1 Februari 2013

Fakta Tabiat Merokok


Fakta Tabiat Merokok di Malaysia.
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan merokok semakin meningkat. 
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2, yang dijalankan pada tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Fakta tabiat merokok seluruh dunia.
  • Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau.
  • Lebih kurang 15 million rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluuh dunia mula merokok setiap hari. Secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian akibat kanser adalah berpunca daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. 

Anggaran jumlah perokok di Malaysia pada tahun 2025:
Populasi --> 30 juta
15 tahun kebawah --> 7.2 juta
15 tahun ke atas --> 22.8 juta
Perokok Dewasa --> 4.6 juta
                                                                                                  
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

4 ulasan:

  1. saya baik la saya xhisap rokok..hehe
    follower 152..
    blogwalking from http://beritaremajaonline.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. good boy...!! ala, kalau pernah merokok pown, is ok..Za paham. cuma perlu tahu bila masa nak berhenti...k, done follow u..Salam Kenal.

      Padam
    2. haha..tp saya mmg xprnh pn hisap rokok smpy la kt universiti.. wlpun pengaruh kt universiti agy kuat tp sye kurg brminat la sbb mmbzir duit.. Salam kenal gak..klo rjin dtg la blog saya gak..sling support menyamport..haha

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ