11 Januari 2013

Segmen : Love Story Mory By Misz Hahaha

Klik banner untuk join!
Isk3...segmen pe plak kali ni Si Miss Za nie....x habes2...Motif utama Za ialah saja nak share kisah cinta Za dengan bf Za yang sekarang nie..Ni eksklusif tau sebab Za ni susah sikit nak tunjuk feeling2 jiwang nie..Nama Bf Za, Irwan bin Abd Aziz (Wan). Kitorang baru lepas sambut anniversary yang ke 3 pada 4 Jan 2013 yang lalu.. ^_^


Ok la, dulu Za pernah minat dengan sorang guys yang sengal nie but dia buat Za frust!! FRUST!! Pastu dalam waktu yang sama Bf Za nie prihatin gila-gila kat Za. Then, dia lafazkan perasaan dia tu kat Za. Dua kali sebab kali pertama Za tak accept..pe kelass lafaz2 cinta via SMS nie...kali kedua dia datang jumpa Za kat sekolah and lafazkan lagi sekali..berkerut2 muka.....yang tak boleh bla, dia bagi coklat kat Za, coklat tu simpan dalam poket seluar dia. Bila dia keluarkan, huduh bebenor rupa sampul coklat tu...but Za accept coz I LOVE CHOCOLATE!! Jawapan yang Za bagi..."tunggu la"(ko ingat senang ke nak dapat aku?!) So, dia selalu tanya soalan yang sama dan terima jawapan yang sama dari Za.

Tahun baru bermula!! Hari pertama masuk sekolah, 4 Jan 2010...dia tanya soalan yang sama..dan Za hanya mengangguk tanda setuju. Dia? macam nak nangis da aku tengok. Sebenarnya, masa tu Za tak ada feel kat dia. Takde langsung!! Za pun tak tahu kenapa Za terima dia. Tapi dia cakap, tak pe... perasaan tu boleh dipupuk. 
Masa tu panggil "kau aku" je..(sampai sekarang pun kekadang guna). Bila da lama2 panggil Wan-Za.. Pastu upgrade sikit pada Kanda-Dinda....now, Abang-Sayang(bowink)...


Hmm...banyak kisah suka duka za dengan Bf Za. Tapi perasaan Za pada budak sengal tu tak pulih. One day, my bf said, "Apa kata, kita break..pastu Wan bagitau ### a.k.a budak sengal yang Za suka kat dia...biar korang dapat bersama. Wan tak nak jadi penghalang antara korang. Wan cuma nak Za bahagia". Melihat mata dia yang berkaca buat hati Za jadi keliru. Akhirnya mengalir juga air mata kami...

Sejak hari tu Za belajar terima dia sebagai Bf Za...Sebelum ni Za cuma tahu buli dia, mintak coklat, mintak tolong...bla3...tapi dia, tetap dengan Za. Dia tak pernah kongkong Za. Za duduk dalam kumpulan budak2 lelaki, pergi makan dengan diorang, pun dia tak pernah halang. Bila Za ada test, dia akan wish Gud Luck dan bagi kata2 semangat. Bila Za give up, he raise me up, Bila Za ada assignment banyak, dia tak message pun takut ganggu Za. Za pernah ditanya, "Za couple lagi ke dengan pakwe Za tu sebab akak tengok Za tak macam orang lain sibuk mesej, call". Za just jawab, "Za lupa nak mesej dia hari nie". 

Kalau orang tanya, "korang pernah gaduh tak?" Za tak tahu nak jawab macam mana. Sebab bila dia marah, Za diam. Bila Za marah, dia diam. Tak pernah bertikam lidah. Ada kawan yang cakap kitorang da macam suami isteri. Mungkin sebab Za da serasi dengan dia, da tak segan. Tak perlu la nak cover2 ayu segala bagai..Annoying~ Kadang-kadang tu, bila mood jiwang ni tetiba datang, Za cakap kat kawan Za..."Za jatuh cinta la hari ni", sambil sengih sepanjang hari. Cam biasa kengkawan cakap Za ni bongek la, senget la, sewel la.....Whatever! Kalau orang lain jatuh cinta sekali, Za berkali2..dan perasaan itu tak pernah berkurang malah makin bertambah. Crazy me.

Sekarang terpaksa berhadapan dengan cinta jarak jauh..aku kat Shah Alam, engkau kat Johor. Tak pe la, harap dipercepatkan jodoh senang sikit. Za pun da jumpa family dia, dia pun da jumpa family Za. Za bahagia dengan dia. Za da set dia la bakal jadi suami Za dunia akhirat. Za da tak nak siapa2. Kasih sayang Za pada dia da jadi terlalu kuat dek kerana kesabaran dia dan perasaan cinta dia yang ikhlas. Za pun da boleh bertimbang rasa dan beralah. Za terima dia seadanya. Za tak kesah apa orang kata. Yang pasti aku happy, apadahal....aku lebih tahu siapa aku, siapa dia, siapa kami.

Ni antara message dia buat Za:
Betapa aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku, Betapa aku menyayangimu lebih dari yang kau tahu, Ingin ku bahagiakan dirimu, setiap saat bersamaku. Seperti janjiku kepadamu, takkan pernah kuingkari. Akukan selalu ada didekatmu, aku kan selalu menemani harimu. Kau harus tahu betapa aku mencintaimu. Betapa aku mencintaimu Za...


Kuasa Allah memberi kuasa cinta,
Menyatu yang mustahil jadi nyata,
Jadikan lah ikatan ini kekal selamanya,
Agar bahagia hidup kami sampai bila-bila.
Amin..
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 ulasan:

  1. wahhhhhh...untungnya kamu sis ,susah nk dpt lelaki cm tu tau ,1st bca tu mang ain gelak xhabis2 ,jual mahal pastu suka buli bagai hahahahaha..pastu mula la rasa tacing n suweet habisssss...susah nk dpt lelaki cam bro wan ni sgt memahami..ain doakan korang kekal sampai ke jinjang pelamin yer ,ngan lupa jemput ain bila tiba masanya kekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Za jemput..
      Thanks sebab sudi baca kisah Za..

      Padam
    2. yeyyy hehehe...huhu xde hal la ,ain mang suke baca kisah cinta orang nih kekeke..jiwang karat huhu..

      Padam
    3. jiwang xpe...jgn berkarat..huhu~

      Padam
  2. i love syg.. abg happy sgt..
    thank..

    BalasPadam
  3. I LOve u too...tak sia2 Za korban perasaan Za untuk abg.. Kumpul wet cepat lau nak kawin dengan aku!!

    BalasPadam
  4. wah..sweetnyer korg..hii :)
    Yana doakan Za n Wan akn bahagia hgga jinjg pelamin n ke akhir hayat :)

    BalasPadam

Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^

 
COPYRIGHT PROTECTED ZA'S PLACE | BLOG DESIGN BY ADAMFAIZ