21 Oktober 2013

Lilo Popi Si Kura-kura

Salam..
Lama tak update blog. Akibat dari kemalasan menaip dan virus shortcut yang disebarkan oleh roomate Za sampai satu rumah kena virus tu... Terpaksa format laptop sekali dengan pendrives dan masukkan anti virus pulak.

Kisah bermula pada satu pagi di hujung minggu, Za pergi pasar pagi dan ternampak pulak si kura-kura di jual dengan harga RM25 untuk satu set. Satu set tu termasuk 2 ekor kura-kura (jantan dan betina) + akuarium(siap dengan batu bata) + makanan(pallet). Tapi Za tak terus beli. Balik rumah dulu.. kasik fikir masak-masak dulu. Pasai kolej Za tak boleh bela haiwan. Next week Za datang balik. Masa tu harga da jadi RM23. Za pun decided beli 1 set. Si betina namanya Lilo dan Si jantan, Popi.. Comel tak?

Lilo (kanan) dan Popi (kiri)

Happy dapat peneman seminggu di kolej. Why seminggu je? Pasai pastu Za bawa balik ke kampung. Air di kolej tak berapa ok, tak elok untuk kura-kura ni. Za mula nampak diorang tak aktif, tak mahu makan, tak mahu buka mata.. Risau pula Za. Cuti mid term ni Za bawa kura-kura tu balik. Da tunggang terbalik diorang. Sampai mabuk kena naik bus. Kelas kau.. dari Shah Alam ke KL ke JB then ke Mersing.

beg yang memuatkan Lilo dan Popi semasa di dalam bus.
Sampai di kampung, Za tukar air dengan air tapis suam-suam kuku. Nampak perubahan diorang semakin aktif dan mula buka mata. Kadang tu terlalu aktif, terkais-kais macam hamster pulak! Penat nak melayan kerenah diorang yang tak mahu duduk dalam akuarium. Kalau dibiarkan lepas kat luar tanpa pengawasan ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi. First, hilang ghaib ku sangka mati. Second, dijadikan bola oleh kucing-kucing Za yang super nakal tuh.
happy diorang berenang dalam air suam

Sekarang da balik kolej semula.. Rinduu kat Lilo dan Popi. Love u'olls..
Pada korang yang nak bela kura-kura, better dapatkan maklumat lanjut pasal kura-kura ni kat tukang jual dulu sebab baby kura-kura mudah terkena penyakit terutamanya jangkitan.

Salam Comel Lilo Popi, ByeBye~

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ