10 Mei 2013

Kesibukan + Kepenatan Melampau

Naik je cuti pilihanraya, bermula la rutin harian Za yang padat. Kat Selangor cuti sampai Hari Selasa. Tu pun cuti macam tak cuti je rasanya. Baik sungguh lecturer-lecturer Za meninggalkan kerja-kerja untuk disiapkan semasa cuti. Thanks.
3 days tests
Naik je cuti, hari Rabu da ada pulak test oral Mandarin. Mujur ok je Za speaking mandarin walaupun sebutir-sebutir Za sebut perkataan tu. Sampai terangguk-angguk laoshi dengar Za lambat betul menghabiskan satu-satu ayat. hehee~

Hari Khamis pulak ada test Database. Tengok je soalan da rasa nak pitam. Entah apa la aku mengarut dalam tu. Balik kelas database yang 4 jam terus kena pergi buat binding buku. Binding buku means kena jahit-jahit buku, buat cover buku dan cetak tajuk buku guna kertas emas. Za panggil kertas emas je sebab warna emas. Pukul 6 lebih baru siap. Nampak je senang, tapi sebenarnya susah, complicated, leceh dan memenatkan. Balik tu badan Za bisa-bisa dan dada Za sakit sangat.
contoh cara binding buku
Tak sempat nak sihat, Za ada lagi test esoknya (hari ni). Test lagi. 3 hari berturut-turut test. Tapi Za tak boleh senang lenang duk diam-diam baca buku. Za kena siapkan report Database dan betulkan draft untuk subjek Electronic Records (ER). Perghh.. tertekan jugak eden dibuatnya. Lecturer la ni, suma nak immediately. Macam aku ni robot. Tsk. *merungut sebentar.

Da siap database punya report baru Za baca buku. Sekali subjek Maintenance bukan kena writing test *Ciss! Rupa-rupanya ada ujian cabling. Siapkan 2 cable dalam masa 1 jam. Luckily Za sempat siapkan walaupun first time buat. Balik terus gegas buat draft ER sebelum keluar sekejap untuk post hadiah kepada pemenang segmen yang Za sponsor.
Macam ni la cable yang Za kena siapkan.
Lepas ni Za kena buat online quiz dan malam ada meeting kelab plak. Sempat plak Za update blog. Saja nak lepaskan stress dan penat di blog. Teringat plak masa keluar tadi Za tanya kenapa Broadband Za tak boleh Connect. Dia check and kata Za ada 2 bulan bil tertunggak. Za da agak da. Mesti jadi macam ni. Masa Za nak bayar cakap tak payah bayar la, DiGi ada hutang dengan Za la, bil belum keluar la, Za tak ada hutang la, Za terlebih bayar la..bla...bla..bla... Sekarang tak pasal-pasal aku kena bayar sekali harung untuk 2 bulan. Lari bajet aku. Cett.

P/S: Untung siapa yang tak baca entry ni sebab tak la poning kepala korang.. bhahaha.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

5 ulasan:

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ