Semalam dalam demam, demi assignment, terpaksa jugaklah Za keluar ke Asrama Anak-anak Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, Klang. Dalam pukul 9am baru sampai. Masa menunggu staff yang bertugas di bahagian data maklumat pelajar, ada beberapa orang pelajar yang turut menunggu di Ruangan Menunggu. Mereka comel-comel belaka dan tersangatlah malu. Bila Za cakap je nak ambil gambar, terus pecut lari mengorok. Haha. Bila dipujuk, akhirnya dapat jugak.
|
Omey angat~ |
|
Asrama diorang..bersih sangat.. |
Setelah masuk ke dalam, apa lagi, mintak selagi boleh mintak maklumat pelajar sebab kami nak buat Database design untuk organisasi ni. Anak-anak Asnaf bukanlah anak-anak yatim tetapi terdiri dari fakir miskin yang layak menerima zakat menurut syarak. Mereka tinggal di asrama dan dihantar belajar ke sekolah.
|
dalam bus otw ke sekolah |
|
khusyuk~ |
Selepas pulang dari sana, kami pergi makan nasi ayam penyek di seksyen 7. Lupa pulak apa nama tempat tu. Tapi sedap la.. Ramai giler orang kat situ, penuh sesak. Menunjukkan makanan kat situ memang sedap. Kemudian kami pergi ke UiTM Shah Alam untuk ambil voucher buku 1 Malaysia. Apa lagi? Lepas tu SHOPPING!! Tak sampai sejam da habis voucher buku Za. Za beli external hard disk di seksyen 7. Tinggal satu je masa tu. So, cepat-cepat beli.
Dalam perjalanan balik, demam selesema Za bertambah terukk. So, dalam cuaca panas terik ni, korang kena banyak minum air kosong dan kurangkan minum ais Okay?! Moga sihat senantiasa...
bestnya..
BalasPadamp/s: comey sgt2..