23 Disember 2012

Aurat Wanita dalam Islam

Salam sayang semua.....

Hari ni Miss Za nak berkongsi topik "Menutup Aurat". Hukum menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam..bagi wanita Islam, aurat mereka ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Anda mungkin biasa dengar perkataan aurat dan hijab..bagaimana pula dengan jilbab dan niqab??



Apa maksud Aurat, Hijab, Jilbab, dan Niqab?

AURAT
Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.

HIJAB
Hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar. Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".

[References:http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3684-pengertian-aurat-hijab-jilbab-dan-niqab.html

Untuk penerangan lanjut boleh rujuk link diatas...




Menutup aurat memberi banyak kebaikan kepada muslim terutama wanita...menutup aurat bukan satu diskriminasi terhadap wanita Islam seperti yang digembar gemburkan oleh negara Barat. Menutup aurat merupakan satu cara untuk melindungi wanita-wanita Islam dan menaikkan darjat mereka.

Sebelum kedatangan Islam pada zaman Jahilliyah, wanita dijadikan hamba seks sehinggakan bayi perempuan dikatakan membawa sial dan memalukan keluarga. Hal ini menyebabkan pembunuhan bayi perempuan semakin berleluasa. Wanita juga tidak memiliki hak terhadap harta dan tidak boleh menuntut ilmu.

Selepas kedatangan Islam, darjat wanita diangkat. Mereka juga harus menutut ilmu untuk kebaikan diri mereka dan masyarakat. Dalam pembahagian harta, hak mereka dibela. Menutup aurat dilaksanakan bagi menyelakkan mereka terus terusan menjadi hamba seks. Banyak kebaikan yang kita dapat dengan menutup aurat. Antaranya:

1. Selamat dari azab api neraka.

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


2. Terhindar dari masalah maksiat.Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari

3. Memelihara kecemburuan lelaki.“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim

4. Wanita berjilbab umpama Bidadari Syurga.“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56


5. Mencegah penyakit kanser kulit, melambatkan penuaan dan melindungi rambut dari habuk dan pencemaran.

[References: http://hauraqasehliyana.blogspot.com/2011/04/manfaat-dan-kebaikan-menutup-aurat-dan.html]


Ok, la...semoga ilmu yang disebarkan ini dapat dimanfaatkan. Amin...
Assalamualaikum... ^_^

<Miss Za>
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ