Huuuuu~~~ Shooongggg~~~~~
Memalam buta nie bercerita kisah seram pun best gak...haha. Za tak pandai la nak cerita kisah seram. Cuma bapak Za pernah bercerita tentang sejarah satu kampung di tempat Za di Johor. Al kisah tersebut la kisah....dikatakan terdapat 7 beradik jin tinggal di situ. Mereka membahagi-bahagikan kawasan antara mereka. Kampung yang diceritakan oleh bapak Za ialah Kg. Belukar Juling. Kampung ni dijaga oleh jin si adik. Si adik ni agak baik la...tak bengis macam Si Abang.
Dikatakan hubungan manusia dengan jin memang perkara biasa pada zaman dahulu dimana manusia akan meminjam pinggan mangkuk dari jin apabila hendak mengadakan kenduri kendara. Pinjam meminjam berlaku antara penduduk kampung tersebut dengan Si Jin ni. Syarat yang diberi ialah pinggan mangkuk yang di pinjam mestilah cukup jumlahnya apabila nak dipulangkan kembali. Andai kata pinggan mangkuk tersebut pecah, serpihan yang pecah pun perlu dipulangkan..janji cukup seperti jumlah asal....
Orang kata, pinggan mangkuk tu akan diambil di sebuah gua yang dikatakan didiami oleh jin tersebut. Kalau nak pulang pun kena hantar kat gua tersebut. Tapi sikap orang kampung yang pinjam tapi tak tahu nak pulang menyebabkan jin Si adik ni marah. Sejak tu dia tak lagi memberi pinjam kepada orang kampung dan hubungan manusia dengan jin terputus. Mujur kampung tersebut dijaga oleh Si Adik, kalau Si Abang yang jaga alamatnya di amuk satu kampung. Baru kau tahu akibatnya tak pulang barang pinjam.
Setakat tu je la bapak Za cerita...OK, tak seram..I know..
kalau korang ada cerita2 best, share2 la dgn Za...tinggalkan link kat kat ruangan komen. Ada masa Za BW..
Ok, ada satu lagi kisah. Ni kampung lain plak. Ada sorang India jual roti. Roti tu dia junjung atas kepala untuk dijaja kat sebuah kampung ni. Roti dia laku betul. Setiap hari roti dia mesti habis. Jualan yang menguntungkan menyebabkan dia suka jual kat situ. Satu hari dia dapat tahu satu perkara, sejak tu dia tak lagi jual roti kat situ walaupun menguntungkan. Perkara yang dia dapat tahu ialah......sebenarnya kawasan situ tak ramai orang. Ada dua tiga buah rumah je kat situ...Jadi siapa yang ramai2 selalu beli roti dengan dia? Jin. Rupa-rupanya selama ni dia berjual beli dengan jin yang tinggal kat situ. Tapi dikhabarkan duit yang diterima oleh Si Uncle India ni adalah duit betul sebab jin bukanlah sejenis makhluk yang suka menipu.
Sekian je...kalau ada kisah2 yang menarik jangan lupa share dengan Za ye....coz Za sedar Za tak pandai bercerita....uwaaa....sob...sob...
Bubye...GooD Night.
Hallo.. Maaf aku cuman ngerti sedikit.. heheheehee... Soo aku orng indon. smoga kita dapat berteman..
BalasPadamOhh yaa nice site.. hehe
Follback my blog http://rendyrhembest.blogspot.com/
Its ok..ma kasih sudi singgah sini. I'm really appreciated it.. Salam kenal dari Malaysia! ^_^
BalasPadammiss za asl Maner...mmg btul citer tu....mse syer kcik dlu sllalu main kt pintu gua tu dn msih ader lg serpihan pinggan mangkuk kt situ.. skrg dh ditimbus ngn pasir pantai
BalasPadamEndau..
Padamtu cuma cerita org2 tua.. saya pown x pasti betul ke x..
Xseram ke maen kat pintu gua tu?