3 Februari 2015

Lepak-Lepak Danga Bay

Salam rindu sesangat sebab dah lama tak update blog. Za renovate sikit blog za ni supaya sesuai dengan personaliti dan citarasa za yang dah berubah seiring dengan peningkatan usia. *Terasa tua plak I..
OK, sebenarnya nak cerita malam-malam dikala kebosanan Za dan ehem..ehem.. En. BF ronda-ronda Danga Bay melihat pemandangan Danga Bay yang famous sangat kateko.. sambil mendengar penerangan dari pemandu pelancong tidak bertauliah, En.BF yang membesar di JB ni. 

Sebelum tu, kami singgah di hadapan pintu gerbang istana untuk berselfie jap. Ambil 2, 3 gambar cukup la. Buat santapan mata korang. Motif je.. -_-

OK, sampai di theme park, mula-mula ingat nak jalan kaki je tengok sekitar theme park ni.. just cuci mata tengok gelagat budak-budak kecil yang comel. Almaklum le, esok cuti Thaipusam, ramai le yang menyinggah bawa anak-anak. Gelagat mak dan bapak budak tak kurang hebatnya. Lebih excited dari anak.

Masa tengah round-round tu nampak plak train, tergerak hati nak try naik memandangkan harga dia pun cuma RM5 seorang. Well~ What can I say..hurmm,, agak membosankan la duduk atas train yang bergerak slow and steady tu.. rasa lambatnya nak sampai.
Gambar atas: Train yang kami naiki
Gambar bawah: Pemandangan sekitar DB theme park

Semasa kami berkunjung kemari, pantai sedang dalam proses ditambak menjadikan pemandangan agak tidak begitu menarik. Ternampak juga beberapa permainan yang ditutup mungkin atas dasar tidak begitu menguntungkan. Mengikut kata My BF, dulu ada mall area situ tetapi telah ditutup. Yang tinggal hanyalah Danga Bay yang ada sekarang yang ermm..korang datanglah sendiri tengok.
proses tambak Danga Bay

Tapi dalam banyak-banyak permainan disini, yang menjadi pilihan Za ialah Bumper Car. Kadang-kadang datang ke sini semata-mata hanya untuk main bumper car. Rasa hilang seketika segala stress yang ada. Boleh juga try Galactic Ring. Tapi yang tak bestnya, Za yang kayuh sensorang, En.BF rilex je berselfie. Sheeshh.. >.<
Gambar atas: Bumper car (RM8)
Gambar bawah: Pirate ship (RM10)

Walaupun banyak perubahan yang menjadikannya makin tak best, Danga Bay theme park masih lagi jadi tumpuan di JB terutama pada hari-hari cuti. Esok cuti so, Za plan nak round-round Johor Bharu. Ke mana destinasi dan tempat makan pilihan Za? Tunggu post yang seterusnya, ye!


Roger and Out!

byebye~ kita balik naik ketapi~ Hantar saya ke KL ye~

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ