17 Ogos 2013

Raya dan Tradisi Keluarga

Seronokkan bila tiba Hari Raya?
Mungkin ada yang cakap "Raya tahun ni tak meriah la".. Tapi pada Za, setiap tahun pun meriah walaupun disambut dengan serba kekurangan. Sebabnya, tradisi keluarga setiap kali raya yang diwujudkan kembali setelah sekian lama terkubur..*cewahhh..ambik ayat aku..* Apa tradisi tu? Jeng..jeng..jenggg....MARHABAN. *eceh,macam gempak sangat!*

Hari raya pertama, pukul 9 pagi selepas sembahyang raya, keluarga besar sebelah emak Za akan berkumpul di rumah nenek. Kami akan mula bermarhaban. Lepas selesai marhaban baru la sibuk nak mintak maaf, minta duit raya (wajib), dan makan-makan.


Kemudian baru la kami bertolak ke rumah saudara-mara lain.. Ikut turn masing-masing la... Paling best sekali rumah Mak Lang. Sebabnya, masakan dia memang sedapppppp.... Tahun ni dia buat ketupat, sup ayam dan udang masak merah.... slrupppp.. Masa marhaban semua tak fokus lagi da, mata dok aim kat udang tu... Habis je marhaban, Za orang first kaut udang masuk dalam pinggan tanpa mempedulikan orang lain.. Wawawa.... :P

Apa yang seronok tentang marhaban rumah ke rumah nie?
well, selain dapat menghabiskan melawat rumah saudara mara dalam masa satu hari je, dapat mengeratkan hubungan saudara yang biasa la, pasti ada naik turunnya... Seronok dapat kumpul ramai-ramai.. kecoh dibuatnya. Za berharap tradisi ini dapat diteruskan sampai bila-bila.. Amin..

Salam Syawal, Khazaijie kuaile!
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

2 ulasan:

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ