9 April 2013

12 Cara Hilangkan Stress

Beberapa hari ni Za agak stress dengan berbagai perkara. Pada yang stress jugak, jom sama-sama check it out langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk hilangkan stress. 


1. Dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan solat sunat, zikir dan berdoa memohon agar diberikan petunjuk, ketenangan, dan jalan keluar yang terbaik dari masalah yang kita hadapi. Boleh juga perbanyakkan membaca Al-Quran dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
2. Berfikiran positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berkawan atau dekatkan diri dengan dengan orang yang berfikiran positif dan mampu memberi motivasi juga satu cara untuk mengurangkan tekanan.

3. Berada dalam keadaan relax dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti blogging *macam korang la*, mendengar muzik, melukis, berenang *kuak lentang*, membaca buku *jangan baca novel sentimental atau horror yer*, atau apa sahaja yang anda rasa mampu mengurangkan tekanan. Kalau tidur boleh mengurangkan tekanan, tidur la tapi jangan overdose sudah la. 
4. Berkongsi tekanan dan masalah anda dengan orang yang anda percaya seperti keluarga dan teman rapat.

5. Jujur pada diri. Tarik nafas dan dengan rendah hati fikirkan kembali kesalahan yang mungkin anda telah lakukan. Fikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang anda hadapi dengan fikiran yang tenang tanpa dipengaruhi dengan emosi. Jauhi hasad dengki, sikap terburu-buru dan egois.

6. Berekreasi. Anda boleh bersukan bersama-sama orang yang tersayang seperti kawan-kawan dan keluarga. Atau lebih mudah untuk anda bermain permainan seperti badminton, futsal, atau bola jaring. Selain dapat menghilangkan stress, dapat juga mengeratkan hubungan anda anda dan orang lain.

7. Menangis. Menangis sepuas hati. Boleh juga anda menjerit melepaskan geram di tepi pantai. Pastikan tak mengganggu pengunjung yang lain yer! 

8. Ambil makanan dan minuman yang boleh menghilangkan stress seperti ais-krim, ABC, coklat, dan jus buah-buahan. Ni mesti ada yang da terliur nih!!
9. Cintai diri sendiri. Hargai kebolehan diri sendiri dan yakin anda mampu mengatasi sebarang cabaran dalam hidup. Anda mampu berdiri teguh walau badai kehidupan terus terusan melanda anda. *Perghh..ayat~*

10. Baca atau tonton cerita-cerita lawak yang membuatkan anda gelak sakan. Contohnya macam Maharaja Lawak ke, Runningman ke, suka hati korang la.. Paling mudah, tekan saja SINI pasti korang tergelak.

11. Lakukan urutan badan. Pergi spa la paling mudah. Kalau tak mampu, terpaksa urut sendiri la..haha. Urut bahagian leher dan sekitar kepala dan bahu untuk efek cepat.
12. Bercuti. Ambil sedikit masa untuk diri anda. Melanconglah ketempat-tempat yang tenang seperti ke pulau dan pantai. Malaysia punyai banyak tempat menarik yang menenteramkan. Selamat berehat!
                                                                                                                     
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ