25 Februari 2013

Produk yang disenarai hitam oleh KKM

Sekadar perkongsian bersama.

           Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan, 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

        Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.


Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
  • 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada Antihistamine:
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
  • Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG 
                                                                                                            
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 ulasan:

  1. yang tau Natasha dengan De Putih jer la... wah banyak ni...kebanyakannya x pernah dengar... thanks for sharing dear... ^_^ good info for everyone...

    BalasPadam
  2. rasanye cam banyak lg je produk lain...

    jom ke blog saya juga

    http://yatdhamid.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nk kira produk yg disenaraihitam memang byk.. sy cuma senaraikan sedikit. x mampu nk senarai semua.

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ