24 Julai 2013

Review Buku: Sebelum Aku Bernikah- Hilal Asyraf

Kalau nak didefinisikan erti cinta memang banyak la sebab ia bergantung pada tanggapan dan pendapat masing-masing. Tapi pada Za, cinta ialah tentang perasaan. Perasaan dalam diri yang muncul tanpa dapat kita kawal kehadirannya. Cinta itu suci asalnya. Cinta pada Ilahi, pada keluarga, teman-teman juga pada insan teristimewa.

So, bercakap pasal cinta, Za tertarik dengan hasil nukilan Hilal Asyraf, sebuah buku dengan tajuk "Sebelum Aku Bernikah". Well, nampak macam terlalu dewasa je buku ni. Tapi sebenarnya buku ni menyingkap tentang pengalaman, pendapat, dan pemerhatian penulisnya tentang erti cinta dan pandangan ibu bapa, pencinta dan masyarakat tentang isu cinta, kahwin muda, couple dan sebagainya. Buku ini banyak diselitkan dengan terjemahan Al-Quran dan panduan yang berguna bagi yang berkeinginan mendirikan rumah tangga.
Imej pinjam dari Google. Kamera takde..huhu~

Za sangat bersetuju dengan pandangan Hilal Asyraf tentang definisi cinta yang diberi makna oleh dunia. Cinta itu suci. Tapi masyarakat hari ini memandang sempit dengan istilah cinta sebelum nikah dengan beranggapan ianya haram disisi Islam. Cinta dikaitkan dengan pergaulan bebas dan zina. Definisi cinta menjadi terlalu buruk pada pandangan negatif masayarakat.

Ada juga yang terlalu islamik. Mereka memandang cinta itu kotor dan buruk. Cinta selepas nikah adalah yang sepatutnya. Cinta sebelum nikah pula dicop sebagai haram. Ada pula yang begitu kuat mengaitkan cinta dan proses percintaan dengan zina hati. Jatuh cinta dan perasaan rindu tidak sepatutnya dikaitkan dengan zina hati. Zina hati lebih kepada perasaan dan pemikiran kearah perkara-perkara buruk yang diharamkan disisi Islam. Islam itu mudah, kita sendiri yang menjadikannya rumit dan sempit. Bercinta boleh, rindu itu boleh tapi tidak berlebihan sehingga mengganggu ibadah dan kehidupan.



Seterusnya, saya suka dengan sedikit kesedaran yang saya dapat selepas membaca buku ini. "Dia jodoh saya". Ayat yang biasa kita dengar tetapi agak tidak elok disebut kerana jodoh itu urusan Allah, kuasa Allah. Sedang yang sudah berkahwin, boleh bercerai, meninggal. Kita tidak punya kuasa dan ilmu untuk mengetahui dan begitu yakin "dia jodoh kita".

Itu baru definisi cinta. Banyak lagi ilmu boleh kita dapat dalam buku comel ini. Well, kulit luar dia cantik dan ada gambar riben lagi kat dalam.. tu yang comel tu.. Pada Za buku ni bukan sahaja boleh dibaca untuk mereka yang berimpian mahu mendirikan rumah tangga tetapi juga untuk semua lapisan masyarakat terutama remaja dan ibu bapa. Diharap buku ini dapat membuka minda masyarakat tentang cinta, perkahwinan, cabaran berumah tangga.
akad-nikah-kuala-lumpur-malaysia+1152_12978237358-tpfil02aw-6913


Takkan Za nak cerita semua kat sini. Korang beli dan baca la sendiri yer..wakaka.
Bagi yang berminat, korang boleh la dapatkan buku ni secara online di langitilahi.com
Klik SINI untuk buku Sebelum Aku Bernikah
dan untuk buku-buku lain hasil tulisan Hilal Asyraf di LangitIlahiStore

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama sehingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya"- Hilal Asyraf

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

2 ulasan:

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ