22 September 2013

Bekam dan Kebaikannya

Gud Morning~
hehehe.. bersemangat Za hari ni bangun setelah my body buat morning call.. Wake up! Wake up!
Za tidur nyenyak sungguh setelah sekian lama Za asyik tersentak dan terjaga masa tidur.

Rahsianya? Amboi..ada rahsia pulak.. da macam nak buat iklan kosmetik.
Actually semalam Za buat rawatan bekam buat pertama kalinya di Dr Resd terletak di dalam Kompleks PKNS, Shah Alam. Za ambil pakage bekam darah basic. RM50 untuk 10 point/ 10 cups. Rawatan tak la menyakitkan sangat sebab dia guna jarum berbanding pisau bekam. Cuma lepas bekam tu terasa jugak la sakit. Effect lepas bekam, Za rasa mengantuk dan terus tidur lepas pulang ke kolej. Tidur nyenyak pulak tu. Tapi hari ni Za rasa segar dan badan terasa ringan la.

Apa yang Za suka tentang tempat Za buat bekam ni ialah tukang bekam dia yang mesra. Dia ajak Za borak-borak dan tanya kalau-kalau Za tak tahan dengan rawatan bekam memandangkan Za baru pertama kali buat. Sebelum rawatan, dia akan cek tekanan darah dan after rawatan, dia beri 2 biji pil dan air mineral. Tak sure la pil apa. Za bantai telan je.. Za tengok sendiri cara pembersihan barang-barang bekam. Agak bersih. Da macam kat klinik pulak.

Ok, la.. Nak share sedikit kebaikan berbekam ni.
  1. Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
  3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
  4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan   sakit gigi.
  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
  8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.
  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
  10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
  11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
  12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
  13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
  14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
  15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
  16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
  18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
  20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
  21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan   rasa berat dan malas.
  22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
  23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
  24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.


 Bekam ni Sunnah dan menjadi amalan Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis baginda. 

Sabda Rasulullah SAW:

عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 ulasan:

  1. teringin nak buat tpi kat kedah ni tak tahu kat mana untuk kaum hawa ni..=D

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ