7 Februari 2013

Fashionista..perlu ke?

Pandang sana, pandang sini....
Perhh...sekarang ni macam-macam fesyen tudung yang digayakan. Hana Tajima la, Yuna la, Mawi la.. Style pun da bertimbun-timbun sampai yang ke arah mengarut pown ada. Di kolej Za, menjadi satu kebiasaan pelbagai fesyen dan gaya yang diperaga oleh para pelajar yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Teater, Filem dan Animasi. Dah macam pentas peragaan dah Za tengok. So, mereka yang selama ni bergaya skema pun da pandai melaram. 
picture siapa la Za curik nie..
Masa mula-mula sampai sini Za masih dengan gaya rock Za. Err...actually Za serabai-babai je time tu.. tapi masih lagi pakai shawl coz za selalu pakai shawl masa zaman form6..but, bila da lama disini, start la  melaram itu ini. U know why? Coz orang pernah cakap Za "SERABAI". Menusuk kalbu, tertusuk jantungku mendengarnya. T_T Kejam.. 

Bila keluar perlu pakai cantik-cantik....Kalau tak kawan-kawan aku akan renovate aku jadi ala-ala model gitu. haha..Wajb pakai jeans...seluar tract (betul ke aku eja nie?) campak ke laut! Dan,bila keluar tak pakai makeup (bedak pun tak pakai), orang perli, "takpe, Za kan cantek, tak pakai makeup pun cantek". Terima kasih kerana memuji. *Aku nak pergi makan je kowt.. :(  

Kadang-kadang sebagai gegurl ni kitorang main la makeup-makeup. Za yang tak pernah pakai eye liner ni (sekarang pakai la) bila di makeupkan dengan eye liner tebal, 3 hari mata Za merah. Macam drakula pun ada. Tapi langsung tak menginsafkan Za. Huhu~

Ada yang cakap, "Za, kau tukar la style kau tu, kau tak sesuai pakai tudung syria. Cuba pakai shawl kan comel". Za memang biasa pakai shawl masa zaman form6 tapi bila da masuk U ni mana ada masa nak lilit sana lilit sini. So, tudung express la jadi pilihan. Za tak pernah marahkan kawan-kawan Za. Za faham, diorang nak Za cantik-cantik macam diorang. Siap ada yang jadi perunding imej Za...Soooo Nice! 

Tapi, baru-baru ni Za keluar pergi klinik. Za pakai t-shirt hitam dengan blue jeans. Bertudung bawal pin kat dagu dan pin kat bawah. Langsung tak ada belit-belit, tak ada ombak-ombak Rindu. Disebabkan cuaca sejuk dan hujan kat Johor sampai banjir...Za pakai sweater pink coreng-coreng macam askar tu... calit sikit simple makeup. Za rasa, Za selesa sangat + perasan cantekk time tu. 

So, Za terfikir..tak salah nak berfashion, tapi mestilah jadi diri sendiri. Cukup la sekadar pakai apa yang korang rasa selesa. Kalau korang pakai ala2 model catwalk gitu tapi tak selesa, korang takkan happy jugak.. Gurl secara semulajadi suka kepada kecantikan dan perlu kelihatan cantik. Za pun suka benda2 comel dan kiut miut macam cekak rambut riben besar, penyepit rambut bunga-bunga kecil, bla, bla, bla...aku dah mengarut. So, dipersilakan bercantik-cantikan dengan cara korang tapi jangan jadi mangsa fashion OK!
baju Za baru beli, saja nak menunjuk! :p
Akhir kata daripada beta, jadi la cantik dengan jadi diri sendiri. 
[p/s: dipersilakan komen dan kritik, tu hak korang..tapi hak meng"approve" hak Admin]

Me(left) and my BFF(right)
                                                          
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

5 ulasan:

  1. nk berfesyen bole tp kne la pd tmpt :)
    arfa singgah ;) http://dirihani.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. betul2. saya setuju. sb sy pn jenis simple,xsuka make up dan suka pakai apa yang slesa pada saya bukan pada orang lain... orang yang jujur bersama kita akan menerima apa adanya kita. bukan waktu kita cantik je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ^_^ thanks 4 ur words...agak bermakna kata2 tu..

      Padam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ