22 Oktober 2013

Main Masak-Masak

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat..
Za tak sempat nak ucap Salam Aidiladha buat semua. Tapi rasa tak terlewat kan ucap sekarang?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Bila tiba raya korban ni peti ais mula la jadi padat semahunya. Maka menjadi tugas Za untuk mengurangkan kepadatannya. Jom masak-masak! Bukan main masak-masak macam zaman kecik-kecik dulu. Ini betul-betul punya. Bukan cobaan.

Hari ni masak daging blackpaper, esok daging masak paprik, lusa Za masak daging masak kicap pulak. Taip je da terliur rasanya bila teringat. Kakak Za tanya "kau pandai masak ke?". Apa punya soalan la.. Pandai tak pandai belakang kira. Sekarang zaman maklumat tanpa batasan. Tanya je resepi kat Uncle Google. Macam-macam jenis variasi resepi boleh dapat.

Za nak post gambar daging blackpaper tapi tak sempat nak snap, kuali da licinn.. hatuii.. Za letak picture paprik daging yang BF Za komen "tak rasa macam paprik pun".

masih dalam kuali..ekekeke~
Dan kat bawah ni egg rolls atau dalam bahasa Melayu, telur gulung.. hurm..macam tak berapa nak sedap bunyinya. Abaikan. Egg rolls ni Za ambil resepinya dari korean website. Kira masakan korea la.. Antarabangsa tuh! Kelas kau! Korang boleh search sendiri resepinya kat You Tube. Berlambak. Sangat mudah untuk dibuat kecuali bab gulung tu agak sukar sedikit la.. Perlu practice.




Ok la.. Sampai disini Za mengarut. Bubye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ