22 Oktober 2013

Main Masak-Masak

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat..
Za tak sempat nak ucap Salam Aidiladha buat semua. Tapi rasa tak terlewat kan ucap sekarang?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Bila tiba raya korban ni peti ais mula la jadi padat semahunya. Maka menjadi tugas Za untuk mengurangkan kepadatannya. Jom masak-masak! Bukan main masak-masak macam zaman kecik-kecik dulu. Ini betul-betul punya. Bukan cobaan.

Hari ni masak daging blackpaper, esok daging masak paprik, lusa Za masak daging masak kicap pulak. Taip je da terliur rasanya bila teringat. Kakak Za tanya "kau pandai masak ke?". Apa punya soalan la.. Pandai tak pandai belakang kira. Sekarang zaman maklumat tanpa batasan. Tanya je resepi kat Uncle Google. Macam-macam jenis variasi resepi boleh dapat.

Za nak post gambar daging blackpaper tapi tak sempat nak snap, kuali da licinn.. hatuii.. Za letak picture paprik daging yang BF Za komen "tak rasa macam paprik pun".

masih dalam kuali..ekekeke~
Dan kat bawah ni egg rolls atau dalam bahasa Melayu, telur gulung.. hurm..macam tak berapa nak sedap bunyinya. Abaikan. Egg rolls ni Za ambil resepinya dari korean website. Kira masakan korea la.. Antarabangsa tuh! Kelas kau! Korang boleh search sendiri resepinya kat You Tube. Berlambak. Sangat mudah untuk dibuat kecuali bab gulung tu agak sukar sedikit la.. Perlu practice.




Ok la.. Sampai disini Za mengarut. Bubye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

21 Oktober 2013

Lilo Popi Si Kura-kura

Salam..
Lama tak update blog. Akibat dari kemalasan menaip dan virus shortcut yang disebarkan oleh roomate Za sampai satu rumah kena virus tu... Terpaksa format laptop sekali dengan pendrives dan masukkan anti virus pulak.

Kisah bermula pada satu pagi di hujung minggu, Za pergi pasar pagi dan ternampak pulak si kura-kura di jual dengan harga RM25 untuk satu set. Satu set tu termasuk 2 ekor kura-kura (jantan dan betina) + akuarium(siap dengan batu bata) + makanan(pallet). Tapi Za tak terus beli. Balik rumah dulu.. kasik fikir masak-masak dulu. Pasai kolej Za tak boleh bela haiwan. Next week Za datang balik. Masa tu harga da jadi RM23. Za pun decided beli 1 set. Si betina namanya Lilo dan Si jantan, Popi.. Comel tak?

Lilo (kanan) dan Popi (kiri)

Happy dapat peneman seminggu di kolej. Why seminggu je? Pasai pastu Za bawa balik ke kampung. Air di kolej tak berapa ok, tak elok untuk kura-kura ni. Za mula nampak diorang tak aktif, tak mahu makan, tak mahu buka mata.. Risau pula Za. Cuti mid term ni Za bawa kura-kura tu balik. Da tunggang terbalik diorang. Sampai mabuk kena naik bus. Kelas kau.. dari Shah Alam ke KL ke JB then ke Mersing.

beg yang memuatkan Lilo dan Popi semasa di dalam bus.
Sampai di kampung, Za tukar air dengan air tapis suam-suam kuku. Nampak perubahan diorang semakin aktif dan mula buka mata. Kadang tu terlalu aktif, terkais-kais macam hamster pulak! Penat nak melayan kerenah diorang yang tak mahu duduk dalam akuarium. Kalau dibiarkan lepas kat luar tanpa pengawasan ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi. First, hilang ghaib ku sangka mati. Second, dijadikan bola oleh kucing-kucing Za yang super nakal tuh.
happy diorang berenang dalam air suam

Sekarang da balik kolej semula.. Rinduu kat Lilo dan Popi. Love u'olls..
Pada korang yang nak bela kura-kura, better dapatkan maklumat lanjut pasal kura-kura ni kat tukang jual dulu sebab baby kura-kura mudah terkena penyakit terutamanya jangkitan.

Salam Comel Lilo Popi, ByeBye~

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

3 Oktober 2013

Motivasi Malam Hari

Assalamualaikum, salam sejahtera.. kepada anda semua, moga bahagia...
Dihari yang indah, lagi mulia... *ok, cukup!

Za bagi salam pun da menyanyi-nyanyi.. happy sangat ke Za hari ni?
Actually tak la sangat! haha.. cuma da lama tak update blog so rasa excited nak menaip..
Tak ada idea sebenarnya nak type apa tapi disebabkan mood Za pun tak berapa nak best malam ni so jom kita UP kan mood kita dengan sedikit motivasi yang mungkin berguna buat korang juga.

1. Khas untuk korang yang hidup dalam kalangan orang yang tak habes-habes nak benci kat korang. Semoga terus tabah. Tiap sesuatu ada hikmahnya.

2. Untuk korang yang asyik sangat memikirkan masalah sampai menganggu fikiran dan emosi. Yang berlalu biarkan berlalu. Hadapi hari baru dengan kelapangan dan sesuatu yang baru.

3. Never ever ever give up!


3. Motivasi kehidupan

4. Doa dan nasihat Salahuddin Al-Ayubi.

Ok, semoga korang lebih bermotivasi hari ini dan hari-hari seterusnya.
Be happy, be strong.. Allah sentiasa ada.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This
 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ