23 Disember 2012

Jerawat oh Jerawat

Alamak.....Jerawat bertandang kembali!! TIDAKK!!



Kenapa jerawat muncul ye?
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


So, macamana nak hilangkan jerawat yang bertenggek kat muka nie??
Ok la, antara cara yang za dan kowang boleh ikut ialah:

  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
  • Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Selain dari tu banyak petua2 hilangkan jerawat nie...tanya je uncle google..
sebagai contoh:

1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.


2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.
3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.
4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.
5. Jadikan ia sebagai amalan harian.


Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat. Selamat Mencuba!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ