24 April 2013

Fesyen rambut pendek tambah keyakinan diri

Za rasa nak potong rambut la.. Almaklum la, bila terbiasa berambut pendek ni sesekali berambut panjang, terasa gatalnya nak potong pendek balik.

Apa gaya tak pernah buat? Pendek macam tomboi, pixie, bob..macam-macam.. yang fesyen cukur sebelah kepala tu je tak pernah dan comfirm tak kan buat..huhu~

Ada kelebihan berambut pendek ni.. Antaranya:
  1. Rambut yang basah lebih cepat kering. So, tak perlu tunggu lama nak pakai tudung. 
  2. Lebih ringan. Setiap kali potong rambut, kepala mesti rasa ringan je. Rasa macam nak goyang-goyang kepala menari lagu Bollywood gituu..
  3. Wajah nampak berbeza dan lebih segar. Ni bagi mereka yang free hair la. Bagi yang berhijab macam Za, "ada aku kesah?".
  4. Rambut lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai kerosakan rambut yang teruk dan hujung rambut bercabang, memotong rambut merupakan salah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Za selalu ambil langkah ni bagi mengelakkan kerosakan bertambah teruk sampai ke pangkal rambut.
  5. Lebih mudah diurus. Yela, tak payah nak ikat riben bunga-bunga ke, tocang ke, sanggul nyonya ke.. Cuma sadisnya tak dapat la korang nak variasikan style rambut korang tu.. 
  6. Jimat syampoo, jimat masa. Haha..sebab guna sikit je syampoo pastu tak ambil masa lama nak sikat dan belai-belai rambut bagai. Yelatuw~
  7. Lebih berkeyakinan. Ni pendapat Za la.. Za rasa perwatakan Za sedikit berbeza bila berambut panjang dan bila berambut pendek. Bila rambut pendek, Za lebih cergas dan berkeyakinan. Za juga lebih bersedia hadapi pelbagai rintangan. Especially bila rambut pendek macam lelaki, terasa diri tu sekuat lelaki. Perasan! Tapi tu masa zaman budak-budak okay!
Popular Japanese Short haircut
Za nak try style ni, Ok tak? hehee~

Nak tengok style rambut pendek yang menarik dan comel-comel? Klik SINI

                                                                                                              
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 ulasan:

  1. bla rambut pendek rasa ringan sgt n senang nk urus..
    xsikat pn kadang2 wt dek je..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3x...tp bila da potong nie, terasa sedeyh plak..huhu~

      Padam
  2. kita suka shortsytle sebab selesa n tak rimas..n me mmg lasak sikit..huuhu..kadang2 sikat guna jari ja..

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ