21 Ogos 2013

Mencari Buku Lama: Budak Misteri

Assalamualaikum..

Za sedang mencari satu buku lama. Tak lama jugak la, tapi Za puas cari tapi tak jumpa.
Tajuk buku/novel tu "BUDAK MISTERI".
Watak utama dalam cerita tu "Ekaruddin". Cerita tentang seorang budak lelaki yang cerdik tetapi menghidap penyakit cepat tua berbanding usia sebenar.

So, pada yang memiliki buku tu kalau boleh, inform pada Za..
Za nak beli dari korang.
Boleh pm di fb Za : Miz Za

Za tak sure pulak tentang nama penulisnya..tapi boleh jadi, namanya "A. Naim Kassan".

Harap sangat dapat buku tu..
Wish~ wish~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

17 Ogos 2013

Handmade: External Case

Olalalalala...
Puas Za merantau dari kedai ke kedai semata-mata sebab nak cari cover or case untuk external Za.. tapi tak jumpe yg sesuai, so.. akhirnya Za decide untuk buat sendiri. Za jahit felt ikut saiz external tu..
Sebelum

Ini la hasilnya.... Puas dengan hasil kerja sendiri.
hadapan (ada poket kecil)
belakang (utk sisipkan wayar)
Kadang-kala buat sendiri lebih mudah.. Dgn sedikit imaginasi dan kreativiti, kita pasti boleh buat!
Sekarang Za tengah try nak buat bantal hiasan guna perca kain plak.. Jahit mesin woo..risau je jarum mesin tu patah... Mengamuk mak aku.. Nama je anak tukang jahit, apa pun tak tahu.. hihihi..
Nanti kita tengok, jadi ke tak...

Selepas
Salam sayang, Bye bye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Raya dan Tradisi Keluarga

Seronokkan bila tiba Hari Raya?
Mungkin ada yang cakap "Raya tahun ni tak meriah la".. Tapi pada Za, setiap tahun pun meriah walaupun disambut dengan serba kekurangan. Sebabnya, tradisi keluarga setiap kali raya yang diwujudkan kembali setelah sekian lama terkubur..*cewahhh..ambik ayat aku..* Apa tradisi tu? Jeng..jeng..jenggg....MARHABAN. *eceh,macam gempak sangat!*

Hari raya pertama, pukul 9 pagi selepas sembahyang raya, keluarga besar sebelah emak Za akan berkumpul di rumah nenek. Kami akan mula bermarhaban. Lepas selesai marhaban baru la sibuk nak mintak maaf, minta duit raya (wajib), dan makan-makan.


Kemudian baru la kami bertolak ke rumah saudara-mara lain.. Ikut turn masing-masing la... Paling best sekali rumah Mak Lang. Sebabnya, masakan dia memang sedapppppp.... Tahun ni dia buat ketupat, sup ayam dan udang masak merah.... slrupppp.. Masa marhaban semua tak fokus lagi da, mata dok aim kat udang tu... Habis je marhaban, Za orang first kaut udang masuk dalam pinggan tanpa mempedulikan orang lain.. Wawawa.... :P

Apa yang seronok tentang marhaban rumah ke rumah nie?
well, selain dapat menghabiskan melawat rumah saudara mara dalam masa satu hari je, dapat mengeratkan hubungan saudara yang biasa la, pasti ada naik turunnya... Seronok dapat kumpul ramai-ramai.. kecoh dibuatnya. Za berharap tradisi ini dapat diteruskan sampai bila-bila.. Amin..

Salam Syawal, Khazaijie kuaile!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

15 Ogos 2013

Kawan Bak Puteri

Assalamualaikum,
Hari ni tetibe je jemari ni nak mengolah luahan hati. Za ada sorang kawan perempuan. Kali pertama jumpa memang sangat rapat. Walaupun kekadang tak tahan dengan perangainya, tapi Za sangat sayang padanya.
Bila da lama kenal, makin terserlah sifat sebenarnya. Za tak tahu apsal la Za ni mudah sangat maafkan dia, terima dia, bersabar dengannya. Mungkin sebab setiap kali dia buat perkara menyakitkan hati Za, perkara yang sama terjadi kat dia balik. Da banyak kali berlaku. Za da lama perhatikan. Tapi, sikap perasan puteri dia tu memang tak boleh nak dibendung. Makin menjadi-jadi. Dia nak kita layan baik je. Nak dengar pendapat dia je. Kalau mengata pasal orang memang menjadi-jadi hebatnya.

Dia pernah tuduh Za nak jatuhkan dia. Sangat terkilan hati Za. Za tak rasa dia terlalu tinggi untuk dijatuhkan. Yes, dia memang cantik. Tapi Za tak pernah merasakan yang Za ni hodoh untuk cemburu padanya. Well, aku comell apa.. Za percaya Za ada daya tarikan tersendiri. My BF, keluarga bakal mertua semua kata Za cantik dan sayangkan Za. Za juga tak rasa dia lebih pandai dari Za sebab Za bukannya lemah dalam pelajaran, Za cuma kurang minat menjadikan result Za tak begitu memuaskan. Za rasa Za berfikiran kreatif dan inovatif yang mana Za punya kelebihan yang orang lain tak ada.
Sorry~ Za cakap besar hari ni.. *sila muntah.
Perkara yang membuat Za tak tahan sangat bila dia pecahkan rahsia Za dengan roomate Za yang lain sedang dia berjanji tak mahu masuk campur. Akhirnya menyebabkan perbalahan dengan roomate kami yang dulu. Malah dia memburuk-burukkan Za dan meletakkan semua kesalahan di bahu Za. Za da lama syak dia penyebabnya tapi disebabkan tak ada bukti, Za diamkan saja. Za layan macam biasa sehingga sikapnya jadi makin menjadi-jadi. Dia menuduh Za sebagai batu api dan memandang Za dengan pandangan yang paling buruk. Sedang dia sebenarnya yang batu api hingga menyebabkan perbalahan jadi makin teruk. Masa tu, Za nak dekat exam.

Bengang betul Za bila dia cakap Za tak siapkan assignment. WHAT?? Za cuba backup semua kerja Za. Za siap buat bahagian dia lagi. Berani betul dia cakap macam tu kat Za. Roomate lama Za yang dibatu apikan olehnya sampai jerit "Aku bunuh kau!" kat Za.

Mungkin silap Za jugak. Za da tahu dia jenis tak boleh ditegur dan bertindak mencari kesalahan orang lain bila ditegur..tapi Za  masih tegur dia juga. Tapi jenis Za, Za tak akan tegur kawan depan orang macam yang dia buat. Itu bukan nasihat, tapi hinaan. Jika dia nak kata Za ni memang layak dikata, dicaci, dihina.. terpulanglah.. Dia memang pandai menghukum. Kalau dia merasakan yang orang berkawan dengan Za cuma atas dasar kesian, Za pun merasakan yang sama padanya.. ^_^

My BF memang melarang Za berkawan dengan dia lagi. Mungkin betul kata BF Za, Za tak patut berkawan dengan backstabber yang cuma mahu dilayan bak puteri. Za betul-betul makan hati dengan apa yang dia buat. Sampai sekarang, dia masih merasakan dia betul. Za pula, da mintak maaf salah silap Za suma dan sekarang Za mahu pergi sejauh mungkin dari kawan yang macam ni. Berbisa sungguh punya kawan yang sentiasa mahu lebih tinggi diatas. Setinggi bak puteri diraja. Kita menjadi mangsa imaginasinya.

Saya cuma gadis biasa,
Bina impian untuk keluarga,
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada,
Saya melangkah terus mara.

Kadang berkawan cuma sementara,
Hanya yang sejati akan kekal setia,
Walau tiada berteman janganlah berduka,
Yakinlah Tuhan itu sentiasa ada.

Hati-hati memilih kawan, wahai kawan-kawan.. Hadapi harimu dengan senyuman..Assalamualaikum..
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

10 Ogos 2013

RAYA!!

Bahagianyer rayer...hahaha..








pendek tak entry?
K, bubye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 Ogos 2013

Result Semester 4

Salam Ramadhan..


Semalam keluar result Sem 4. Agak terkezutt gak tengok result tu.. Subjek yang Za rasa boleh skor dapat gred rendah manakala subjek yang susah and agak-agak nak ke laut tu plak dapat result tak dijangka-jangka tingginya. Anyway, agak dissappointed gak la bila pointer turun. Well, tak pernah turun sebelum nie..

Bila difikirkan balik, lecturer main peranan penting. Ada satu lecturer ni memang tak berapa suka budak STPM. Za dapat B- je.. paling rendah berbanding subjek-subjek lain. Ada satu nie, Za kena repeat assignment Za. Sadis gak la.. But, bila tengok result, alih-alih boleh A.. Peliks disitu. Apa-apa pun, Za bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, Za dapat buktikan, dengan tanpa minat pada bidang yang Za belajar sekarang, Za tetap boleh skor pointer 3.0 keatas. Dekan?? InsyaAllah kalau ada rezki. Za masih ada masa untuk usaha lebih lagi. Dan jangan abaikan perkara remeh temeh seperti kuiz online. Za hilang markah kat situ sebab tak sempat nak jawab.

Paling penting, Za kena jaga GPA Za yang masih lagi rendah. Altakmaklum la, result sem 1 dan 2 tak berapa Ok. Hopefully next sem will be better, meet better people and better lecturer.

Ok, lupakan pasal result. Kita lari tajuk sikit.

Hari ni, Za agak mengada-ngada cakap kat Abah, "nak air kelapa, nak air kelapa".
"Mana nak cari air kelapa?"
Za tersengih..hehee~ (dalam hati Za: "kat bazar la..")
Beberapa minit kemudian......
Abah balik dengan bawa galah panjang.
"Abah nak buat apa tu?"
"Kau kata nak air kelapa, meh tolong abah kait ni"
Cett....
Tapi itu la cara Abah mengajar Za. Nak sesuatu, kena usaha sendiri. Jangan nak ambil mudah je, cuma tahu bersenang lenang. Tersenyum sendiri tengok abah usaha nak penuhi permintaan Za nak air kelapa. Kalau zaman kecik-kecik dulu memang penampar naik ke muka. Songeh betul mintak macam-macam. Hari ni dengan cuma 4 biji kelapa, dapat bagi minum satu family besar Za..

My Dad, My Super Hero
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Ogos 2013

Teka-Teki Haram

Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang ramai buat terang-terangan sampai masuk TV dan tak masuk lokap.
Lelaki : Perempuan tak pakai tudung. Haram buka aurat.
Perempuan : Gulp!


Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang telah fatwa haram, masih ramai buat terang-terangan. Masih tak masuk lokap.
Perempuan : Hisap rokok ustaz. Fatwa JAKIM haram, depa dok hisap juga.
Lelaki : Gulp!


Ustaz : Banyak-banyak haram. Haram apa yang lebih mudharat tetapi semua orang tak kisah. Kerajaan pun buat tak tau.
Lelaki dan perempuan : Tak tau la Ustaz!
Ustaz : Riba.




Renungan hari ini:
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ