28 Disember 2012

Dari Kerana Mata



Lihat di hadapan kamu.
Nampak bumi mana kamu berpijak?
Nampak langit mana kamu junjung?
Bagaimana mata melihat?
Dengan bantuan cahaya pandangan jadi jelas.

Lihat di hadapan kamu.
Seraut wajah mampukah dibaca?
Isi hati mampukah ditembusi?
Mana mungkin dengan mata kasar.
Pasti mungkin dengan mata hati.
Bagaimana mata hati melihat?
Juga dengan bantuan cahaya.
Cahaya hati.

-Miss Za
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

27 Disember 2012

Hatuii...... Hatuii....


Hmm...walaupun sekarang nie study week, Za masih busy menyiapkan assignment yang tak berkesudahan. Final exam tinggal lagi 1 minggu tapi Za ada lagi 3 assignment yang perlu dihantar. HTML, Pengucapan Awam dan Records Management. Arghh!! Minggu rehat aku da melayang~ Syooooong~


Tadi pun baru siap 2 assignment. Selepas bersengkang mata smpai pukul 6 suku pagi menyiapkan assignment Multimedia, hari terpaksa plak menghabiskan kouta broadband untuk siapkan assignment pengucapan awam. Indahnya dunia!! 

Arghh...tak peduli! Za nak selesaikan semua ni cepat!! baru boleh fokus pada final exam. Janji pada diri nak pointer 3.5, so kena usahakan yang terbaik walau macam mana sekalipun. 
OK, Za, relax..first, malam ni siapkan pengucapan awam. Esok buat assignment Dr. Rusnah- Records Management. Malam 30hb siapkan assignment HTML. ok?? 

Aku pasti boleh buat! Aku boleh!!
Hidup Za!!


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

23 Disember 2012

Aurat Wanita dalam Islam

Salam sayang semua.....

Hari ni Miss Za nak berkongsi topik "Menutup Aurat". Hukum menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam..bagi wanita Islam, aurat mereka ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Anda mungkin biasa dengar perkataan aurat dan hijab..bagaimana pula dengan jilbab dan niqab??



Apa maksud Aurat, Hijab, Jilbab, dan Niqab?

AURAT
Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.

HIJAB
Hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar. Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".

[References:http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3684-pengertian-aurat-hijab-jilbab-dan-niqab.html

Untuk penerangan lanjut boleh rujuk link diatas...




Menutup aurat memberi banyak kebaikan kepada muslim terutama wanita...menutup aurat bukan satu diskriminasi terhadap wanita Islam seperti yang digembar gemburkan oleh negara Barat. Menutup aurat merupakan satu cara untuk melindungi wanita-wanita Islam dan menaikkan darjat mereka.

Sebelum kedatangan Islam pada zaman Jahilliyah, wanita dijadikan hamba seks sehinggakan bayi perempuan dikatakan membawa sial dan memalukan keluarga. Hal ini menyebabkan pembunuhan bayi perempuan semakin berleluasa. Wanita juga tidak memiliki hak terhadap harta dan tidak boleh menuntut ilmu.

Selepas kedatangan Islam, darjat wanita diangkat. Mereka juga harus menutut ilmu untuk kebaikan diri mereka dan masyarakat. Dalam pembahagian harta, hak mereka dibela. Menutup aurat dilaksanakan bagi menyelakkan mereka terus terusan menjadi hamba seks. Banyak kebaikan yang kita dapat dengan menutup aurat. Antaranya:

1. Selamat dari azab api neraka.

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


2. Terhindar dari masalah maksiat.Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari

3. Memelihara kecemburuan lelaki.“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim

4. Wanita berjilbab umpama Bidadari Syurga.“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56


5. Mencegah penyakit kanser kulit, melambatkan penuaan dan melindungi rambut dari habuk dan pencemaran.

[References: http://hauraqasehliyana.blogspot.com/2011/04/manfaat-dan-kebaikan-menutup-aurat-dan.html]


Ok, la...semoga ilmu yang disebarkan ini dapat dimanfaatkan. Amin...
Assalamualaikum... ^_^

<Miss Za>
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Jerawat oh Jerawat

Alamak.....Jerawat bertandang kembali!! TIDAKK!!



Kenapa jerawat muncul ye?
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


So, macamana nak hilangkan jerawat yang bertenggek kat muka nie??
Ok la, antara cara yang za dan kowang boleh ikut ialah:

  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
  • Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Selain dari tu banyak petua2 hilangkan jerawat nie...tanya je uncle google..
sebagai contoh:

1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.


2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.
3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.
4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.
5. Jadikan ia sebagai amalan harian.


Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat. Selamat Mencuba!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ