28 Februari 2013

Facebook Timeline Cover

Aloha.....
Nak share sikit... Kalau korang rasa susah nak memilih Facebook Timeline Cover. Tak cantik la, saiz terkecik la, terbesaq sangat la....
Apa kata selongkar variasi Facebook Timeline Cover kat sini.. getacover.com
Ada macam2 kategori. Ada love, funny, friendship, sports, photography, thoughts, banyak lagi la... Nak pilih ikut korang punya faveret colour pun boleh...
Jom try~

Ni contoh-contoh timeline cover pilihan Miss Za...huhu..macam juri plak..^^
People On Facebook Facebook coverAmazing photography Facebook coverGirl pouring water Facebook coverHappiness Facebook coverFriends Facebook coverSmiling without reason Facebook coverTreat Me Like A Queen Facebook cover
                                                                                                                          
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

25 Februari 2013

Produk yang disenarai hitam oleh KKM

Sekadar perkongsian bersama.

           Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan, 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

        Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.


Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
  • 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada Antihistamine:
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
  • Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG 
                                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

23 Februari 2013

ManDi ManDa Di Pantai Pasir LaNuN

Assalamualaikum...
Nampak dengan jelas tak tajuk entry kali nie? (Hehee..tentu la nampak!). Za dengan bangganya nak cerita Za hang out a.k.a dating mandi manda di pantai hari ni. Walaupun ombak yang agak besar dan tak berapa best untuk mandi, namun tak merosakkan suasana holiday Za...holiday la sangat! Kalau aku tahu ombak besar, baik bawa papan luncur. 

First, kitorang pergi kenduri kahwin kat Mersing dulu. Za pown tak kenal la siapa yang kahwin tu, tapi ikut je la my BF. Teman dia. After that, singgah kedai buku beli barang-barang keperluan nak naik Sem ni.. Err..komik Ujang sekali..huhu~ Lepas habis beli belah kat kedai buku, masuk kereta, start enjin dan meneruskan perjalanan ke stesyen bus untuk beli tiket balik sambil aku belek-belek surat cinta yang diselitkan di cermin kereta. Cis, parking sekejap pown kau nak saman. Sampai hati T_T (nasib baik bukan aku yang kena bayar)

Lepas beli tiket, kami terus menuju ke Pantai Pasir Lanun, Endau, Johor. Setibanya di sana, apa lagi, Dush!! Mencampakkan diri ke dalam air tanpa segan silu lagi dengan adik-adik kecil yang memerhati. ^_^ 
Laut, aku datang!!

Lapar....makan jap...pastu sambung main air.

Dah kesejukan, baru la tahu nak naik. Seusai salin baju, bergerak pula ke Jeti Penyabong. Posing sekejap kat sini. Angin agak kuat.
Jeti Penyabong
pakai baju kurung ala perempuan melayu terakhir la plak!
jumpa si comot ni merayau-rayau atas jeti
posing sikit..jangan marah haa...
Ok, happy ending..Kami pulang dengan perasaan gumbira.. That's All...Bubye^^
                                                                                                                  
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

21 Februari 2013

Review Follower ke-200

Salam Sayang Semua...^^


Hari ni Za nak review blog follower yang ke-200. Siapa yang bertuah tu? Hehe..bertuah ke? Walaupun Za tak pandai nak review-review blog ni, Za try jugak sebagai hadiah Za untuk Sis Nealopah (yang Sis mintak dulu tu..huhu~)


Sekarang Sis Nealopah dah ada header baru yang lebih cantik dan comel.. Masuk ke blog Nabihah Sejuta Rasa, kita akan dihidangkan dengan gambar-gambar comel Cik Bieha dari umur 3 bulan sampai 4 tahun yang terletak di sidebar blog ini. Comell sangat!
Apa yang Za dapati, blog ni menceritakan tentang rentetan perjalanan hidup dan pengalaman Nealopah. Juga diselitkan pelbagai entry tentang isu-isu semasa, dan sedikit informasi yang berguna. Gaya bahasa di blog ini juga begitu santai untuk di baca. Paling best baca entry pasal si cilik Bieha yang comel.

Apa lagi? Jom terjah blog Nealopah! Klik sini.
                                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

15 Februari 2013

Result dah keluar!!

OMG!! Result dah keluar!! Aku tak ready lagi nak tengok!! Please, harap keputusan OK la.. Bukak student portal, "Isk..asal tak boleh pun... try bukak email la plak". Nah!! Terpampang kat screen result sem lepas. "Nak bukak tak nak? Nak bukak tak nak?" Akhirnya bukak jugak. Jangan tengok dulu!! Tutup mata, baca doa dulu. "Doa apa aku nak baca? Ada doa tengok result tak?" "Ahh...Fatihah pun jadi la.." Selesai baca Fatihah aku pun bukak mata dan tengok. Apa nie? Tak paham langsung. Klik bahagian Print Result baru nampak jelas resultnya. Dan apa lagi..." Arghhhhhh!!! MUMMY!!
Then I hug my mom and cry. Mak aku dengan muka malas nak melayannya pun tanya, "Kenapa ni?" "Sikit lagi mak, sikit je lagi". Then, Za pun tunjuk la result Za kat mak. Ok, memang tak ada C tapi GPA tu terkurang sedikit dari sasaran. Ok, memang meningkat, bukan sikit, banyak tapi still tak puas hati sebab tak capai target. So, sem depan kena usaha lebih lagi. Kurangkan main-main. "Hmm..boleh ke? Macam susah je bab kurangkan main tu..Tak fun la idop aku". Anyway, I will try my best for next semester. Wish me luck!! Hope result ni boleh jadi pendorong semangat aku. ^_^

Kalau korang nak tahu (tak nak tahu sudah!) result sem-sem lepas macam hampehh sebab Za giveup. Za tak suka apa yang Za belajar. Za rasa yang Ini semua POYO!!. So, Za tak ada minat nak belajar. Tak sesuai dengan jiwa la. Nak berhenti then ambil kos lain la...Bla, bla, bla... Sem lepas baru start nak buat betul2. Hope tak terlambat la yer..ngeh..ngeh..ngeh..
My result~
  • Sem 1- 2.57
  • Sem 2- 2.74
  • Sem 3- 3.#7 (Alhamdulillah)
                                                                                                                  
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

14 Februari 2013

Zaman Kanak-kanak

HOla!! Setiap orang ada cerita best masa zaman kanak-kanak. Yang manis, pahit, nakal semuanya da jadi memori yang terindah gitu.. Indah ke? Hope indah la ye.. Za sebenarnya da kehilangan banyak memori masa zaman kanak-kanak. Za pun tak pasti kenapa. Mungkin sebab Za tak nak ingat memori yang tak best so Za try nak lupakan dan akhirnya banyak pula yang Za lupa..haha. Bila orang bercerita kisah dulu-dulu, Za cuma senyum dan gelak kalau rasa kelakar (tak kelakar takkan nak gelak pulak kan?) sebab Za tak ingat langsung kenangan masa tu. Kalau ada yang Za ingat tu nasib la. 

Baru-baru ni Za terjumpa kawan lama masa zaman sekolah rendah masa pergi kenduri kahwin. Tetibe je dia salam Za dan tanya "kenal saya tak?" Dengan mata terkebil-kebil Za nak cam muka dia. Siyes memang tak pernah tengok kecuali tahi lalat kat dahi tu macam kenal. hahaha.. "Ni Aina la!" Terkezutt eden..banyak betul berubah. Memang la takkan umur 12 tahun dan 22 tahun nampak sama kan? Pelik pulak jadinya nanti. Dia pun cakap Za da lain. (pe la yang lain tu?)

Ok, Za nak share apa yang Za masih ingat masa zaman kanak-kanak Za.
asam masin dan milo are my fevret!
dulu, atuk selalu beli gula-gula ni. satu paket besar dan bagi kat cucu-cucu dia.
arwah atok aji selalu makan sireh..Za tak suka makan, pahit+kelat. Za suka tumbuk sireh je kasik hancur..
still makan sampai sekarang


selalu main teng teng


suka tengok cerita kartun doraemon sambil berangan ada poket macam doraemon
Basikal atuk Za macam ni la..Za selalu guna.
selalu kena rotan kat sekolah..haha.
Di facebook ada satu group yang selalu sharing perkara-perkara, barang, dan memori zaman dahulu iaitu group ~terkenang semasa dahulu~ 

Korang punya kenangan zaman kanak-kanak mesti best kan? ce story mory sikit..                                            
                                                                                                                 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Soalan Uji Minda oleh Albert Einstein



Soalan ni dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal. Dikatakan seramai 98% orang di dunia ni tak dapat menjawab soalan ni.. Za da try jawab soalan ni....seronok juga...dan sudah dapat jawapannya...... So, boleh dikatakan Za dah jadi antara 2% yang boleh jawab la..haha. Korang pulak macam mana? Korang try la kalau rajin..

Soalannya ialah:
  • Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
  • Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
  • Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
  • Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
  • Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.
Soalan: Siapakah yang membela ikan?

Klu: 
  1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing.
  3. Orang Denmark suka minum teh.
  4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
  6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
  9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
  10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
  12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
  13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
  14. Orang Jerman merokok Rothmans.
  15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.
Jawab jujur tau! Nanti Za bagitau jawapannya.
                                                                                               
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 Februari 2013

Yang paling dibenci itu Yang paling disayangi

"Yang paling diorang benci itu sebenarnya yang paling diorang sayang". Tu la kata-kata kawan baik Za masa Za mengadu domba tentang layanan yang Za terima masa tinggal di rumah nenek. Za selalu kena bebel, kena marah, kena caci maki, dan yang seangkatan dengannya. Kadang-kadang rasa tak tahan. Mana idak nyew....bila nak minum air dengan sedara mara sendiri diorang cakap, "Kau tuan rumah, nak minum pergi buat sendiri kat dapur!" dan bila Za lupa nak letak bekas ikan bilis atas peti ais lepas masak nasi goreng untuk diorang, diorang cakap "kau tu kalau da menumpang buat cara menumpang, rumah orang buat cara buat cara rumah orang, bla, bla, bla %*&@#".*ayat yang agak kurang sopan ni terpaksa ditapis*. So, aku konpius la, aku ni tuan rumah ke penumpang je dalam rumah tu. OK la, tak perlu kot nak cerita banyak tentang keseronokan hati ini dan kesedapan gegendang telinga yang Za alami setiap hari.

Ok, berbalik pada ayat yang kawan Za cakapkan tadi, Za masa tu sangat la tidak setujunya. Macam mana pulak budak perempuan nakal yang diorang benci sangat ni boleh jadi yang paling diorang sayang? Bila tengok sepupu yang lain dilayan baik rasa macam jeles la plak..*Jeles sangat2 >.< *

Tapi bila Za da sambung belajar ke Shah Alam, da tak tinggal dengan diorang lagi..baru Za faham. Kepulangan Za sentiasa dinanti-nanti dan disambut mesra oleh diorang. Lepas je bersalam dengan diorang, diorang cakap "Nanti tolong kemas bilik nenek ye?", "Nanti tolong angkat gobok(almari) ye?". Ciss 1000x.... Haha.. :p

Sekarang diorang layan Za baik je. Masa Za pitam dan jatuh sakit dulu pun Za tinggal di rumah nenek. Diorang yang jaga Za sampai Za sembuh. Kadang-kadang Za serabut gak nak membahagi-bahagikan perhatian antara rumah nenek dengan rumah emak. Tapi tu bukan masalah besar maa... Janji mulut mau manis sama orang tua. 

Masa dia ada kita tak hargai, bila dia dah pergi baru terasa sunyi. Za tak kesah apa yang diorang pernah kata. Itu cerita dulu. Sebab yang menyakitkan itu jadi pembentuk diri Za agar lebih cekal. Yang pahit itu jadi pengalaman bermakna dalam hidup Za. Ececeh...sastera gitu~ Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Hikmahnya, Za sukakan sekolah coz Za tak suka duduk rumah..haha. Za juga kalau buat kerja suka cek banyak kali takut ada silap. Kalau silap kena marah. And more important is....They Love Me and I Love Them All.. 
~I LOVE MY FAMILY~

                                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

7 Februari 2013

Fashionista..perlu ke?

Pandang sana, pandang sini....
Perhh...sekarang ni macam-macam fesyen tudung yang digayakan. Hana Tajima la, Yuna la, Mawi la.. Style pun da bertimbun-timbun sampai yang ke arah mengarut pown ada. Di kolej Za, menjadi satu kebiasaan pelbagai fesyen dan gaya yang diperaga oleh para pelajar yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Teater, Filem dan Animasi. Dah macam pentas peragaan dah Za tengok. So, mereka yang selama ni bergaya skema pun da pandai melaram. 
picture siapa la Za curik nie..
Masa mula-mula sampai sini Za masih dengan gaya rock Za. Err...actually Za serabai-babai je time tu.. tapi masih lagi pakai shawl coz za selalu pakai shawl masa zaman form6..but, bila da lama disini, start la  melaram itu ini. U know why? Coz orang pernah cakap Za "SERABAI". Menusuk kalbu, tertusuk jantungku mendengarnya. T_T Kejam.. 

Bila keluar perlu pakai cantik-cantik....Kalau tak kawan-kawan aku akan renovate aku jadi ala-ala model gitu. haha..Wajb pakai jeans...seluar tract (betul ke aku eja nie?) campak ke laut! Dan,bila keluar tak pakai makeup (bedak pun tak pakai), orang perli, "takpe, Za kan cantek, tak pakai makeup pun cantek". Terima kasih kerana memuji. *Aku nak pergi makan je kowt.. :(  

Kadang-kadang sebagai gegurl ni kitorang main la makeup-makeup. Za yang tak pernah pakai eye liner ni (sekarang pakai la) bila di makeupkan dengan eye liner tebal, 3 hari mata Za merah. Macam drakula pun ada. Tapi langsung tak menginsafkan Za. Huhu~

Ada yang cakap, "Za, kau tukar la style kau tu, kau tak sesuai pakai tudung syria. Cuba pakai shawl kan comel". Za memang biasa pakai shawl masa zaman form6 tapi bila da masuk U ni mana ada masa nak lilit sana lilit sini. So, tudung express la jadi pilihan. Za tak pernah marahkan kawan-kawan Za. Za faham, diorang nak Za cantik-cantik macam diorang. Siap ada yang jadi perunding imej Za...Soooo Nice! 

Tapi, baru-baru ni Za keluar pergi klinik. Za pakai t-shirt hitam dengan blue jeans. Bertudung bawal pin kat dagu dan pin kat bawah. Langsung tak ada belit-belit, tak ada ombak-ombak Rindu. Disebabkan cuaca sejuk dan hujan kat Johor sampai banjir...Za pakai sweater pink coreng-coreng macam askar tu... calit sikit simple makeup. Za rasa, Za selesa sangat + perasan cantekk time tu. 

So, Za terfikir..tak salah nak berfashion, tapi mestilah jadi diri sendiri. Cukup la sekadar pakai apa yang korang rasa selesa. Kalau korang pakai ala2 model catwalk gitu tapi tak selesa, korang takkan happy jugak.. Gurl secara semulajadi suka kepada kecantikan dan perlu kelihatan cantik. Za pun suka benda2 comel dan kiut miut macam cekak rambut riben besar, penyepit rambut bunga-bunga kecil, bla, bla, bla...aku dah mengarut. So, dipersilakan bercantik-cantikan dengan cara korang tapi jangan jadi mangsa fashion OK!
baju Za baru beli, saja nak menunjuk! :p
Akhir kata daripada beta, jadi la cantik dengan jadi diri sendiri. 
[p/s: dipersilakan komen dan kritik, tu hak korang..tapi hak meng"approve" hak Admin]

Me(left) and my BFF(right)
                                                          
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

2 Februari 2013

Menegur Perlu Ada Cara

Asssalamualaikum.. 

"Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah (mencegah) dengan tangannya (kuasanya), sekiranya tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka (cukup sekadar membenci) dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim)"

Berdasarkan hadis diatas, menegur dan menasihati memanglah dituntut dalam Islam. Namun begitu, cara kita menegur dan menasihati perlulah kena pada tempatnya. Kebanyakan dari kita hari ni Za lihat suka menggunakan kata yang mengeji seperti "bodoh", "kafir", "*#&^#%" dan sebagainya semasa menegur. Ok, cukup2 la ayat skema kat atas...Actually Za memang tak setuju dengan cara macam ni.. Pernah Za lihat di Facebook, sorang Admin ni post picture satu signboard tertulis bacaan doa yang meminta perkara buruk diturunkan kepada orang yang menganiayanya.. Ramai betul yang komen mencaci doa tersebut. Kata mereka, tak boleh doa yang buruk2 la, bodoh la, tak sekolah agama la, kufur, bla3.... Tapi sebenarnya, doa orang yang teraniaya adalah salah satu doa yang dimakbulkan.


“Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalaimi”. (Riwayat Abu Daud).


So, Za just nak cakap, janganlah kita terus menghukum dahulu. Pastu, mulalah keluar ayat caci maki yang agak enak dibaca dan didengar.

Menegur juga perlu kena pada tempatnya. Jangan menegur masa orang sedang makan kecuali la kalau korang tegur dia sebab tak puasa. Jangan tegur masa dia tengah memandu, sebab dia kurang fokus dan kemungkinan boleh menyebabkan eksiden...korang fikir la sendiri dimana logiknya relation between tegur & eksiden. Paling penting sekali, nak menegur pun perlulah jaga maruah orang yang ditegur. Maksud Za disini, kalau boleh, tegur atau nasihat secara personal. Face to face berdua je...jangan ko tegur dia depan public. Siapa boleh terima cara macam tu? Satu lagi kalau tegur si abang depan adik-adik, pun perlu fikir banyak gak sebelum buat macam tu. Malu seyh~

Banyak orang sekarang memilih untuk menegur dengan cara memerli. Ok, orang dulu2 pown suka perli2 tapi lebih kepada dalam bentuk pantun dan ayat yang tersusun cantik. Sekarang ni banyak betul tengok ayat *perghh..* Aku yang tak ada kena mengena dengan apa yang dia cuba nak sampaikan tu pun rasa tak boleh terima. Agak2 la wei...Cover2 sikit gitu~ Ok, Za mengaku Za pun suka memerli..contohnya Za pernah cakap kat kawan Za yang selalu keluar dan dah lama tak balik kolej dan ponteng kelas, "Haii, da lupa jalan pulang kew?".... Itu pun selepas segala usaha menasihatinya tak berhasil. 

Lagi satu perkara sensitif sikit Za nak sentuh. Mungkin seseorang itu samada ahli keluarga kita, sahabat kita, atau kenalan kita, pernah buat salah dan kesalahannya tidak boleh diterima masyarakat. Means, besarlah salahnya tu.. Perkara biasa yang kita buat ialah marah, marah, marah, dan marah dia. Pernah tak korang terfikir, pada saat semua orang dok marah dan caci maki dia, siapa yang dia cari? Tentulah orang yang tak marah2 dia, dan cuba nak bantu dia. Za bukan menyokong diorang buat salah, tapi pernah ada sorang kenalan Za yang mengadu masalah keterlanjurannya dan bercadang nak gugurkan kandungan tapi tak ada duit. Terkezutt Za mendengarnya. Tapi Za tak terus marah dia, Za cuba dekati dia, dengan gaya rock Za *heheh*, Za nasihat dia apa yang boleh dia buat selain dari gugurkan kandungan. Beberapa bulan selepas tu, Za dapat berita dia berkahwin dan Za adalah orang pertama yang terima berita kelahiran puterinya. *Bangga sekejap* Selepas tu, Za cakap pada dia, "Cuba kau lihat anak kau, kau takkan pernah menyesal membiarkannya lahir kat dunia ni".. Dia just senyum dan angguk tanda setuju.
Takat tu je Za nak membebel, cuma Za nak katakan, kalau nak menegur atau menasihati pastikan apa yang kita buat tu betul2 bagi effect pada orang yang nak ditegur tu. Dan kadang kala, kata-kata yang lembut lebih bermanfaat dari kata-kata yang kasar. 
Jom skodeng sini pulak --> tintanasuha
Kalau korang ada pendapat, sudi2 la berkongsi.
                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Februari 2013

Fakta Tabiat Merokok


Fakta Tabiat Merokok di Malaysia.
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan merokok semakin meningkat. 
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2, yang dijalankan pada tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Fakta tabiat merokok seluruh dunia.
  • Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau.
  • Lebih kurang 15 million rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluuh dunia mula merokok setiap hari. Secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian akibat kanser adalah berpunca daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. 

Anggaran jumlah perokok di Malaysia pada tahun 2025:
Populasi --> 30 juta
15 tahun kebawah --> 7.2 juta
15 tahun ke atas --> 22.8 juta
Perokok Dewasa --> 4.6 juta
                                                                                                  
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ