31 Julai 2013

Fashion Hijabista

Assalamualaikum.. 
Orang sekarang memang berani bergaya. Kekadang nampak pelik tapi da itu trend dan fashion yang dibawa diorang nak buat macam mana kan? Tutup sebelah mata la kalau rasa rimas nak tengok.
Hijab girl pun tak mau kalah. Mesti seiring keadaan semasa. Mesti mau Up-to-date.

Antara gaya yang boleh dibawa oleh mereka yang berhijab ialah MAXI DRESS! Love it! Pilih maxi dress lengan panjang dan padankan dengan shawl bercorak dan tali pinggang bersesuaian. Pasti awesome!

comel tak kak ton??

Muslimah sering bergaya dengan padanan dress dan jacket, kardigan atau blazer.. Checkitout!
jacket leopard bagi mereka yang berani..
Aummm.. garang tak itew?
Jacket demim pown cantik tapi kalau nak bergaya dengan denim, kena pilih satu sahaja. Samada baju denim atau seluar denim. Kalau semuanya denim, nampak macam...ermmmmmm...tak perlu la disebut disini. 

Nak lebih style? Cuba try seluar palazo. Za tak pernah lagi pakai seluar palazo. Rasa macam nak try plak style ni.

Tapi teenager memang cenderung bergaya ringkas dengan moto asalkan selesa. Smart kasual la paling biasa kita tengok. Seluar jadi pilihan berbanding kain. Well, bebas bergerak sebebas remaja! FREEDOM!! *sewel sebentar*.
Ni gaya biasa jumpa tapi tetap sweet.

Paling in, corak tribal dan colour block. Comel juga colour block ni. Cuba gayakan dengan warna-warna pastel.. Gwiyomi.
cantikkan?
Peplum..peplum..peplum.. Semua wanita, gadis, perempuan, ladies tahu apa itu peplum.. Ada jugak yang salah sebut jadi Plumbum. Pun boley..guys kan? Biasalah, mana tahu benda ni.. Hanya mampu tolong gelak je.
Gabungan warna yang cantik.

Gaya baju selalu digandingkan dengan pelbagai fashion hijab. Sekarang macam-macam jenis lilit. Tutorial pun banyak. Pada Za, tak kesah la macam mana korang nak lilit pun, asalkan menutup aurat dan labuh to cover your chest.
Comel dan sopan kan??

Sekian saja Za berbicara soal fashion. Za ni buka pandai sangat bergaya. Tapi Za suka gaya santai dengan pemilihan warna-warna yang lembut dan fabrik jenis sifon. Flowing gituu~
Jom bergaya macam kami!
Bubye~
Salam Ramadhan.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

24 Julai 2013

Review Buku: Sebelum Aku Bernikah- Hilal Asyraf

Kalau nak didefinisikan erti cinta memang banyak la sebab ia bergantung pada tanggapan dan pendapat masing-masing. Tapi pada Za, cinta ialah tentang perasaan. Perasaan dalam diri yang muncul tanpa dapat kita kawal kehadirannya. Cinta itu suci asalnya. Cinta pada Ilahi, pada keluarga, teman-teman juga pada insan teristimewa.

So, bercakap pasal cinta, Za tertarik dengan hasil nukilan Hilal Asyraf, sebuah buku dengan tajuk "Sebelum Aku Bernikah". Well, nampak macam terlalu dewasa je buku ni. Tapi sebenarnya buku ni menyingkap tentang pengalaman, pendapat, dan pemerhatian penulisnya tentang erti cinta dan pandangan ibu bapa, pencinta dan masyarakat tentang isu cinta, kahwin muda, couple dan sebagainya. Buku ini banyak diselitkan dengan terjemahan Al-Quran dan panduan yang berguna bagi yang berkeinginan mendirikan rumah tangga.
Imej pinjam dari Google. Kamera takde..huhu~

Za sangat bersetuju dengan pandangan Hilal Asyraf tentang definisi cinta yang diberi makna oleh dunia. Cinta itu suci. Tapi masyarakat hari ini memandang sempit dengan istilah cinta sebelum nikah dengan beranggapan ianya haram disisi Islam. Cinta dikaitkan dengan pergaulan bebas dan zina. Definisi cinta menjadi terlalu buruk pada pandangan negatif masayarakat.

Ada juga yang terlalu islamik. Mereka memandang cinta itu kotor dan buruk. Cinta selepas nikah adalah yang sepatutnya. Cinta sebelum nikah pula dicop sebagai haram. Ada pula yang begitu kuat mengaitkan cinta dan proses percintaan dengan zina hati. Jatuh cinta dan perasaan rindu tidak sepatutnya dikaitkan dengan zina hati. Zina hati lebih kepada perasaan dan pemikiran kearah perkara-perkara buruk yang diharamkan disisi Islam. Islam itu mudah, kita sendiri yang menjadikannya rumit dan sempit. Bercinta boleh, rindu itu boleh tapi tidak berlebihan sehingga mengganggu ibadah dan kehidupan.



Seterusnya, saya suka dengan sedikit kesedaran yang saya dapat selepas membaca buku ini. "Dia jodoh saya". Ayat yang biasa kita dengar tetapi agak tidak elok disebut kerana jodoh itu urusan Allah, kuasa Allah. Sedang yang sudah berkahwin, boleh bercerai, meninggal. Kita tidak punya kuasa dan ilmu untuk mengetahui dan begitu yakin "dia jodoh kita".

Itu baru definisi cinta. Banyak lagi ilmu boleh kita dapat dalam buku comel ini. Well, kulit luar dia cantik dan ada gambar riben lagi kat dalam.. tu yang comel tu.. Pada Za buku ni bukan sahaja boleh dibaca untuk mereka yang berimpian mahu mendirikan rumah tangga tetapi juga untuk semua lapisan masyarakat terutama remaja dan ibu bapa. Diharap buku ini dapat membuka minda masyarakat tentang cinta, perkahwinan, cabaran berumah tangga.
akad-nikah-kuala-lumpur-malaysia+1152_12978237358-tpfil02aw-6913


Takkan Za nak cerita semua kat sini. Korang beli dan baca la sendiri yer..wakaka.
Bagi yang berminat, korang boleh la dapatkan buku ni secara online di langitilahi.com
Klik SINI untuk buku Sebelum Aku Bernikah
dan untuk buku-buku lain hasil tulisan Hilal Asyraf di LangitIlahiStore

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama sehingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya"- Hilal Asyraf

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 Julai 2013

Kita Tidak Sendirian

Assalamualaikum..

Kembali menaip jemari ini.. rindu pada blog yang da berhabuk. Mujur tak bersawang jew..hihi.
Terasa nak bercerita plak.

Teringat masa pergi ke kem Aspirasi Peers under Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Pada hari kedua, dimalam hari, diadakan satu aktiviti berkumpulan. Setelah tamat aktiviti tersebut, setiap ahli kumpulan akan diikatkan kedua belah mata dengan kain dan dipisahkan secara individu. Masa tu, terjadilah kejadian yang tak diingini pada salah seorang ahli group Za. Senang cakap la kan, dia kena rasuk.

Za pergi ke gazebo tempat dia terbaring untuk hulur bantuan apa yang perlu. Za lihat dia da dikelilingi oleh rakan-rakan dan fasi-fasi sambil setiap tubuhnya dipegang erat dan dibacakan ayat kursi. Za diminta untuk pegang kuat-kuat kaki dia sebelum di bacakan azan oleh salah seorang faci lelaki.

Sebaik sahaja azan dibacakan, lantas bangun kawan Za tu lalu tersengih. Semakin kuat tangan Za menggenggam kakinya takut terlepas.

Kedengaran dialog dari mulutnya yang membuatkan hati Za tiba-tiba kaku dan gementar.
"Wahai orang muda, nak aku ajarkan kau ke cara azan yang betul?"
Lalu kedengaran azan dari mulutnya dengan setiap inci bacaannya adalah betul dan jelas.
Allahuakbar, Allahuakbar..
Tertunduk aku melihat kekuasanmu Ya Allah.. Jin, makhluk yang lebih rendah darjatnya dari manusia boleh memperbetulkan bacaan kita. Ya Allah, kadang kala kita manusia lupa kita tidak sendirian. Kita makhluk yang dicipta lebih istimewa tapi lupa pada Allah sedang mereka lebih dekat denganmu Ya Allah.

Setelah dibacakan sesuatu oleh seorang ustaz, kawan Za kemudian dibawa masuk ke dalam bilik kami. Bilik tersebut dipasangkan pendinding. Kawan Za tadi dibaringkan diatas katil dan dijaga rapi kerana keadaannya masih belum stabil dan masih meraung-raung.

Semua di dalam bilik tersebut diminta berwuduk dan pada yang uzur, boleh terus tidur dan pada yang boleh bersembahyang, diminta membacakan selawat untuk kawan Za tadi. Sedih sangat melihat keadaannya. Agak lama dia begitu. Tapi lebih sedih bila boleh dibilang dengan jari mereka yang sanggup menjaga kawan Za tadi. Semua pakat tidur kerana takut.

Za dan beberapa orang kawan rapatnya menjaga dia sepanjang malam. Bila dia kelihatan semakin stabil, kami seronok pula mendengar dia bercerita dan berborak dengan seorang ustazah yang turut menemani. Dia cakap ada nenek tua la sebelah dia, nak kapur barus la, ini la, itu la.. Rasa macam tengok movie plak. kihkihkih..

Lebih kurang pukul 3 pagi baru keadaannya stabil. Kami berborak dan bercerita tentang hidup, Allah dan melencong pulak ke topik yang lain. hihi.. Antara yang ustazah tu katakan ialah, "hendaklah kita berharap pada Allah, bukan pada ayat-ayatnya. Itu cuma pengantara, yang sebenar-benar pengharapan adalah berhak hanya kepada Allah Taala.

Keesokkan harinya, kawan Za berucap didepan dan memohon maaf atas kejadian semalam. Katanya, "Janganlah kita takut pada yang selain dari Allah..". Nasihat yang berguna disampaikan buat semua. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Kawan Za dirasuk bukan sebab dia lemah semangat, tapi sebab Allah Maha Mengetahui yang dia begitu kuat dan kental serta mampu menghadapi ujian dari Allah. Za doakan kawan Za tu dapat sembuh dari masalah seperti ini. Tak semua orang boleh kuat bila hadapi masalah mudah didekati jin dan makluk halus. Sesungguhnya dia yang terpilih dan Za lihat kini dia semakin dekat dengan Allah. Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan Za?
Sekarang Za sedang belajar mendekatkan diri dengan Tuhan, dengan Allah.
Sukar untuk istiqamah, tapi bila lagi mahu berhijrah? Dunia cuma pinjam-pinjaman, akhirat jua menanti.

 “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”

Ingatlah, kita tidak sendirian, Allah sentiasa menemani, bagi mereka-mereka yang mengingati-Nya.


Salam satu cinta pada Allah,
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ