1. Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru. Bertenang membantu korang berfikir dengan lebih bijak.
2. Kebanyakkan dari kita akan mengatakan bahawa setiap wanita perlu belajar seni mempertahankan diri. Tapi sebenarnya, semasa situasi genting berlaku, kita tak akan ingat langkah-langkah seni mempertahankan diri tersebut. Apa yang boleh kita buat ialah tendang pada pelipat atau penyawa (alat sulit). Cucuk mata penyerang. Tampar dan cakar mukanya, tarik rambutnya atau cuba tolak jari kelengkeng si penyerang seolah-olah ingin mematahkannya. Kemudian beri tendangan padu pada bahagian sulitnya sekali lagi. Bahagian tersebut memang sangat sensitif bagi lelaki. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menumpaskan musuh yang bernama lelaki. Malah korang juga boleh memijak kaki si perogol itu. Pijak bahagian depan kakinya menggunakan tumit kaki/tumit kasut dengan sekuat hati.
4. Menjerit meminta tolong dengan sekuat hati. Para pakar percaya bahawa orang di sekeliling akan memberi respons yang lebih pantas sekiranya korang menjerit dengan menggunakan perkataan API! berbanding "Tolong! Perogol!!".Cuba untuk membuat bunyi bising yang kuat, jika korang memiliki alat tertentu yang boleh membantu untuk mengeluarkan bunyi yang agak kuat bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai, sila lakukannya.
5. Jangan merayu mereka untuk melepaskan korang. Sebenarnya lelaki memang suka wanita merayu-rayu mereka. So, mereka akan bertindak lebih berani keatas korang.
6. Mengikut psikologi, perogol menghadapi masalah pada mental semasa bertindak ingin merogol. So, gunakan kebijaksanaan korang untuk berunding dengan mereka. Korang boleh berlakon seolah-olah kamu ingin melayani si perogol itu dengan baik. Si perogol akan bertindak sedikit lembut. Apabila ada peluang atau si perogol mula percaya dengan korang, ambil kesempatan untuk menyerang dan lari melepaskan diri. Walaupun langkah ini kedengaran agak mengarut tetapi sebenarnya korang bermain dengan psikologi si perogol.
7. Namun, jika kita mendengar kisah serangan seksual, penyerang bukanlah seorang tetapi berkumpulan. So katakan pada salah seorang dari mereka bahawa anda ingin melayani mereka tetapi malu untuk melakukannya di hadapan orang ramai. Buat macam korang nak jalin hubungan dengan perogol tu la. Bila korang berdua sahaja, peluang untuk lepaskan diri lebih tinggi.
8. Katakan korang tak mampu melakukannya di hari tersebut kerana korang terlalu penat atau period. Beri janji-janji manis pada si penyerang.
9. Jika penyerang enggan juga melepaskan korang, ada satu tindakan yang agak erkkk...jijik bunyinya tapi begitu efektif. Cara yang Za maksudkan ialah, kentut, kencing, berak dan muntah. Tak nak komen banyak. Cuma fikirlah, korang sayang kesopanan korang ke maruah diri korang..
10. Selepas kejadian tersebut, korang dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada perogol tersebut serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan untuk memudahkan polis membuat siasatan.
Sekian, jom baca SINI jugak!!
Tiada ulasan
Catat Ulasan
Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^