Hari ni tetibe je jemari ni nak mengolah luahan hati. Za ada sorang kawan perempuan. Kali pertama jumpa memang sangat rapat. Walaupun kekadang tak tahan dengan perangainya, tapi Za sangat sayang padanya.
Dia pernah tuduh Za nak jatuhkan dia. Sangat terkilan hati Za. Za tak rasa dia terlalu tinggi untuk dijatuhkan. Yes, dia memang cantik. Tapi Za tak pernah merasakan yang Za ni hodoh untuk cemburu padanya. Well, aku comell apa.. Za percaya Za ada daya tarikan tersendiri. My BF, keluarga bakal mertua semua kata Za cantik dan sayangkan Za. Za juga tak rasa dia lebih pandai dari Za sebab Za bukannya lemah dalam pelajaran, Za cuma kurang minat menjadikan result Za tak begitu memuaskan. Za rasa Za berfikiran kreatif dan inovatif yang mana Za punya kelebihan yang orang lain tak ada.
Sorry~ Za cakap besar hari ni.. *sila muntah.
Bengang betul Za bila dia cakap Za tak siapkan assignment. WHAT?? Za cuba backup semua kerja Za. Za siap buat bahagian dia lagi. Berani betul dia cakap macam tu kat Za. Roomate lama Za yang dibatu apikan olehnya sampai jerit "Aku bunuh kau!" kat Za.
Mungkin silap Za jugak. Za da tahu dia jenis tak boleh ditegur dan bertindak mencari kesalahan orang lain bila ditegur..tapi Za masih tegur dia juga. Tapi jenis Za, Za tak akan tegur kawan depan orang macam yang dia buat. Itu bukan nasihat, tapi hinaan. Jika dia nak kata Za ni memang layak dikata, dicaci, dihina.. terpulanglah.. Dia memang pandai menghukum. Kalau dia merasakan yang orang berkawan dengan Za cuma atas dasar kesian, Za pun merasakan yang sama padanya.. ^_^
My BF memang melarang Za berkawan dengan dia lagi. Mungkin betul kata BF Za, Za tak patut berkawan dengan backstabber yang cuma mahu dilayan bak puteri. Za betul-betul makan hati dengan apa yang dia buat. Sampai sekarang, dia masih merasakan dia betul. Za pula, da mintak maaf salah silap Za suma dan sekarang Za mahu pergi sejauh mungkin dari kawan yang macam ni. Berbisa sungguh punya kawan yang sentiasa mahu lebih tinggi diatas. Setinggi bak puteri diraja. Kita menjadi mangsa imaginasinya.
Bina impian untuk keluarga,
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada,
Saya melangkah terus mara.
Kadang berkawan cuma sementara,
Hanya yang sejati akan kekal setia,
Walau tiada berteman janganlah berduka,
Yakinlah Tuhan itu sentiasa ada.
Hati-hati memilih kawan, wahai kawan-kawan.. Hadapi harimu dengan senyuman..Assalamualaikum..
Dulu time blaja byk jumpa kwn mcm tu, then anne pun carik kawan lain, Alhamdulillah skrg jumpa kawan yg betul2 ikhlas n terima kita seadanya. Bila dh kerja lgi mcm2 perangai org nk hadap. Yg pntg jadi diri sndiri k! tk cr :)
BalasPadamyup, bila pk balik..jgn ikot org, better jd diri sendiri..
PadamtQ for da advice.. ^_^
InsyaAllah, ada yg kwn lain yg lebih ikhlas bkawan dgn za..
lama2 nti org perasan la tu perangai sebenarny..
BalasPadam:)
Padamxpe la, janji kita ni yg perlu teruskan idop dgn senyuman... ^_^