29 April 2013

Segmen : Blogger Pinkish and Purplish

Klik banner diatas untuk join sekaki!
Tamat: 5 Mei 2013 jam 11.59pm

Hola^^ 
Niat dihati malas nak join segmen. Tapi segmen ni agak menarik memandangkan Za juga agak Pinkish orangnya..bhahaha. Nak pertaruhkan blog sendiri tapi Za da ubahsuai kepada warna putih supaya lebih selesa orang membacanya. My blog tak cukup pinkish seperti blog yang asal. So, Za pertaruhkan gambar dibawah.
Gambar katil pink Za dengan bantal busuk Za namanya BB. Sebelah BB ialah Kiki, tempat letak hanphone yang comel pemberian roomate Za. Bunga dikatil pula namanya Chan Chan. Sentiasa ucap Selamat Pagi pada Za dengan senyuman yang ceria. Eceh! Okay, lastly laptop atas katil tu namanya Pinky. Za sedang guna sekarang nih! 

Kesian korang terpaksa dengar Za mengomel pasal barang-barang Za plak. Tak ada keje. Bukan apa, bila bercerita pasal my pinkish stuff ni...Za jadi excited tak tentu pasal plak.. Tu baru sikit. Huhu~ 

Sekarang Za sedang melihat menggunakan pinky eyes..heheheh.. My spectacles also pink!
                                                                                                         
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

27 April 2013

Segmen Review Blog by Nurfara Hani

Klik banner untuk join!
Segmen ni berakhir 29 April 2013@12.00 tengah hari. 
                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Aku Nak Kahwin!!

Perghh..gatal gile otak ni bila fikir nak kahwin. Belajar pun tak habis lagi. Baru 22 Tahun. Tapi kan..suka hati aku la.. kira fikir masa depan jugak tu.

Yela, kami da couple sejak 4 Jan 2010. Tunggu Za tamat belajar, jadi lebih 4 tahun kami couple.  Rasa tak sedap bila dibiar lama-lama. Lagipun, family En.Irwan da suka kat Za. Family Za yang susah sikit. Tapi my parents nampak macam terima je pilihan hati Za. Masalah sekarang ialah kewangan. Za masih lagi belajar. Dia pula kerja tapi bukan kerja tetap. So, terpaksa tunggu Za kerja, dia ada kerja tetap dan ada harta sedikit nak hidup bersama nanti.
Kata-kata orang sekeliling tentang kami memang adat la. Siapa suka tengok orang lain senang. Tapi telinga Za da pekak dah sebab Irwan da buat macam-macam untuk Za. Dia ajar Za jadi lebih mature. Dia juga tunjuk ajar Za cara bersosial (bukan liar okay!) dengan orang lain..means apa yang kita perlu buat bila pergi majlis kahwin, macam mana nak berhadapan dengan orang tua, macam mana nak hadapi masalah, macam mana nak improve keyakinan diri. Semua dia ajar. Za da jadi orang yang berbeza bila dia buka mata Za tentang nilai sebenar hidup ni. Minda pun jadi lebih terbuka bila Za sambung belajar di Shah Alam.

Kehidupan kampus tak semudah yang disangka. Macam-macam ragam dunia dan manusia. Za belajar hadapi semua tu. Jika Za rasa nak marah, marah la.. Hari ni Za marah, esok Za da okay dan boleh accept semua perkara yang menyakitkan hati tu. Za tak kesah hidup tiada best friend sebab Irwan da jadi best friend Za sejak dulu lagi. Setiap kali Za give up, dia yang papah Za supaya Za tak terus jatuh. Kawan-kawan? Kejatuhan Za memang matlamat diorang. Biasalah, lumrah persaingan di sini.

Za tak peduli. Za belajar, n bakal kerja nanti..for my parents. But, hal-hal teman hidup Za, adalah keputusan Za yang Za buat untuk diri Za. Cukup la Za buat untuk orang. Sekurang-kurangnya, ada la sesuatu yang Za buat untuk diri Za.
Za harap ikatan sebagai suami isteri boleh disegerakan. Supaya Za lebih mudah berdiri tanpa goyah bila Si dia sentiasa ada di sisi...

Pada yang nak kahwin, jangan risau untuk berkahwin kerana.....klik SINI

P/s: Kalau rajin+murah hati, sudi-sudi la klik sampai habis loading si Tabung Kahwin kat sidebar.. Almaklum la, bajet kahwin sekarang makin melambung tinggi. Hehee~
Sekian. Assalamualaikum...
                                                                                                                        
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

24 April 2013

Fesyen rambut pendek tambah keyakinan diri

Za rasa nak potong rambut la.. Almaklum la, bila terbiasa berambut pendek ni sesekali berambut panjang, terasa gatalnya nak potong pendek balik.

Apa gaya tak pernah buat? Pendek macam tomboi, pixie, bob..macam-macam.. yang fesyen cukur sebelah kepala tu je tak pernah dan comfirm tak kan buat..huhu~

Ada kelebihan berambut pendek ni.. Antaranya:
  1. Rambut yang basah lebih cepat kering. So, tak perlu tunggu lama nak pakai tudung. 
  2. Lebih ringan. Setiap kali potong rambut, kepala mesti rasa ringan je. Rasa macam nak goyang-goyang kepala menari lagu Bollywood gituu..
  3. Wajah nampak berbeza dan lebih segar. Ni bagi mereka yang free hair la. Bagi yang berhijab macam Za, "ada aku kesah?".
  4. Rambut lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai kerosakan rambut yang teruk dan hujung rambut bercabang, memotong rambut merupakan salah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Za selalu ambil langkah ni bagi mengelakkan kerosakan bertambah teruk sampai ke pangkal rambut.
  5. Lebih mudah diurus. Yela, tak payah nak ikat riben bunga-bunga ke, tocang ke, sanggul nyonya ke.. Cuma sadisnya tak dapat la korang nak variasikan style rambut korang tu.. 
  6. Jimat syampoo, jimat masa. Haha..sebab guna sikit je syampoo pastu tak ambil masa lama nak sikat dan belai-belai rambut bagai. Yelatuw~
  7. Lebih berkeyakinan. Ni pendapat Za la.. Za rasa perwatakan Za sedikit berbeza bila berambut panjang dan bila berambut pendek. Bila rambut pendek, Za lebih cergas dan berkeyakinan. Za juga lebih bersedia hadapi pelbagai rintangan. Especially bila rambut pendek macam lelaki, terasa diri tu sekuat lelaki. Perasan! Tapi tu masa zaman budak-budak okay!
Popular Japanese Short haircut
Za nak try style ni, Ok tak? hehee~

Nak tengok style rambut pendek yang menarik dan comel-comel? Klik SINI

                                                                                                              
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

20 April 2013

Kepelbagaian Tema Majlis Makan Malam

Kalau bercakap pasal fesyen.. Za agak tertarik dengan tema di majlis makan malam atau annual dinner. Tema formal agak klise. Namun, sekarang, orang da open. Macam-macam jenis tema yang dianjurkan dan macam-macam jenis fesyen yang diperagakan. Kadang tu tema yang diberi terlalu sukar untuk dipenuhi. Paling mudah ialah tema warna. Contohnya hitam-putih, merah-putih, hijau-putih*opppsss..*, atau warna pelangi *ada kew?*.. 

Fesyen yang diperagakan pun kadang kala boleh jadi agak melampau macam Lady Gaga Malaysia tuuuuuuuuu~ Almaklum la, semua nak bergaya sakan tarik perhatian. Mana tahu boleh jadi Prom Queen or Prom King. Queen/King satu malam je kot...pun boleyh... Janji glamor you~

Jom tengok tema menarik untuk majlis makan malam. 
Sumber gambar: pinjam dari Uncle Google.


ARABIC

BOLLYWOOD

COLOUR BLOCK

ETHNIC

RETRO

BACK TO SCHOOL

COWBOY

MASQUERADE

HAWAII

Banyak lagi la.. tema yang mengarut pun ada. Motif? Nak memeriahkan majlis. Tapi pendapat Za, kena pertimbangkan la siapa jemputan kita. Kalau artis nak buat vogue boleh la, tapi cam kite-kite ni, kena fikir jugak, mampu ke jemputan nak penuhi tema bagai tu~ Tak de la, takut tak ada pulak yang nak datang majlis tu kang.. Lagi satu, kalau da tema meletop, so majlis kena la meletop jugak. Kalau makanan, hiasan, lagu, dan sebagainya ikut tema lagi bagus. Jangan orang je ikut tema bollywood, tapi pasang lagu dandut. kan tak kena tu. Tak gitu?

P/S: Korang suka tema yang bagaimana?


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

16 April 2013

Panduan Hadapi Serangan Seksual

Sekarang ni banyak kes-kes cabul dan rogol terpampang di dada-dada akhbar. Bukan setakat perempuan, lelaki pun boleh jadi mangsa. Tak mengira peringkat umur. Kanak-kanak, orang tua, remaja, malah bayi pun ada! Za tak nak cerita tentang langkah-langkah pencegahan seperti berpakaian sopan, bla, bla, bla... Sebab rasanya semua orang tahu itu semua.

Cuba korang bayangkan. Perogol itu sudah di depan mata. Masa tu tak kan korang nak balik rumah tukar baju pakai tudung labuh, pakai jubah kot. Perkara yang boleh korang lakukan ialah:

1. Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru. Bertenang membantu korang berfikir dengan lebih bijak.

2. Kebanyakkan dari kita akan mengatakan bahawa setiap wanita perlu belajar seni mempertahankan diri. Tapi sebenarnya, semasa situasi genting berlaku, kita tak akan ingat langkah-langkah seni mempertahankan diri tersebut. Apa yang boleh kita buat ialah tendang pada pelipat atau penyawa (alat sulit). Cucuk mata penyerang. Tampar dan cakar mukanya, tarik rambutnya atau cuba tolak jari kelengkeng si penyerang seolah-olah ingin mematahkannya. Kemudian beri tendangan padu pada bahagian sulitnya sekali lagi. Bahagian tersebut memang sangat sensitif bagi lelaki. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menumpaskan musuh yang bernama lelaki. 
Malah korang juga boleh memijak kaki si perogol itu. Pijak bahagian depan kakinya menggunakan tumit kaki/tumit kasut dengan sekuat hati.

3. Boleh juga gunakan sebarang benda yang ada pada korang seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan. Tapi ingat, sekiranya korang membuat keputusan untuk melawan, pastikan korang benar-benar menguasai keadaan. Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

4. Menjerit meminta tolong dengan sekuat hati. Para pakar percaya bahawa orang di sekeliling akan memberi respons yang lebih pantas sekiranya korang menjerit dengan menggunakan perkataan API! berbanding "Tolong! Perogol!!".Cuba untuk membuat bunyi bising yang kuat, jika korang memiliki alat tertentu yang boleh membantu untuk mengeluarkan bunyi yang agak kuat bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai, sila lakukannya.

5. Jangan merayu mereka untuk melepaskan korang. Sebenarnya lelaki memang suka wanita merayu-rayu mereka. So, mereka akan bertindak lebih berani keatas korang.

6. Mengikut psikologi, perogol menghadapi masalah pada mental semasa bertindak ingin merogol. So, gunakan kebijaksanaan korang untuk berunding dengan mereka. Korang boleh berlakon seolah-olah kamu ingin melayani si perogol itu dengan baik. Si perogol akan bertindak sedikit lembut. Apabila ada peluang atau si perogol mula percaya dengan korang, ambil kesempatan untuk menyerang dan lari melepaskan diri. Walaupun langkah ini kedengaran agak mengarut tetapi sebenarnya korang bermain dengan psikologi si perogol.

7. Namun, jika kita mendengar kisah serangan seksual, penyerang bukanlah seorang tetapi berkumpulan. So katakan pada salah seorang dari mereka bahawa anda ingin melayani mereka tetapi malu untuk melakukannya di hadapan orang ramai. Buat macam korang nak jalin hubungan dengan perogol tu la. Bila korang berdua sahaja, peluang untuk lepaskan diri lebih tinggi.

8. Katakan korang tak mampu melakukannya di hari tersebut kerana korang terlalu penat atau period. Beri janji-janji manis pada si penyerang.

9. Jika penyerang enggan juga melepaskan korang, ada satu tindakan yang agak erkkk...jijik bunyinya tapi begitu efektif. Cara yang Za maksudkan ialah, kentut, kencing, berak dan muntah. Tak nak komen banyak. Cuma fikirlah, korang sayang kesopanan korang ke maruah diri korang..

10. Selepas kejadian tersebut, korang dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada perogol tersebut serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan untuk memudahkan polis membuat siasatan.

Satu lagi info Za nak share, sebenarnya serangan seksual lebih banyak berlaku keatas mangsa yang mengenali penyerang berbanding serangan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Za cuma share apa yang Za tahu, tetapi eloklah kita mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum kita terpaksa mengambil langkah-langkah menghadapi serangan. 

Sekian, jom baca SINI jugak!!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Uji Minda Anda

Soalan Uji Minda:
             Ali membuka satu perniagaan bermodalkan RM1. Dengan RM1, dia membeli sepatang pen. Kemudian dia menjual pen tersebut kepada Siti dengan harga RM2. Dia membeli kembali pen tersebut dengan harga RM3 dan menjual kepada Ucu dengan harga RM4. Kemudian, dia membeli kembali pen yang sama dengan harga RM5 dan menjual semula kepada Jo dengan harga RM6. Dibeli pen tersebut daripada Jo dengan harga RM7 dan akhir sekali dia menjual pen tersebut kepada Lili dengan harga RM8.

Soalan: Bagaimanakah dengan perniagaan Ali? Untung? Rugi? atau balik modal?
Kalau untung, berapa keuntungan dan kalau rugi berapa kerugian yang dialami oleh Ali.

Sila jawab soalan diatas. Ramai yang beri jawapan berbeza sekaligus menunjukkan anda dibawah kategori mana.




Kalau jawapan anda:

  1. Rugi- Anda sesuai menjadi akautan. Melihat kepentingan keluar masuk wang.
  2. Untung- Anda usahawan yang melihat peluang yang tak mampu dilihat orang lain.
  3. Balik modal- Orang biasa. Bukan usahawan atau akautan.






Jawapan sebenar: Untung RM4.
 Wang masuk (jual) - Wang keluar (beli) = untung/rugi
RM2.00 - RM1.60 = RM0.40

                                                                                                  
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

13 April 2013

My New Header!!

Nampak tak header baru Za? hihihi... 


Thanks to Adam Faiz for design my header.

Sebelum ni pernah try buat sendiri tapi hasilnya tahap huduh tak mahu hidup lah!! Stress dengan hasil karya yang tak akan diterima masyarakat, so Za decided baik Za order je dengan blogger lain. Bila usha-usha tempahan header, berfikir berpuluh kali jugak la sebab takut harga yang ditawarkan tak sepadan dengan hasil. Bila ternampak entry Adam Faiz terus terjah blog dia dan terus berminat untuk order. Tak susah berurusan dengan Adam Faiz dan harga yang ditawarkan pun berpatutan sangat. Siap dapat free footer lagi. 

Kalau korang berminat nak order, boleh klik SINI 

To, Adam Faiz, Wish you terus success Okay!!
                                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

9 April 2013

12 Cara Hilangkan Stress

Beberapa hari ni Za agak stress dengan berbagai perkara. Pada yang stress jugak, jom sama-sama check it out langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk hilangkan stress. 


1. Dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan solat sunat, zikir dan berdoa memohon agar diberikan petunjuk, ketenangan, dan jalan keluar yang terbaik dari masalah yang kita hadapi. Boleh juga perbanyakkan membaca Al-Quran dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
2. Berfikiran positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berkawan atau dekatkan diri dengan dengan orang yang berfikiran positif dan mampu memberi motivasi juga satu cara untuk mengurangkan tekanan.

3. Berada dalam keadaan relax dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti blogging *macam korang la*, mendengar muzik, melukis, berenang *kuak lentang*, membaca buku *jangan baca novel sentimental atau horror yer*, atau apa sahaja yang anda rasa mampu mengurangkan tekanan. Kalau tidur boleh mengurangkan tekanan, tidur la tapi jangan overdose sudah la. 
4. Berkongsi tekanan dan masalah anda dengan orang yang anda percaya seperti keluarga dan teman rapat.

5. Jujur pada diri. Tarik nafas dan dengan rendah hati fikirkan kembali kesalahan yang mungkin anda telah lakukan. Fikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang anda hadapi dengan fikiran yang tenang tanpa dipengaruhi dengan emosi. Jauhi hasad dengki, sikap terburu-buru dan egois.

6. Berekreasi. Anda boleh bersukan bersama-sama orang yang tersayang seperti kawan-kawan dan keluarga. Atau lebih mudah untuk anda bermain permainan seperti badminton, futsal, atau bola jaring. Selain dapat menghilangkan stress, dapat juga mengeratkan hubungan anda anda dan orang lain.

7. Menangis. Menangis sepuas hati. Boleh juga anda menjerit melepaskan geram di tepi pantai. Pastikan tak mengganggu pengunjung yang lain yer! 

8. Ambil makanan dan minuman yang boleh menghilangkan stress seperti ais-krim, ABC, coklat, dan jus buah-buahan. Ni mesti ada yang da terliur nih!!
9. Cintai diri sendiri. Hargai kebolehan diri sendiri dan yakin anda mampu mengatasi sebarang cabaran dalam hidup. Anda mampu berdiri teguh walau badai kehidupan terus terusan melanda anda. *Perghh..ayat~*

10. Baca atau tonton cerita-cerita lawak yang membuatkan anda gelak sakan. Contohnya macam Maharaja Lawak ke, Runningman ke, suka hati korang la.. Paling mudah, tekan saja SINI pasti korang tergelak.

11. Lakukan urutan badan. Pergi spa la paling mudah. Kalau tak mampu, terpaksa urut sendiri la..haha. Urut bahagian leher dan sekitar kepala dan bahu untuk efek cepat.
12. Bercuti. Ambil sedikit masa untuk diri anda. Melanconglah ketempat-tempat yang tenang seperti ke pulau dan pantai. Malaysia punyai banyak tempat menarik yang menenteramkan. Selamat berehat!
                                                                                                                     
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

T-shirt Mudah Terengganu

          Salam sayang semua.. Za nak memperkenalkan satu blog Homemade T-shirt Printing iaitu T-shirt Mudah Terengganu

                T-shirt Mudah Terengganu merupakan pakar dalam pembuatan t-shirt printing yang mana pelanggan boleh membuat tempahan dengan harga yang murah dan request design yang mereka inginkan. So, pada yang nak tempah t-shirt untuk kelas ke, majlis perkahwinan ke, or mungkin nak buat t-shirt untuk satu family pakai pun boleh. Baju couple pown ada.. Design boleh request. No design charge! No block charge, No minimum order! 1 piece also accepted! Jom usha2 design dari T-shirt Mudah Terengganu!!
boleh buat untuk satu family U~
Ambik kau, maktok and tok wan pun adew..kelass gituu~
t-shirt untuk Raja Sehari..boleh request nama lagi..
t-shirt couple..yeah!!
Selain dari t-shirt, apa yang menarik di T-shirt Mudah Terengganu ialah mug printing! Jom tempah sekarang, klik SINI.

mug "I'm Proud to be a Blogger!
cantik kan??
              Selain itu, T-shirt Mudah Terengganu turut menjual barang-barang silkscreen printing. Apa-apa pun korang boleh tengok sendiri di Blog T-shirt Mudah Terengganu dan Facebook


Special Offer for Blogger!!
              Ok la, ada special offer for blogger iaitu sponsor t-shirt for blogger! Pada blogger yang akan mengadakan contest, T-shirt mudah Terengganu berkenan untuk sponsor 30 helai T-shirt untuk giveaway dan 2 helai T-shirt untuk pemenang. Kos ditanggung sepenuhnya oleh T-shirt Mudah Terengganu. Untuk tahu syarat dan rebut peluang ni boleh klik SINI. 

              Za melihat photo contest agak special dan mempunyai peminat tersendiri. So, kalau T-shirt Mudah Terengganu berkenan unutk jadi sponsor, Za akan buat photo contest dengan syarat-syarat yang mudah untuk diikuti. Malah akan pembahagian hadiah akan lebih menarik kerana Za akan bahagikan contest kepada 2 kategori iaitu photo paling lawak dan photo paling kreatif. Kemudian hadiah akan dibahagikan kepada tempat pertama sehingga ketiga. Selebihnya adalah untuk photo dengan undian tertinggi. Juri-juri terdiri daripada Za dan kawan-kawan yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang photography. 

Sekian, selamat men"cuci mata"~
                                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 April 2013

Trick Art Museum, I-City!!

            Apabila sebelah pagi dah penatt dengan kenduri kawin. Kenduri kahwin Saudara kepada Kawan saya. Di malam hari pula kami pergi ke Trick Art Museum di I-City. Apa yang menarik disini? Tentulah lukisan 2D yang mengagumkan. Dihasilkan oleh pelukis-pelukis berkemahiran tinggi dan ditambah dengan effect lampu sehingga nampak seakan-akan lukisan 3D. Apa lagi, snap snap snap! Bayaran masuk ke sini cuma RM5. So, gunakanlah RM5 itu untuk bergambar puas-puas exspecially yang kaki gambar tu.. 

             Owh, hari ni Za dapat gelaran photogenic sekaligus memusnahkan gelaran photographer terbaik yang Za gelar sendiri.. Ok, bawah ni gambar yang kami ambil. Letak separuh jew. Tak boleh letak semua nanti berat blog Za. menyampah plak orang nak tengok.
fuhh..fuhh.....
arghhh..buaya
ampunkan hamba, hamba tak bersalah..
argghhhh!! basah! jangan la simbah air!
Jangan tiru aksi ini
keep in touch. Ce tengok bayang-bayang kami..
i'm flying~
feeling-feeling ayu gituu~
arghhhh...T-Rex.. Sam, lari Sam!!
sila abaikan gambar ini.
hati-hati
simbah jangan tak simbah
 

            Seusai bergambar, apa lagi, tengok-tengok la gambar-gambar yang kami ambil tadi.. Si Sam boleh cakap, "sikit je gambar"... WHATT!! 

Sedikit tips: Pakai baju berwarna terang seperti oren, pink terang, atau kuning terang untuk effect cantek pada gambar. Guna camera DSLR tentu cantik tapi kalau tak ada, cari la yang agak-agak sesuai. Paling penting, jangan malu-malu untuk bergambar dan ber"drama" ala-ala pelakon popular sebab tiada siapa yang peduli pun.
                                                                                                                 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ