6 Januari 2013

Mengenali Ustaz Don Daniyal

Jom Berkenal-kenalan dengan Ustaz Pilihan Miss Za...Ustaz Don.

Biodata

Nama Sebenar : Don Daniyal bin Don Biyajid.
Tarikh Lahir: 14 November 1984.
Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tinggi: 171 sentimeter .     Berat: 56 kilogram.
Pekerjaan: Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor, penceramah program 30 Minit Ustaz Don di TV Al-Hijrah.
Status: Berkahwin.
Isteri: Husna Mohd Zahry.
Pendidikan: Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang.
Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.

Trivia
  • Surah yang sering dibaca: Surah Al-Kahfi.
  • Pendakwah dikagumi: ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.
  • Jika menjadi bapa satu hari nanti: mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.
  • Jenama kacamata pilihan: Rayban.
  • Kumpulan muzik yang diminati: Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.
  • Penuhi masa lapang: kerja grafik dan fotografi.

Za meminati beliau dan memilih beliau sebagai tokoh pengucapan awam pilihan Za semasa membuat pembentangan individu Pengucapan Awam II (Siapa Tokoh Pengucapan Awam Pilihan Anda?)

Kenapa Saya Memilih Beliau?
  • Komitmen dalam menyampaikan dakwah, ilmu dan nasihat. 
  • Merendah diri. 
  • Suka saling ingat-mengigati. 
  • Lembut dalam tutur kata. 
  • Penyampaian yang mudah difahami. 
  • Penerangan yang jelas. 
  • Isi ceramah yang ringkas dan padat. 
  • Menggunakan bahasa yang sesuai untuk audience yang berbeza-beza. 
  • Pandai bermain dengan emosi pendengar untuk mewujudkan rasa insaf. 
  • Pandai menarik minat audience. 
Jom sama-sama kita hayati ceramah beliau....
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ