7 September 2013

Online Shopping!!!

Alamaakkkk..

Za ketagih shopping online even my bf cakap "tak payah, tak payah, dah, dah, dah"..
Alasan yang Za berikan ialah "saje nak habiskan duit".
Shopping online memang memudahkan bagi sesetengah orang. Antara kebaikannya pada Za ialah harga yang berpatutan dan kadang kala lebih murah dari beli dikedai. Malah, ia memudahkan Za untuk cari sesetengah barang yang sukar didapati.

Keburukannya ialah kualiti tak dijamin. Kadang-kadang elok, kadang tak walaupun beli barang yang sama di website yang sama. Ada juga barang sebenar berbeza rupa dengan gambar dalam website tu.. Kena bayar postage dan kena pergi bank yang kadang kala jauh dari kawasan tempat tinggal kita. So, better buat akaun Maybank atau guna bank transfer. Paling ditakuti ialah penipuan tapi setakat ni Za tak pernah kena tipu la. Za ada cara Za sendiri menilai sesebuah website/ facebook online shopping.

Ada sesetengah website yang akan printscreen bukti pos atau penerimaan barang dari customer. Ini sangat membantu untuk orang percaya pada mereka. Ada juga yang letak tracking number di website. Boleh ambil satu tracking number dan cek samada betul atau palsu. Ada juga yang menjalankan online shopping tapi memiliki kedai sendiri. Biasanya mereka akan letak alamat kedai atau sijil perniagaan mereka. Website species camni la Za lebih percaya dan berani untuk berSHOPPING!! *yeay!*

Za ni cerewet gilerz bila nak beli online. Kalau lambat sikit, tak henti-henti la tanya, siap call lagi.. tapi kalau Za da suka dan puas hati, Za akan cop website tu sebagai tempat online shopping Za.. Kalau Za tak suka, sekali tu je la Za beli. Baru-baru ni Za beli jam di Wafico Shawls House dan shawl di MyBawalProject. Cepat. 2,3 hari after payment barang sampai.

Jam di Wafico
Sedikit tips untuk korang yang nak shopping online, klik di SINI dan SINI.

Tempat menarik pilihan Za untuk shopping secara online:
Wafico Shawl House - Jam dan aksesori.
Velvet Jewellery Box - Kotak Cincin Unik dan cantik-cantik (owner dia baik sangat)
Magika Box -Aksesori spt gelang dan brooch ikut pilihan kita sendiri.
Buttons4craft -Barangan kraf (boleh dapat diskaun kalau beli banyak, kualiti kadang tak menentu)

Ok la, stop la cakap pasal shopping.. Za kena hentikan ketagih Za ni.. byebye~
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 ulasan:

  1. Online shopping mmg best..kekadang tk shopping pun, cuci mta je lbih. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. boleh sampai berjam2 dok cuci mata jew...

      Padam
  2. Balasan
    1. Za da beli 1..sesuai dengan tangan Za yang kecil..

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ