1 Julai 2013

Kita Tidak Sendirian

Assalamualaikum..

Kembali menaip jemari ini.. rindu pada blog yang da berhabuk. Mujur tak bersawang jew..hihi.
Terasa nak bercerita plak.

Teringat masa pergi ke kem Aspirasi Peers under Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Pada hari kedua, dimalam hari, diadakan satu aktiviti berkumpulan. Setelah tamat aktiviti tersebut, setiap ahli kumpulan akan diikatkan kedua belah mata dengan kain dan dipisahkan secara individu. Masa tu, terjadilah kejadian yang tak diingini pada salah seorang ahli group Za. Senang cakap la kan, dia kena rasuk.

Za pergi ke gazebo tempat dia terbaring untuk hulur bantuan apa yang perlu. Za lihat dia da dikelilingi oleh rakan-rakan dan fasi-fasi sambil setiap tubuhnya dipegang erat dan dibacakan ayat kursi. Za diminta untuk pegang kuat-kuat kaki dia sebelum di bacakan azan oleh salah seorang faci lelaki.

Sebaik sahaja azan dibacakan, lantas bangun kawan Za tu lalu tersengih. Semakin kuat tangan Za menggenggam kakinya takut terlepas.

Kedengaran dialog dari mulutnya yang membuatkan hati Za tiba-tiba kaku dan gementar.
"Wahai orang muda, nak aku ajarkan kau ke cara azan yang betul?"
Lalu kedengaran azan dari mulutnya dengan setiap inci bacaannya adalah betul dan jelas.
Allahuakbar, Allahuakbar..
Tertunduk aku melihat kekuasanmu Ya Allah.. Jin, makhluk yang lebih rendah darjatnya dari manusia boleh memperbetulkan bacaan kita. Ya Allah, kadang kala kita manusia lupa kita tidak sendirian. Kita makhluk yang dicipta lebih istimewa tapi lupa pada Allah sedang mereka lebih dekat denganmu Ya Allah.

Setelah dibacakan sesuatu oleh seorang ustaz, kawan Za kemudian dibawa masuk ke dalam bilik kami. Bilik tersebut dipasangkan pendinding. Kawan Za tadi dibaringkan diatas katil dan dijaga rapi kerana keadaannya masih belum stabil dan masih meraung-raung.

Semua di dalam bilik tersebut diminta berwuduk dan pada yang uzur, boleh terus tidur dan pada yang boleh bersembahyang, diminta membacakan selawat untuk kawan Za tadi. Sedih sangat melihat keadaannya. Agak lama dia begitu. Tapi lebih sedih bila boleh dibilang dengan jari mereka yang sanggup menjaga kawan Za tadi. Semua pakat tidur kerana takut.

Za dan beberapa orang kawan rapatnya menjaga dia sepanjang malam. Bila dia kelihatan semakin stabil, kami seronok pula mendengar dia bercerita dan berborak dengan seorang ustazah yang turut menemani. Dia cakap ada nenek tua la sebelah dia, nak kapur barus la, ini la, itu la.. Rasa macam tengok movie plak. kihkihkih..

Lebih kurang pukul 3 pagi baru keadaannya stabil. Kami berborak dan bercerita tentang hidup, Allah dan melencong pulak ke topik yang lain. hihi.. Antara yang ustazah tu katakan ialah, "hendaklah kita berharap pada Allah, bukan pada ayat-ayatnya. Itu cuma pengantara, yang sebenar-benar pengharapan adalah berhak hanya kepada Allah Taala.

Keesokkan harinya, kawan Za berucap didepan dan memohon maaf atas kejadian semalam. Katanya, "Janganlah kita takut pada yang selain dari Allah..". Nasihat yang berguna disampaikan buat semua. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Kawan Za dirasuk bukan sebab dia lemah semangat, tapi sebab Allah Maha Mengetahui yang dia begitu kuat dan kental serta mampu menghadapi ujian dari Allah. Za doakan kawan Za tu dapat sembuh dari masalah seperti ini. Tak semua orang boleh kuat bila hadapi masalah mudah didekati jin dan makluk halus. Sesungguhnya dia yang terpilih dan Za lihat kini dia semakin dekat dengan Allah. Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan Za?
Sekarang Za sedang belajar mendekatkan diri dengan Tuhan, dengan Allah.
Sukar untuk istiqamah, tapi bila lagi mahu berhijrah? Dunia cuma pinjam-pinjaman, akhirat jua menanti.

 “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”

Ingatlah, kita tidak sendirian, Allah sentiasa menemani, bagi mereka-mereka yang mengingati-Nya.


Salam satu cinta pada Allah,
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 ulasan:

  1. tertarik sgt dengan kisah ni.. nak share dr kawan zizie lak.. dy pun ahli prs dan baru lepas anjurkan satu kem dengan adik2 sek men. masa night walk, dy buat2 kena rasuk dan at last,benda tu btol2 rasuk dia..
    jadi terlebih berani pun susah.. tapi, apa2 pun, takutlah denganNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. terlebih berani pun bahaya jugak.. mgkin lepas ni jadi pengajaran n peringatan buat kawan zizie tu.. :)

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ