4 Mac 2013

Kisah Perjalanan Kembali ke Kolej

       Semalam awal-awal pagi bangun dan bersiap untuk balik ke kolej. Tiket pukul 10am dari Mersing. Bas tiba sedikit lewat..pastu bawa bas macam bawa kereta lembu. Tiba di TBS, KL pukul 4 petang. Za ditemani 2 orang kakaks yang Za kenal, bertembung dalam bas. So heppy sebab asyik sensorang je sebelum ni. Ambil pula tren ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam, hujan turun dengan lebat. Za terpaksa redah hujan tanya uncle taxi mintak hantar ke Kompleks PKNS. Sampai di PKNS, ambil bas Rapid pula ke kolej. Perghh..da boleh buat iklan pengangkutan awam dah....Bus Transnational--tren--teksi--bus Rapid..... 
       Dalam bus Rapid sesak dengan pelajar-pelajar yang baru balik dari sibuk beli barang-barang keperluan. Mujur Za dapat tempat duduk. Sampai di kolej, azan maghrib berkumandang. Lebih kurang 7 lebih masa tu. Za tinggalkan bagasi besar kat tingkat bawah dan mula panjat tangga sampai tingkat 4.. Sesampai je kat rumah, Za terus pengsan di atas katil roomate.. nii noo nii noo nii noo~ @_@ out of energy--bateri kong da masa tu.. hanya Tuhan je yang tahu betapa penat dan sakitnya tangan Za. Sampai sekarang tak hilang sakit tangan ni, makin teruk ada la.. Atuii.. T_T
soooooo tired~
        Hari ni sangat la boring. Tak tahu nak buat apa..tu yang merajinkan diri update blog ni walaupun tak da sapa nak baca. Selepas ponteng satu kelas pagi tadi disebabkan kemalasan yang teramat sangat di hari pertama belajar. Pagi lak tu, pukul 8, lagi la malas nak nak bangun. Berat je badan macam ada batu setongkol besor hempap badan ni. Tengahari setle pasal pendaftaran subjek minor dan kolej pulak.

        Ok, da banyak da aku mengarut...Stop la....Petang ni ada kelas pukul 6 petang...Za, please, jangan ponteng..huuhuu~
K, papai!
                                                                                                                        
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 ulasan:

  1. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ