14 September 2013

Rindu Askar-askar Ku!

Hola!
Baru seminggu balik kolej Za da rinduu kat askar-askar yang ditinggalkan kat rumah..
Rinduu nak tengok gelagat diorang yang kelakar, comel, dan kadang kala menduga kesabaran. huhu~
Asalnya kucing betina kat rumah Za namanya Mey beranak 7 ekor. Bayangkan 7 ekor sekali keluar, mesti seksakan. Nasib kau la mey.. Tapi sama bilangan dengan adik-beradik Za.. Malangnya, sekor demi sekor pergi meninggalkan kami..Sob...sob..sob..
Akhirnya, cuma tinggal 4 ekor sahaja. Bubu, Pupu, Tamtam dan Misai..

bubu (kanan) dan pupu(kiri)
Bubu ni paling ageresif sekali. Kalau main lawan-lawan dia mesti menang. Pupu kurang agresif tapi kuku dia lebih tajam. Sakit woo~ Pupu memang tak suka Za. tak tahu kenapa. Tapi lepas Za jaga dia sampai sembuh masa tangan dia bengkak sebab bergaduh dengan kucing luar, dia asyik berkepit dengan Za. Mesti jadikan katil Za sebagai tempat tidur dia.. Ciss! 
bubu peluk adik bongsu dia... Sayang adik!!
My favourite one ialah Tamtam. Why? Entah kenapa Za rasa tamtam ni istimewa. Badan dia fully hitam. Misai pun hitam. Kalau malam memang susah la nak cari dia walaupun dia landing kat sebelah kita jew. Tamtam gemukk!! Perut buncit..memang suka makan. Buat semua geram nak peluk dia..
By the way, betul ke bela kucing hitam bawa nasib malang? Setakat ni tak pernah pun kami bernasib malang.. huhu~
TamTam
cayang cayang
bergelimpangan tido atas kain baju.
Korang mesti ada pets yang comel-comel jugakkan? Sayangi la mereka. Sebab Za percaya haiwan ni kalau dilayan dengan baik insyaAllah mereka akan bawa perkara baik dalam hidup kita. Nabi Muhammad S.A.W pun sayangkan kucing.. Jangan pulak kita yang menyeksa mereka. Korang boleh LIKE page Papa Hero yang memperjuangkan nasib kucing. Klik SINI. Atau boleh blogwalking ke SINI pulak...
Ok, la..cukup-cukup sudah... Nak layann Running Man pulak.. 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

2 ulasan:

  1. comel nye kucing .. lg2 yg warna kelabu tuh .. mcm cat je bdn die :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh, Bubu ue kalau bgambar mesti posing wat muka comell.. mengade tol!

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ