20 Mei 2013

Kem Aspirasi Peers: Hari Pertama

Agak serabut otak ni bila terlalu memikirkan tragedi yang menimpa. Eceh! tragedi sangat! Untuk hilangkan stress, Za join Kem Aspirasi Peers under Kelab Pembimbing Rakan Sebaya UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana yang diadakan di Kem El-Azzhar, Morib.

Kami bertolak dalam pukul 3 p.m. ke sana dan tiba agak lewat dari yang dijangkakan. Selepas solat Isyak dan makan malam, barulah aktiviti dimulakan dengan ceramah Pengenalan Peers daripada Pengerusi Kelab. Kemudian diadakan sesi Ice Breaking untuk mengenali AJK Kelab dan rakan-rakan yang lain.
Selesai semua tu, dalam pukul 10.30 p.m. diadakan aktiviti outdoor iaitu Night Treaking. Kami akan berjalan  pada waktu malam mengharung air dan lumpur seterusnya ke Pantai Bahagia. Dalam pertengahan perjalan ke jeti. Tak jejak air lagi kaki ni. Kami dikejutkan dengan sorang budak perempuan depan saya yang tiba2 menjerit memarahi kawannya. Ceritanya, kawan dia tersebut "Atuk, nenek, cucu tumpang lalu". Kemudian, Za dengar pula budak tu cakap dengan kuat, "Ni bukan aku nih!". Lalu dia bergegas patah balik. Kami semua terkejut dan terpaksa berpatah balik ke kem.

Setelah berbincang, hanya mereka yang mahu teruskan dengan aktiviti tu dibenarkan ikut. Za follow je walaupun hati ni risau sebab jam da dekat 12 tengah malam. Almaklum la, Cinderella. Haha. Tak la, tepat 12 a.m. da masuk 18hb iaitu birthday Irwan,bf Za. Risau lambat wish.

Kami meneruskan perjalanan, meredah air. Jurupandu kami sesekali berhenti memberi penerangan. Sebelum meneruskan perjalanan ke pantai. Ternampak pulak anak ular sawa dalam air berhampiran kami. Jurupandu tu pulak boleh menakutkan kami lagi. Ciss! Tapi banyak ilmu yang dikongsi. Contohnya, bila kita tersesat tiada panduan, berjalan mengikut arah bulan jika di malam hari. Jika di siang hari, berjalan membelakangkan matahari. Ilmu yang menarik untuk dikongsi.

Akhirnya kami tiba di tengah pantai, air lebih kurang paras pinggang. Jurupandu suruh padamkan semua lampu untuk menikmati keindahan malam. Kami melihat bulan begitu cantik dan terang malam tu. Warnanya kemerah-merahan. Kami diberitahu yang fenomena bulan merah jarang sekali berlaku dan kami antara yang cukup beruntung dapat melihatnya didepan mata. Di tepi pantai pulak tu. Berganda cantiknya. Indah sungguh ciptaan Allah yang Maha Besar. Syukur Alhamdulillah.. ^_^
fenomena bulan merah
Setelah itu, kami belajar mengenali dan membaca buruj-buruj dilangit. Ada buruj pari, biduk, dan scorpion malam tu. Kemudian, kami diberitahu bahawa disitu ada tempat mandi lulur iaitu lumpur di dasar pantai yang bagus untuk kulit dan selalu dijadikan lulur. Warnanya lebih kehitaman berbanding lumpur biasa.

Kami pulang ke asrama mengikut laluan berbeza dan tiba disana lebih kurang pukul 1.30 pagi. Esoknya pukul 5.15 pagi ada Qiamulail.. Awal tak kena bangun? Haha.. jangan lupa baca sambungannya. Kisah lebih menarik berlaku dihari Kedua.. >.0
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 ulasan:

  1. best tu sertai xtvt luar..dpt menyihatkan badan n timba ilmu pengetahuan.. done follow here. Wassalam.

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ