14 Februari 2013

Soalan Uji Minda oleh Albert Einstein



Soalan ni dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal. Dikatakan seramai 98% orang di dunia ni tak dapat menjawab soalan ni.. Za da try jawab soalan ni....seronok juga...dan sudah dapat jawapannya...... So, boleh dikatakan Za dah jadi antara 2% yang boleh jawab la..haha. Korang pulak macam mana? Korang try la kalau rajin..

Soalannya ialah:
  • Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
  • Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
  • Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
  • Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
  • Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.
Soalan: Siapakah yang membela ikan?

Klu: 
  1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing.
  3. Orang Denmark suka minum teh.
  4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
  6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
  9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
  10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
  12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
  13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
  14. Orang Jerman merokok Rothmans.
  15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.
Jawab jujur tau! Nanti Za bagitau jawapannya.
                                                                                               
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. haha...of course...tp za try wat sendiri...best cam maen sudoku plak.. :)

      Padam
  2. Assalam
    cik za apa jwpannye huhuhu

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ