10 Januari 2013

Alahai Perompak..

Salam sayang semua, merompak bukan sesuatu kerjaya yang baik...Ala, tak payah cakap pun semua orang tahu....tapi Za nak share kisah benar dialami oleh jiran Za baru-baru nie..Kisah pasal perompak la pe lagi...

Satu malam yang sepi...ketika semua manusia sedang nyenyak tidur..tiba-tiba......
Jeng jeng jeng~~~
Terdapat sakumpulan manusia yang memasuki rumah mereka.

Ok, la..straight to the point. Yang menariknya, perompak ni pergi kejut semua isi rumah tu sambil letak pisau kat leher diorang dan arahkan diorang bangun. Si nenek pun menjawab, "Saya tak sihat, tak boleh bangun". So, nenek tu pun dibiarkan baring sahaja. Jadi, selamatlah duit yang disorokkan dalam poket baju nenek tu...huhu~ Bijak2...

Anak lelaki nenek tu diikat. Diorang serahkan saja apa yang perompak tu nak sebab tak mau la anak-anak kecil jadi mangsa. Cucu perempuan diorang yang masih kecil menangis kuat sebab marah sangat rantai dia diambil. Tapi disebabkan budak tu memang selalu menangis tak kira waktu, so jiran-jiran tak ambil kisah.

Kemudian, perompak tu ternampak Yassin kat dalam bilik nenek tu... Untuk pengetahuan, ni Yassin lama, yang banyak doa-doa lama dalam tu....dia pun mintak dengan nenek tu. Nenek tu bagi je la....perompak tu ambil 2 buah Yassin tersebut. Pelik betul, Yassin tahu pulak mintak, yang lain dirompak. Macam-macam...Apa motif perompak tu ambil Yassin tu ek? Ada banyak kemungkinan..sama ada menggunakannya untuk menyamar, menggunakan doa-doa lama yang ada dalam tu, or...mungkin dia nak bertaubat lepas tu....haha...

Akibat terlalu takut, nenek tu berzikir dan berselawat masa tu...perompak tu pun sound, "Mak Cik, baca la perlahan sikit, tak perlu kuat2, saya pun tahu baca".

Selepas perompak tu keluar ikut pintu depan di ruang tamu, si anak lelaki nenek tu terus berlari ke rumah Za berkaki ayam dan menjerit mintak tolong dibukakan ikatan. Terlalu panik punya pasal sampai terlupa yang mak dengan isteri dia tak diikat dan boleh tolong bukakan ikatan.

Pastu diorang call polis dan macam biasa, polis sampai lambat ke rumah jiran Za tu.. Habis polis tu kena lecture dengan jiran Za sebab lambat..Padan muka! Kalau nak diikutkan tak la terlalu banyak barang yang diambil berbanding kalau penagih dadah yang rompak. Habis semua dia sapu...ni diorang cuma ambil barang-barang berharga macam rantai, laptop, handphone, duit...Ada tu, menantu si nenek beritahu rantai yang perompak tu pegang bukan emas asli. Perompak tu pun tak jadi la nak ambil. Tapi yang peliknya, tak ada kesan kopak pada pintu atau tingkap.

Alhamdulliah semua selamat dan tak ada siapa yang cedera. Cuma Za agak risau dan takut kalau-kalau rumah Za pulak jadi mangsa. Bapak Za dah sedia parang bawah katil. Siap bagi kakak Za lagi. Kakak Za tanya, "kau nak satu tak?". "Erkk...tak pe la, kau simpan je la, aku belajar tangkis pisau, aku tak belajar macam mana nak guna pisau".

Ok, sekian saja kisah Za. Harap korang kat luar sana pun berhati-hati la...Perompak zaman sekarang kalau nak apa-apa bagi saja la, jangan melawan sebab mereka sudah jadi terlalu berani dan kejam sehingga membawa kepada pembunuhan. Bukan nak taku-takutkan tapi itu la realiti zaman sekarang ni..

Salam Selamat,
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

1 ulasan:

  1. ishhh sekarang ni pecah rumah ni makin berleluasa... hurmm, memang tak boleh leka la.... masyaAllah

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ