Semalam keluar result Sem 4. Agak terkezutt gak tengok result tu.. Subjek yang Za rasa boleh skor dapat gred rendah manakala subjek yang susah and agak-agak nak ke laut tu plak dapat result tak dijangka-jangka tingginya. Anyway, agak dissappointed gak la bila pointer turun. Well, tak pernah turun sebelum nie..
Bila difikirkan balik, lecturer main peranan penting. Ada satu lecturer ni memang tak berapa suka budak STPM. Za dapat B- je.. paling rendah berbanding subjek-subjek lain. Ada satu nie, Za kena repeat assignment Za. Sadis gak la.. But, bila tengok result, alih-alih boleh A.. Peliks disitu. Apa-apa pun, Za bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, Za dapat buktikan, dengan tanpa minat pada bidang yang Za belajar sekarang, Za tetap boleh skor pointer 3.0 keatas. Dekan?? InsyaAllah kalau ada rezki. Za masih ada masa untuk usaha lebih lagi. Dan jangan abaikan perkara remeh temeh seperti kuiz online. Za hilang markah kat situ sebab tak sempat nak jawab.
Paling penting, Za kena jaga GPA Za yang masih lagi rendah. Altakmaklum la, result sem 1 dan 2 tak berapa Ok. Hopefully next sem will be better, meet better people and better lecturer.
Ok, lupakan pasal result. Kita lari tajuk sikit.
Hari ni, Za agak mengada-ngada cakap kat Abah, "nak air kelapa, nak air kelapa".
"Mana nak cari air kelapa?"
Za tersengih..hehee~ (dalam hati Za: "kat bazar la..")
Abah balik dengan bawa galah panjang.
"Abah nak buat apa tu?"
"Kau kata nak air kelapa, meh tolong abah kait ni"
Cett....
Tapi itu la cara Abah mengajar Za. Nak sesuatu, kena usaha sendiri. Jangan nak ambil mudah je, cuma tahu bersenang lenang. Tersenyum sendiri tengok abah usaha nak penuhi permintaan Za nak air kelapa. Kalau zaman kecik-kecik dulu memang penampar naik ke muka. Songeh betul mintak macam-macam. Hari ni dengan cuma 4 biji kelapa, dapat bagi minum satu family besar Za..
My Dad, My Super Hero
usaha lagi k..masih ada masa..:)
BalasPadamokay! ^_^
Padamtenkiu~
waaaa, tahniah !
BalasPadamthanks..
PadamBerjaya diatas usaha sendiri lebih manis kan!
BalasPadamyup..rasa berbaloi sgt!
Padam