. Support sesama blogger. Pada yang nak join sekaki boleh klik banner kat atas. Hokey! Lagi ramai lagi meriah.

Ok, ada hal plak. BubYe~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

6 Februari 2015

Ronda-ronda Johor Bahru

Aloha.. Cuti Thaipusam hari tu, 3/2/2015 (siap tarikh lagi), Za ambil peluang untuk ronda-ronda sekitar JB, melawat tempat-tempat menarik di sini. Plan asal nak start journey pagi-pagi, tapi tak jadi sebab ada hal kena tolong abang Za, so my story start at lunch hour*makan-makan. 
Tempat lunch pilihan Za ialah Asam Pedas House yang terletak di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda. Slurppp.. masih terasa nikmatnya asam pedas kat situ *oppss..sorry~  Restoren ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga jam 8 malam. Suasana dalam kedai agak selesa. Za suka sangat kalau pergi kedai makan, meja dan kerusinya diperbuat daripada kayu. Yes, I know bukan kita nak makan kerusi meja tu tapi kerusi meja kayu buat suasana jadi tenang dan damai. 
Za order asam pedas isi ikan merah dengan air susu 3 layer. Apa yang Za boleh katakan tentang restoren ni, layanan OK sangat, suasana kedai yang selesa, dan extra mark untuk kebersihan. Cuma menu tak banyak pilihan. Hanya tawarkan satu jenis ikan sahaja iaitu ikan merah untuk masakan asam pedas. Mungkin sebab restoren ni masih baru dibuka *agak je. Akan datang perlu tambah lagi menu sebab Za suka asam pedas ikan pari..
Ok, sedang terliur sekarang nih! 

Setelah perut pun kenyang, hati sudah suka, Za gerak ke destinasi seterusnya, Zoo Johor! Tempat yang agak tidak sesuai untuk dating. Hohoho~ Tapi bagi mereka yang ada anak-anak kecil sangat sesuai berkunjung ke mari kerana harga tiket masuk sangat murah, RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Terdapat aktiviti lain yang ditawarkan di Zoo ini yang mana berbeza dengan harga tiket. Korang kena keluar duit sikit la untuk aktiviti lain seperti bagi makan pada haiwan-haiwan kat situ. Untung haiwan kat situ, keje makan je.. 
Yang bestnya, walaupun Za datang tengahari lebih kurang jam 1 setengah tengahari, suasana agak redup dan tak panas. Takde la asyik terkipas-kipas, kan? Za pernah ke Zoo Melaka pada waktu yang sama (tengahari) tetapi sangat membosankan. Berbeza disini walaupun Zoo Johor lebih kecil daripada Zoo Melaka. *tu pendapat Za jela.
Kemudian, Za gerak ke tempat ada air-cond sikit, City Square. Pada sapa-sapa yang suka window shopping tu memang suka la shopping mall macam ni. Za just datang untuk tengok wayang di Cathay Cineplexes di tingkat err.. lima kot. Movie pilihan: Villa Nabila. Sebelum tu, tempah dulu lukisan kartun dengan harga RM10 untuk lukisan satu orang - separuh badan - hitam putih. Sebab Za tempah gambar untuk 2 orang so total RM20 la.. Actually, Za x berapa suka result dia, sebab lukisan tu tak nampak macam muka Za langsung!! 
Da la nampak gemok!!! 
Jalan-jalan Zoo Negara, kemudian ke City Square, agak memenatkan. Za berhenti rehat di Taman Merdeka sambil minum petang. Carrot muffin with ice lemon tea. Quite expensive, meh. Tempat cantik dengan prop bagai tapi tak dijaga rapi. I kena gigit dengan semut, meh.. -_-  U'olls boleh try Restoren Dayang, kat situ OK sikit. Sedap pun sedap.
Ini bukan kali pertama Za datang ke sini. Taman Merdeka adalah salah satu tempat pilihan Za untuk lepak dan jogging! Memang ramai la yang datang jogging kat sini terutama hujung minggu. Start jam 5 petang dah ramai yang berlari anak keliling taman ni. Satu pusingan saja dah terasa penatnya. Tapi bagi yang dah biasa mungkin mampu bertahan sehingga 100 pusingan, mungkin? Boleh juga bawa anak-anak ke mari, ada playground disediakan. Masa Za datang ke sini tasik dalam proses naiktaraf so, takde la pemandangan tasik yang indah.

Pada yang nak datang kemari, tolong sama-sama jaga keadaan tempat ni ye, sebab nampak macam tak diselenggara dengan baik. Kita sebagai pengunjung la kena ambil tanggungjawab tu memandangkan ini tempat awam. 

That's all.. Banyak lagi tempat menarik di JB. Kalau korang nak tahu boleh terus baca blog Za. hehehe~ OK,

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 Februari 2015

Lepak-Lepak Danga Bay

Salam rindu sesangat sebab dah lama tak update blog. Za renovate sikit blog za ni supaya sesuai dengan personaliti dan citarasa za yang dah berubah seiring dengan peningkatan usia. *Terasa tua plak I..
OK, sebenarnya nak cerita malam-malam dikala kebosanan Za dan ehem..ehem.. En. BF ronda-ronda Danga Bay melihat pemandangan Danga Bay yang famous sangat kateko.. sambil mendengar penerangan dari pemandu pelancong tidak bertauliah, En.BF yang membesar di JB ni. 

Sebelum tu, kami singgah di hadapan pintu gerbang istana untuk berselfie jap. Ambil 2, 3 gambar cukup la. Buat santapan mata korang. Motif je.. -_-

OK, sampai di theme park, mula-mula ingat nak jalan kaki je tengok sekitar theme park ni.. just cuci mata tengok gelagat budak-budak kecil yang comel. Almaklum le, esok cuti Thaipusam, ramai le yang menyinggah bawa anak-anak. Gelagat mak dan bapak budak tak kurang hebatnya. Lebih excited dari anak.

Masa tengah round-round tu nampak plak train, tergerak hati nak try naik memandangkan harga dia pun cuma RM5 seorang. Well~ What can I say..hurmm,, agak membosankan la duduk atas train yang bergerak slow and steady tu.. rasa lambatnya nak sampai.
Gambar atas: Train yang kami naiki
Gambar bawah: Pemandangan sekitar DB theme park

Semasa kami berkunjung kemari, pantai sedang dalam proses ditambak menjadikan pemandangan agak tidak begitu menarik. Ternampak juga beberapa permainan yang ditutup mungkin atas dasar tidak begitu menguntungkan. Mengikut kata My BF, dulu ada mall area situ tetapi telah ditutup. Yang tinggal hanyalah Danga Bay yang ada sekarang yang ermm..korang datanglah sendiri tengok.
proses tambak Danga Bay

Tapi dalam banyak-banyak permainan disini, yang menjadi pilihan Za ialah Bumper Car. Kadang-kadang datang ke sini semata-mata hanya untuk main bumper car. Rasa hilang seketika segala stress yang ada. Boleh juga try Galactic Ring. Tapi yang tak bestnya, Za yang kayuh sensorang, En.BF rilex je berselfie. Sheeshh.. >.<
Gambar atas: Bumper car (RM8)
Gambar bawah: Pirate ship (RM10)

Walaupun banyak perubahan yang menjadikannya makin tak best, Danga Bay theme park masih lagi jadi tumpuan di JB terutama pada hari-hari cuti. Esok cuti so, Za plan nak round-round Johor Bharu. Ke mana destinasi dan tempat makan pilihan Za? Tunggu post yang seterusnya, ye!


Roger and Out!

byebye~ kita balik naik ketapi~ Hantar saya ke KL ye~

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ