6 Februari 2015

Ronda-ronda Johor Bahru

Aloha.. Cuti Thaipusam hari tu, 3/2/2015 (siap tarikh lagi), Za ambil peluang untuk ronda-ronda sekitar JB, melawat tempat-tempat menarik di sini. Plan asal nak start journey pagi-pagi, tapi tak jadi sebab ada hal kena tolong abang Za, so my story start at lunch hour*makan-makan. 
Tempat lunch pilihan Za ialah Asam Pedas House yang terletak di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda. Slurppp.. masih terasa nikmatnya asam pedas kat situ *oppss..sorry~  Restoren ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga jam 8 malam. Suasana dalam kedai agak selesa. Za suka sangat kalau pergi kedai makan, meja dan kerusinya diperbuat daripada kayu. Yes, I know bukan kita nak makan kerusi meja tu tapi kerusi meja kayu buat suasana jadi tenang dan damai. 
Za order asam pedas isi ikan merah dengan air susu 3 layer. Apa yang Za boleh katakan tentang restoren ni, layanan OK sangat, suasana kedai yang selesa, dan extra mark untuk kebersihan. Cuma menu tak banyak pilihan. Hanya tawarkan satu jenis ikan sahaja iaitu ikan merah untuk masakan asam pedas. Mungkin sebab restoren ni masih baru dibuka *agak je. Akan datang perlu tambah lagi menu sebab Za suka asam pedas ikan pari..
Ok, sedang terliur sekarang nih! 

Setelah perut pun kenyang, hati sudah suka, Za gerak ke destinasi seterusnya, Zoo Johor! Tempat yang agak tidak sesuai untuk dating. Hohoho~ Tapi bagi mereka yang ada anak-anak kecil sangat sesuai berkunjung ke mari kerana harga tiket masuk sangat murah, RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Terdapat aktiviti lain yang ditawarkan di Zoo ini yang mana berbeza dengan harga tiket. Korang kena keluar duit sikit la untuk aktiviti lain seperti bagi makan pada haiwan-haiwan kat situ. Untung haiwan kat situ, keje makan je.. 
Yang bestnya, walaupun Za datang tengahari lebih kurang jam 1 setengah tengahari, suasana agak redup dan tak panas. Takde la asyik terkipas-kipas, kan? Za pernah ke Zoo Melaka pada waktu yang sama (tengahari) tetapi sangat membosankan. Berbeza disini walaupun Zoo Johor lebih kecil daripada Zoo Melaka. *tu pendapat Za jela.
Kemudian, Za gerak ke tempat ada air-cond sikit, City Square. Pada sapa-sapa yang suka window shopping tu memang suka la shopping mall macam ni. Za just datang untuk tengok wayang di Cathay Cineplexes di tingkat err.. lima kot. Movie pilihan: Villa Nabila. Sebelum tu, tempah dulu lukisan kartun dengan harga RM10 untuk lukisan satu orang - separuh badan - hitam putih. Sebab Za tempah gambar untuk 2 orang so total RM20 la.. Actually, Za x berapa suka result dia, sebab lukisan tu tak nampak macam muka Za langsung!! 
Da la nampak gemok!!! 
Jalan-jalan Zoo Negara, kemudian ke City Square, agak memenatkan. Za berhenti rehat di Taman Merdeka sambil minum petang. Carrot muffin with ice lemon tea. Quite expensive, meh. Tempat cantik dengan prop bagai tapi tak dijaga rapi. I kena gigit dengan semut, meh.. -_-  U'olls boleh try Restoren Dayang, kat situ OK sikit. Sedap pun sedap.
Ini bukan kali pertama Za datang ke sini. Taman Merdeka adalah salah satu tempat pilihan Za untuk lepak dan jogging! Memang ramai la yang datang jogging kat sini terutama hujung minggu. Start jam 5 petang dah ramai yang berlari anak keliling taman ni. Satu pusingan saja dah terasa penatnya. Tapi bagi yang dah biasa mungkin mampu bertahan sehingga 100 pusingan, mungkin? Boleh juga bawa anak-anak ke mari, ada playground disediakan. Masa Za datang ke sini tasik dalam proses naiktaraf so, takde la pemandangan tasik yang indah.

Pada yang nak datang kemari, tolong sama-sama jaga keadaan tempat ni ye, sebab nampak macam tak diselenggara dengan baik. Kita sebagai pengunjung la kena ambil tanggungjawab tu memandangkan ini tempat awam. 

That's all.. Banyak lagi tempat menarik di JB. Kalau korang nak tahu boleh terus baca blog Za. hehehe~ OK,

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kan? Luas pemandangan, luas pengalaman. Kalau awk melancong ajak la saye.. haha..

      Padam
  2. *high five* for yoyo cici monkey and another high five for liking asam pedas ikan pari. Hehe

    BalasPadam
  3. mcm best je Asam Pedas House tu

    BalasPadam
  4. Yang tempah lukisan tu kat kedai mana 1 yer?

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ