27 April 2013

Aku Nak Kahwin!!

Perghh..gatal gile otak ni bila fikir nak kahwin. Belajar pun tak habis lagi. Baru 22 Tahun. Tapi kan..suka hati aku la.. kira fikir masa depan jugak tu.

Yela, kami da couple sejak 4 Jan 2010. Tunggu Za tamat belajar, jadi lebih 4 tahun kami couple.  Rasa tak sedap bila dibiar lama-lama. Lagipun, family En.Irwan da suka kat Za. Family Za yang susah sikit. Tapi my parents nampak macam terima je pilihan hati Za. Masalah sekarang ialah kewangan. Za masih lagi belajar. Dia pula kerja tapi bukan kerja tetap. So, terpaksa tunggu Za kerja, dia ada kerja tetap dan ada harta sedikit nak hidup bersama nanti.
Kata-kata orang sekeliling tentang kami memang adat la. Siapa suka tengok orang lain senang. Tapi telinga Za da pekak dah sebab Irwan da buat macam-macam untuk Za. Dia ajar Za jadi lebih mature. Dia juga tunjuk ajar Za cara bersosial (bukan liar okay!) dengan orang lain..means apa yang kita perlu buat bila pergi majlis kahwin, macam mana nak berhadapan dengan orang tua, macam mana nak hadapi masalah, macam mana nak improve keyakinan diri. Semua dia ajar. Za da jadi orang yang berbeza bila dia buka mata Za tentang nilai sebenar hidup ni. Minda pun jadi lebih terbuka bila Za sambung belajar di Shah Alam.

Kehidupan kampus tak semudah yang disangka. Macam-macam ragam dunia dan manusia. Za belajar hadapi semua tu. Jika Za rasa nak marah, marah la.. Hari ni Za marah, esok Za da okay dan boleh accept semua perkara yang menyakitkan hati tu. Za tak kesah hidup tiada best friend sebab Irwan da jadi best friend Za sejak dulu lagi. Setiap kali Za give up, dia yang papah Za supaya Za tak terus jatuh. Kawan-kawan? Kejatuhan Za memang matlamat diorang. Biasalah, lumrah persaingan di sini.

Za tak peduli. Za belajar, n bakal kerja nanti..for my parents. But, hal-hal teman hidup Za, adalah keputusan Za yang Za buat untuk diri Za. Cukup la Za buat untuk orang. Sekurang-kurangnya, ada la sesuatu yang Za buat untuk diri Za.
Za harap ikatan sebagai suami isteri boleh disegerakan. Supaya Za lebih mudah berdiri tanpa goyah bila Si dia sentiasa ada di sisi...

Pada yang nak kahwin, jangan risau untuk berkahwin kerana.....klik SINI

P/s: Kalau rajin+murah hati, sudi-sudi la klik sampai habis loading si Tabung Kahwin kat sidebar.. Almaklum la, bajet kahwin sekarang makin melambung tinggi. Hehee~
Sekian. Assalamualaikum...
                                                                                                                        
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 ulasan:

  1. So sweet, harap Allah melipatgandakan rezeki kamu berdua.. cepat sikit iha dapat makan nasi minyak.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nak la wat nasi minyak. Nak buat nasi putih aje..lauk kg. Ulam, ikan bakar, sambal belacan...perghh..terliur sudaa sis.. hihi.. :P

      Padam
  2. moga dipanjangkan jodoh sampai ke syurga ya.. :)
    inshaaAllah kalau sudh dituliskan itu jodoh kamu tak ada hal punya la.. :)

    BalasPadam
  3. kite d0akan awk kawin dgn dgn Mr.Irwan awk :D

    BalasPadam
  4. za.. semoga cepat2 ijab kabul. :D

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ