2 Februari 2013

Menegur Perlu Ada Cara

Asssalamualaikum.. 

"Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah (mencegah) dengan tangannya (kuasanya), sekiranya tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka (cukup sekadar membenci) dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim)"

Berdasarkan hadis diatas, menegur dan menasihati memanglah dituntut dalam Islam. Namun begitu, cara kita menegur dan menasihati perlulah kena pada tempatnya. Kebanyakan dari kita hari ni Za lihat suka menggunakan kata yang mengeji seperti "bodoh", "kafir", "*#&^#%" dan sebagainya semasa menegur. Ok, cukup2 la ayat skema kat atas...Actually Za memang tak setuju dengan cara macam ni.. Pernah Za lihat di Facebook, sorang Admin ni post picture satu signboard tertulis bacaan doa yang meminta perkara buruk diturunkan kepada orang yang menganiayanya.. Ramai betul yang komen mencaci doa tersebut. Kata mereka, tak boleh doa yang buruk2 la, bodoh la, tak sekolah agama la, kufur, bla3.... Tapi sebenarnya, doa orang yang teraniaya adalah salah satu doa yang dimakbulkan.


“Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalaimi”. (Riwayat Abu Daud).


So, Za just nak cakap, janganlah kita terus menghukum dahulu. Pastu, mulalah keluar ayat caci maki yang agak enak dibaca dan didengar.

Menegur juga perlu kena pada tempatnya. Jangan menegur masa orang sedang makan kecuali la kalau korang tegur dia sebab tak puasa. Jangan tegur masa dia tengah memandu, sebab dia kurang fokus dan kemungkinan boleh menyebabkan eksiden...korang fikir la sendiri dimana logiknya relation between tegur & eksiden. Paling penting sekali, nak menegur pun perlulah jaga maruah orang yang ditegur. Maksud Za disini, kalau boleh, tegur atau nasihat secara personal. Face to face berdua je...jangan ko tegur dia depan public. Siapa boleh terima cara macam tu? Satu lagi kalau tegur si abang depan adik-adik, pun perlu fikir banyak gak sebelum buat macam tu. Malu seyh~

Banyak orang sekarang memilih untuk menegur dengan cara memerli. Ok, orang dulu2 pown suka perli2 tapi lebih kepada dalam bentuk pantun dan ayat yang tersusun cantik. Sekarang ni banyak betul tengok ayat *perghh..* Aku yang tak ada kena mengena dengan apa yang dia cuba nak sampaikan tu pun rasa tak boleh terima. Agak2 la wei...Cover2 sikit gitu~ Ok, Za mengaku Za pun suka memerli..contohnya Za pernah cakap kat kawan Za yang selalu keluar dan dah lama tak balik kolej dan ponteng kelas, "Haii, da lupa jalan pulang kew?".... Itu pun selepas segala usaha menasihatinya tak berhasil. 

Lagi satu perkara sensitif sikit Za nak sentuh. Mungkin seseorang itu samada ahli keluarga kita, sahabat kita, atau kenalan kita, pernah buat salah dan kesalahannya tidak boleh diterima masyarakat. Means, besarlah salahnya tu.. Perkara biasa yang kita buat ialah marah, marah, marah, dan marah dia. Pernah tak korang terfikir, pada saat semua orang dok marah dan caci maki dia, siapa yang dia cari? Tentulah orang yang tak marah2 dia, dan cuba nak bantu dia. Za bukan menyokong diorang buat salah, tapi pernah ada sorang kenalan Za yang mengadu masalah keterlanjurannya dan bercadang nak gugurkan kandungan tapi tak ada duit. Terkezutt Za mendengarnya. Tapi Za tak terus marah dia, Za cuba dekati dia, dengan gaya rock Za *heheh*, Za nasihat dia apa yang boleh dia buat selain dari gugurkan kandungan. Beberapa bulan selepas tu, Za dapat berita dia berkahwin dan Za adalah orang pertama yang terima berita kelahiran puterinya. *Bangga sekejap* Selepas tu, Za cakap pada dia, "Cuba kau lihat anak kau, kau takkan pernah menyesal membiarkannya lahir kat dunia ni".. Dia just senyum dan angguk tanda setuju.
Takat tu je Za nak membebel, cuma Za nak katakan, kalau nak menegur atau menasihati pastikan apa yang kita buat tu betul2 bagi effect pada orang yang nak ditegur tu. Dan kadang kala, kata-kata yang lembut lebih bermanfaat dari kata-kata yang kasar. 
Jom skodeng sini pulak --> tintanasuha
Kalau korang ada pendapat, sudi2 la berkongsi.
                                                                                             
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

7 ulasan:

  1. Btol tu..tguran yang baik adalah dakwah juga..

    BalasPadam
  2. betul tu . nak tegur pun kena bertempat lah . jangan main redah je kan :)

    BalasPadam
  3. Paling tak suka bila cikgu "tegur" kita depan2 pelajar lain. Senang cerita bukan tegurlah. Lebih kepada marah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan marah tu. saje nak kasi kita malu .tapi dengan perasaan malu la akan buat kita tak buat lagi kan?ahaha

      Padam
    2. rilex la, Za ada sorang cikgu ni yg ckp lepas. Dia ckp Za gila la...haha. Kawan Za pernah bengang dgn cikgu tu sbb slalu ckp dia sengal...tp, lama2 kwn Za berubah gak jd mkin Ok n serius dlm pelajaran.

      Padam
  4. betul2 .. tegur baik-baik baru orang nak dengar kan :) ..

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ