Pengucapan awam ialah berucap di hadapan umum, dalam bentuk formal atau tidak formal, samada dalam suasana kumpulan kecil atau besar. Contoh pengucapan formal, majlis perasmian dan penerangan dasar-dasar dan bajet kerajaan, manakala contoh bagi penngucapan awam tidak formal ialah berbual-bual atau bersembang. Pengucapan awam bertujuan untuk memberi maklumat, membimbing, mengajar, membantu, menghibur, mempengaruhi dan sebagainya.
Gangguan Dalaman
Gemuruh sukar untuk diatasi oleh para pengucap. Gemuruh akan memberi kesan negatif kepada sesuatu pengucapan awam. Contohnya, mengigil, badan menjadi sejuk dan suara tidak jelas. Jika berhadapan dengan situasi ini, pengucap haruslah bertenang dan menarik nafas. Ini membantu pengucap untuk menjadi lebih tenang. Walaupun pengucap berada dalam keadaan gemuruh, pengucap haruslah menunjukkan wajah yang yakin kepada pendengarnya. Pengucap perlulah menganalisis diri sendiri dan memperbaiki kekurangan serta mencuba untuk mengekalkan momentum tumpuan terhadap perkara yang ingin disampaikan.
2. Tidak dapat menjawab soalan yang diajukan audiens
Setiap pengucapan awam akan diakhiri dengan sesi soal jawap, daripada sesi tersebut pengucap dapat melihat maklumbalas para pendengar. Jika terdapat perkara yang kurang mereka fahami, mereka boleh mengajukan soalan. Mereka juga boleh memberi pendapat dan berkongsi maklumat. Sebelum memulakan pengucapan awam, pengucap perlulah mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan topik dalam ucapannya. Selain itu, pengucap perlulah bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan memperbanyakkan bacaan dan pencarian maklumat.
3. Lupa Objektif dan Motif
Pengucap mestilah menghurai tajuk mereka dengan baik tetapi jangan menghurai tajuk tersebut terlalu panjang sehingga lari daripada objektif pengucapan mereka. Nota pendek harus disediakan sebagai rujukan kepada pengucap. Dengan cara ini pengucap akan tahu perkara atau isi yang patut diterangkan. Pengucap perlu menyusun maklumat mengikut turutan (pagination) supaya beliau tidak terus hanyut dan keluar dari topik yang ingin disampaikan. Pengucap tidak perlu menghafal kesemua ayat tetapi perlu menghafal dan memahami akan tajuk penting sahaja.
4. Kurang Pemahaman tentang Motif Acara
Pengucap seharusnya mengetahui aturcara majlis dan tujuan majlis itu diadakan. Pengucap perlulah memperbanyakkan komunikasi dengan pihak penganjur tentang tujuan penganjuran sesuatu majlis tersebut. Pengucap harus mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak penganjur. Setiap perubahan dalam aturcara majlis haruslah diberitahu kepada pengucap.
5. Menggeletar atau Menggigil
Menurut pendapat pakar, 5 minit pertama adalah tahap normal sekiranya menggeletar atau menggigil (nervous) bagi setiap individu jika berucap di khalayak ramai. Pengucap perlu menenangkan diri dan mencuba menyesuaikan diri dengan suasana majlis itu. Pengucap perlu menarik nafas panjang dan mencari ruang nafas seketika untuk menempiaskan ketakutan di hadapan hadirinnya.
6. Beremosi secara Berlebihan
Semasa memberi ucapan, pengucap tidk boleh telalu emosi. Pengucap tidak boleh memarahi pendengar, jika mereka membuat bising, datang lambat dan tidak memberi tindakbalas seperti yang diinginkan. Pengucap harus pandai mengawal emosi dan menarik minat para pendengar untuk mendengar. Meskipun, pengucap menghadapi masalah, mereka tidak boleh menunjukkan masalah yang mereka hadapi. Pengucap haruslah bersemangat dan dan menaikkan suasana menjadi ceria dan gembira. Pengucap haruslah seorang yang bermotivasi. Biarlah apa sahaja tindakbalas menonton mereka harus bersabar.
7. Tidak Pandai Memberi Huraian
Penceramah yang baik haruslah mengkaji terlebih dahulu tajuk yang ingin disampaikan dan mencari huraian terbaik untuk membuat pendengarnya lebih memahami. Semasa memberi huraian penceramh mestilah berhati-hati supaya tidak mewujudkan isu yang sensitif dan akhiri ucapanya dengan ucapan mohon maaf jika menyingung perasaan para pendengar. Pengucap boleh membuat huraian berkaitan isu semasa, pengalaman dan cerita-cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk yang ingin disampaikan.
8. Suara Tidak Jelas Kedengaran
Pengucap perlulah menguji vokal suaranya terlebih dahulu. Selain itu, pengucap perlu menjaga kualiti suara supaya mampu bertahan sehingga tamatnya majlis. Selain menjaga kualiti suara, pengucap perlu menjaga pemakanannya. Hal ini penting kerana pemakanan sangat berkait rapat dengan lontaran suara. Pengucap perlu belajar melontarkan intonasi dan nada ucapan dengan betul.
Gangguan Luaran
1. Gangguan Teknikal
Gangguan teknikal merujuk kepada gangguan-gangguan dari segi aspek-aspek teknikal dan peralatan seperti sistem bunyi dan audio, pengcahayaan, suhu, pengurusan pentas, skrin dan paparan, serta komputer yang digunakan. Sebagai contoh, sistem bunyi, skrin dan komputer yang bermasalah boleh mengganggu penyampaian pengacara, menghilangkan fokus penonton dan membuang banyak masa. Sistem pengcahayaan yang bermasalah seperti cahaya terlalu malap menyebabkan pengacara tidak dapat membaca teks rujukan sekali gus mengganggu proses penyampaian. Pengurusan pentas yang baik dan penyaman udara yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas juga penting bagi memastikan pengacara selesa berada diatas pentas.
Bagi mengelakkan berlakunya gangguan teknikal, peralatan mestilah selenggara dengan baik dan sesuai dengan keadaan dewan atau lokasi majlis. Selain itu, peralatan perlulah diperiksa sebelum majlis dimulakan agar sebarang gangguan dapat diatasi telebih dahulu. Penyelenggara peralatan mestilah sentiasa bersedia dengan segala masalah yang mugkin berlaku.
2. Gangguan Cuaca
Gangguan cuaca seperi hujan, ribut, kilat, dan angin kencang biasanya berlaku di majlis-majlis yang diadakan di kawasan terbuka seperti padang, khemah, dan dewan terbuka. Hujan yang turun menyebabkan audien dan pengacara berada dalam keadaan tidak selesa serta serba sedikit mengganggu kelancaran perjalanan majlis. Selain itu, bunyi ribut dan kilat yang kuat menyebabkan suara pengacara tenggelam serta menghilangkan fokus audien yang ketakutan. Disamping itu, angin kencang boleh menyebabkan khemah rosak dan barang-barang bertaburan ditiup angin sekaligus memungkinkan acara tidak dapat diteruskan.
Pihak penganjur mestilah bersedia dengan keadaan sedemikian dengan melihat kepada keadaan cuaca semasa dan ramalan cuaca. Jika cuaca semasa tidak menentu, majlis lebih selamat diadakan di dewan tertutup berbanding di luar dewan. Selain itu, jika diadakan luar dewan seperti di dalam khemah, hendaklah dipastikan khemah tersebut dalam keadaan kukuh dah kuat.
3. Gangguan Pakaian
Pemakaian yang sesuai juga penting bagi memastikan pengacara berada dalam keadaan selesa. Pakaian yang tidak selesa dan mengganggu pergerakan menyebabkan penyampaian pengacara sedikit terganggu. Oleh itu, pakaian perlulah sesuai dan mengikut tema majlis yang diadakan seperti memakai pakaian yang formal untuk majlis formal. Disamping itu, pakaian hendaklah sopan, tidak terlalu menonjol, dan mengikut kod etika berpakaian.
4. Gangguan Audien
Audien juga boleh menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Audien yang tidak memberi tumpuan dan perhatian menyebabkan wujud pula gangguan dalaman kepada pengacara seperti hilang keyakinan diri, gugup, gagap dan sebagainya. Selain itu, audien memberi respon negatif seperti mengajuk, tidak memberikan kerjasama, terlalu bising, dan datang lambat. Respon negatif seperti ini menganggu kelancaran dan kemeriahan acara dan perlu ditangani oleh pengacara dengan bijaksana. Terdapat juga audien yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Hal ini menyebabkan emosi pengacara terganggu.
Bagi menangani keadaan ini, penceramah perlulah bijak mengawal keadaan agar tidak menjejaskan majlis. Penceramah juga perlu bijak mengawal emosi sendiri dan juga audien dengan kata-kata nasihat yang sopan supaya audien dapat menghormati majlis. Penceramah tidak boleh memalukan audien tetapi perlulah bersikap lebih optimis dengan memberi dorongan dan memujuk audien agar audien dapat memberikan kerjasama.
5. Pengurusan acara
Pengurusan acara yang tidak sempurna menjadi gangguan luaran kepada pengacara. Hal ini berlaku apabila pemilihan pengacara dilakukan secara terburu-buru dan disaat akhir. Pengacara yang tidak mengetahui secara terperinci atur cara perjalanan majlis menyebabkan penyampaian dan atur cara majlis tidak tersusun. Selain itu, acara yang padat menyebabkan pengacara terburu-buru mengejar masa bagi memastikan setiap acara dapat dilaksanakan.
Oleh demikian, pemilihan penceramah perlulah dibuat lebih awal agar acara lebih teratur serta memahami isi perjalanan majlis. Penceramah juga perlu memastikan ketetapan kehadirannya dimajlis tersebut agar tidak berlaku perubahan pengacara disaat-saat akhir. Selain itu, atur cara perlulah bersesuaian dan tidak terlalu padat dan bersesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Dalam sesuatu majlis, semestinya akan dijemput tetamu vvip. Pengucap mestilah mengetahui siapa tetamu vvip, latarbelakangnya dan memastikan tetamu vvip tersebut datang pada tarikh dan wktu yang ditetapkan. Tetamu vvip ini mampu memberi ancaman kepada majlis atau sesuatu pengucapan, contohnya hadir lewat, tidak hadir atau meminta orang lain mengantikan beliau. Ini akan menganggu perjalanan majlis kerana menunggu kehadiran mereka. Ini turut memberi kesan kepada para pendengar kerana mereka akan berasa bosan dan semangat mereka datang mendengar sesuatu ucapan akan hilang.
7. Gangguan Masa
Masa juga adalah ancaman dalam sesebuah pengucapan awam. Persiapan yang awal penting untuk memastikan program berjalan dengan baik dan tepat.ini bagi memastikan program tidak terlebih masa seperti yang telah dinyatakan. Contonhnya, jika sesuatu pengucap telah mengambil lebih masa ini akan memberi kesan kepada pengucap yang seterusnya. Jadual atur acara amat penting dalam sesuatu pengucapan awam. Ia sebagai bahan rujukan dan mesti dikuti dengan betul. Apabila jadua atur acara dipatuhi dengan betul, acara akan berjalan dengan baik dan sesuai seperti masa yang dirancangkan.
8. Gangguan Tempat
Suasana dan keadaan sekeliling mampu memberi kesan kepada pendengar. tempat mampu mempengaruhi emosi pendengar. Jika tempat tidak dipilih dengan baik ianya akan memberi kesan yang negatif, bukan sahaja kepada pendengar malah ia turut mempengaruhi penceramah seperti tidak selesa,, tidak ramai yang hadir dan suara tidak jelas. Tempat yang sesuai haruslah dipilih mengikut masa dan jumlah pendengar. Contoh tempat yang sesuai dewan untuk jumlah pendengar yang ramai. Selain itu juga penceramah perlu mengambil kira jarak antara tempat yang berlangsung penceramah dengan pendengar yang bakal hadir. Ini akan menjadi penghalang kepada pendengar untuk hadir jika tempat tersebut terlalu jauh.
Kesimpulannya,
Pengucapan awam merupakan satu bahan bagi penyampaian maklumat yang berkesan. Penceramah haruslah bersikap jujur dan ikhlas terhadap ilmu yang disampaikan. Penceramah harus peka dengan isu semasa agar tidak menyentuh isu-isu sensitive sewaktu berjalannya sesuatu pengucapan awam. Disamping itu, penceramah haruslah bertanggungjawap atas apa yang disampaikan dan memohon kemaafan atas kesilapan dan kekurangan dalan ucapannya.
Disediakan oleh: Miss Za, Miss Ram dan Miss Nor Azimah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
Komen, Komen, Komen....
Jangan tak komen....
^_^